iklan nuffnang

pages

Showing posts with label Bebas. Show all posts
Showing posts with label Bebas. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

(DUN Kajang) 2 Calon BEBAS Sahkan Tanding


Seorang lagi tampil mencalonkan diri sebagai calon bebas bagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ramlan Abu Bakar (kanan), presiden NGO dikenali Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia, berkata, beliau mengambil keputusan itu setelah melihat “konspirasi politik” Anwar menyusahkan rakyat, lapor
Sinar Harian.

Beliau berpendapat, Anwar mempunyai agenda politik kotor dan secara halus ingin merampas jawatan menteri besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya reformis akan mencabarnya habis-habisan dalam pilihan raya nanti dan ini lah platform terbaik kepada reformis untuk mendedahkan kelemahan Anwar dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor," beliau dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini, turut menyatakan hasrat bertanding calon bebas Yuktes Vijay, bekas pembantu kepada peguam Anwar, Sankara Nair dan sebuah parti baru NewGen.

Berkuatkuasa 28 Ogos 2013 yang lalu Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) telah meluluskan 20 parti politik baru. Daripada jumlah itu, 11 parti politik dari Sabah, Sarawak (5) dan Semenanjung Malaysia (4).

Empat parti politik baharu di Semenanjung ialah Parti Keadilan India Malaysia (MIJP), Parti Generasi Baru (Newgen Party), Parti Nasional Malaysia (MNP) dan Parti Nasional Penduduk Malaysia.

Dewan Ulama: Serah pada PAS jika MB baru

Dalam perkembangan lain, Dewan Ulama PAS pula menggesa PKR menyerahkan kerusi menteri besar Selangor kepada PAS jika benar terdapat agenda menyingkirkan Khalid.

Menurut ketua penerangannya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, tindakan PKR mempertikaikan kedudukan Khalid sama seperti mempertikaikan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.

Sunday, October 27, 2013

[TAKTIK JAHAT TMI BERTERUSAN] The Malaysian Insider MINTA MAAF kepada KHAZANAH Pula


Sebelum ini portal propembangkan itu telah menfitnah Mukhriz dan Tun Mahathir dan telah memohon maaf kemudiannya.

Taktik jahat (FITNAH, DAMAGE DONE, KEMUDIAN MINTA MAAF) itu bagi mengelak protal jahat itu daripada di saman oleh mereka yang difitnah. Ulasan sebelum ini (Sila Klik)

Hari ini, portal jahat itu sekali lagi meminta maaf kepada Khazanah pula setelah fitnah disebarkan.

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Portal berita propembangkang, The Malaysian Insider hari ini memohon maaf kepada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atas penyiaran berita tidak benar mengenai syarikat milik kerajaan (GLC) itu pada Khamis lalu.

Dalam permohonan maaf yang disiarkan menerusi portal itu,The Malaysian Insider berkata:
"The Malaysian Insider ingin meminta maaf kepada Khazanah Nasional Berhad berhubung artikel Parliament's bipartisan oversight panel probes Khazanah's costly ventures dan PAC siasat perbelanjaan melampau Khazanah yang disiarkan tanpa verifikasi Khazanah Nasional Berhad pada 24 Oktober 2013, dalam portal berita itu.

"Ia melaporkan bahawa Ketua Audit Negara telah menghantar surat kepada Khazanah Nasional Berhad berkaitan operasi dan pelaburannya.

"Ini adalah tidak benar dan The Malaysian Insider memohon maaf atas kesilapan itu."

Pada 19 Oktober lalu, The Malaysian Insider menyiarkan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berikutan artikel yang tidak benar, mendakwa calon Naib Presiden UMNO itu terlibat politik wang.

Tuesday, September 4, 2012

Pakar Sejarah: 'Sang Saka Malaya' bukan bendera asal Tanah Melayu

Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang diguna pakai dari 1896 hingga 1950

Bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan, Khamis lalu
SHAH ALAM – Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu, bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.

Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

“Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

“Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju  perjuangan mereka kerana  orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.

“Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan blogger 'Singa Selatan' mengakui membawa bendera baru pada sambutan kemerdekaan tanah air kerana Sang Saka Malaya bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.

Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu.

Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara.

“Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal,” katanya.

-Sinar harian

Manifesto Putar Alam – MB Selangor Tipu Rakyat


SHAH ALAM, 3 Sept – Rakyat terperanjat bila Menteri Besar Selangor menyebut manifesto pakatan 2008 bukanlah satu perjanjian, jadi ianya tidaklah perlu ditunaikan.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, amat tidak disangka setelah lebih 55 tahun merdeka rakyat mempunyai Menteri Besar yang memiliki tahap kefahaman sistem pemerintahan demokrasi yang sangat lemah.

“GAPS beranggapan manifesto pakatan 2008 yang tidak perlu ditepati itu adalah manifesto pakatan putar alam yang setaraf dengan manifesto sistem pemerintahan komunis dan sosialis.

“Amat menyedihkan empat tahun lebih DAP, PKR dan Pas memerintah selangor banyak skandal yang berlaku dari skandal kewangan seperti skandal Talam, PKNS, Yayasan Selangor ke skandal moral seperti Exco telanjang dan penasihat ekonomi beraksi video lucah. Rupa-rupanya ini semua ini dirancang untuk berlaku sesuai kerana manifesto mereka adalah manifesto tempelan, pembohongan dan penipuan,” ujarnya kepada UMNO-Online hari ini.

Tegas beliau lagi walaupun Malaysia merdeka kali ke 55 tahun ini namun Selangor terus berada diambang kebobrokan kerana mempunyai Menteri Besar yang mempunyai mentaliti kepimpinan yang rendah setaraf dengan anak tadika yang baru mengenal erti merdeka.

“GAPS mengulangi pendirian bahawa setiap isi rumah di negeri Selangor tak kira rumah batu, rumah kayu, rumah banglo, rumah teres, rumah condo, rumah apartment, rumah pangsa, semuanya layak menuntut janji 20m3 air percuma dari pentadbiran DAP, PKR, Pas Selangor bermula dari April 2008 hingga ke hari ini sesuai dengan Manifesto pakatan 2008,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

Sunday, October 30, 2011

Pas jangan terlalu bongkak, angkuh dan takbur - Tok Him



KUALA LUMPUR, 30 Okt — Ahli Parlimen Datuk Ibrahim Ali menasihatkan PAS tidak terlalu “angkuh dan takbur” kononnya ia boleh menang di bahagian Parlimen Pasir Mas yang menjadi rebutan antara tiga parti termasuk calon bebas sejak beberapa pilihan raya umum lalu.

“PAS makin bongkak . . . takbur . . . mana mereka tahu siapa menang siapa kalah? PAS ini sudah ganti Tuhan ke?” kata wakil rakyat ini ketika diminta mengulas mengenai kenyataan kepimpinan PAS kawasan Pasir Mas bahawa parti Islam itu pasti Ibrahim, yang pada pilihan raya umum 2008 menang atas tiketnya tetapi mengiytiharkan dirinya sebagai wakil bebas dan seterusnya menyerang mereka, akan kalah jika bertanding semula di kerusi tersebut.

Justeru kata Ibrahim, pada pilihan raya umum 2004, PAS mendakwa akan menang besar di Kelantan tetapi hanya dapat mengekalkan kerajaan negeri dengan perbezaan dua kerusi hasil bantuannya.

“Tapi nyawa ikan dengan majoriti dua kerusi (Dewan Undangan Negeri) DUN . . . nasib baik saya bantu dengan bertanding bebas... pilihan raya umum 2008, PAS tidak tahu akan berlaku tsunami politik. Kalau PAS tahu, pasti PAS tidak beri laluan kepada saya,” kata beliau lagi.

Ibrahim memberitahu, “puak PAS ini kepala besar, cuma otak kurang dan lebih jijik, takbur.”
Ibrahim yang juga Presiden Perkasa menambah, beliau tidak kisah menang atau kalah, tetapi kalau satu lawan satu pasti PAS akan kalah teruk kali ini.

“Nasihat saya, jangan terlalu bongkak, angkuh dan takbur. Sama-sama kita tengok, kalau panjang umur, siapa yang terbujur,” katanya lagi.

Ibrahim menambah, PAS sememangnya berharap Barisan Nasional (BN) tidak memberi laluan kepadanya pada pilihan raya umum kali ini.

“PAS tahu, jika satu lawan satu, dengan saya, insya-Allah, kita tengok siapa berputih mata. Sebab itu, PAS harap bukan (saya) Tok Him calon.

“Maka PAS lancar perang saraf. Tapi perang saraf yang mengelabah,” katanya lagi sambil menambah, “PAS Kelantan (seolah-olah) sakit tenat dengan pelbagai penyakit.”

Dalam satu laporan dibawa Harakahdaily semalam, Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad berkata, Ibrahim akan kalah jika bertanding semula di bahagian tersebut pada pilihan raya umum ke-13.

Hanipa berkata, jentera pilihan raya parti kawasan tersebut tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional (BN) di bahagian Parlimen Pasir Mas.

Katanya, pihaknya yakin kerana pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah ‘kubu’ parti itu.
Ibrahim tewas pada 2004 tetapi menang empat tahun kemudian apabila bertanding atas tiket PAS.

Selepas pilihan raya umum 2008 Ibrahim mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Hanipa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir berkata, isu kerusi Pasir Mas ditandingi Ibrahim dengan menggunakan tiket PAS pada 2008 “itu kira (sudah) selesai.”

“Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam pilihan raya umum ke-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan ‘dacing’ (lambang BN). Itu kemungkinan besar. Jadi kita sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan,” katanya lagi.

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com