pages

Sunday, January 13, 2019

Kerusi Cameron Highlans dibatal kerana rasuh, kini TERBUKA edar duit untuk orang Asli

CAMERON HIGHLANDS – Beberapa keping gambar yang didakwa sekumpulan penyokong  calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, M. Manogaran termasuk seorang wanita memberi kepada Orang Asli tersebar di media sosial.
Ia mengundang komen penyandang kerusi Cameron Highlands, Datuk C. Sivarrajh yang melahirkan rasa kesal berhubung insiden tersebut kerana kemenangannya sebelum ini dibatalkan atas tuduhan memberikan rasuah kepada pengundi Orang Asli.
Kata Sivarrajh dalam twitternya; “Ini takpa sebab mereka federal government. Kalau kita bagi kenduri untuk jentera pun salah besar lima tahun tak boleh mengundi”.

Antara yang dilihat dalam gambar tersebut selain Manogaran termasuk Pengerusi DAP Selangor merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh.
Walaupun tidak jelas berlaku ‘hulur menghulur duit’ namun jelas dapat dilihat wang nota RM50 dan RM5 diberikan kepada kumpulan Orang Asli dalam pertemuan tertutup itu.
Sehingga kini, belum ada apa-apa penjelasan rasmi berhubung perkara tersebut malah belum diketahui apakah ‘cerita sebenar’ di sebaliknya.
Pada November lepas, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan bahawa keputusan pilihan raya kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Mei lalu yang memberikan kemenangan kepada calon BN adalah terbatal dan tidak sah.
Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa terbukti wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan oleh Sivarraajh.
Dalam penghakimannya, Azizah berpandangan bahawa pempetisyen, Manogaran berjaya membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa wujud amalan rasuah yang mana wang itu diberikan kepada pengundi.
Pada PRU-14, Sivarraajh memenangi kerusi Cameron Highlands dengan memperoleh majoriti 597 undi menewaskan Manogaran bersama calon Pas, PSM dan Berjasa dalam pertandingan lima penjuru.
Sebelum itu, Sivarrajh menafikan beliau memberikan rasuah dan turut mempersoalkan bagaimana nilai keadilan itu berbeza perspektif dengan kerajaan baharu.
“Jika kami bagi makanan pun, katanya itu rasuah. Yang ini (gambar tular) bagaimana pula? Saya pasti mereka ada ‘penjelasan’ mereka sendiri. Mereka kini kerajaan, mereka ‘kuat’. Undang-undang dengan mereka.
“Saya harap tindakan akan di ambil jika benar-benar telus, itu sahaja,” ujarnya. –MalaysiaGazette

Baca : Benarkah Viral Gambar Minah Rambut Karat EDAR RM10 kepada Orang Asli

11 comments:

  1. Mamakutty pemegang kunci undang2...semua boleh!!!

    Hidup PH

    ReplyDelete
  2. Woiii bangang..tuu duit upah gantung poster bongokkk..lain kali tanya dulu sebelom posting hanatt..kan dah kantoii..ph bkn bn guna duit utk sokongan..bodoss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ted... kau mcm.hampeh bila komen. Tergugat ka tu?

      Delete
    2. Komen ted amat merapu bila tergugat.....hahaha

      Delete

    3. Dah bagi duit ambil le....tapi JANGAN undi mata setan

      Bukan siapa tahu pangkah apa pun.



      Kalau upah pasang bendera pun apahal pula minah rambut karat nak bagi duit


      Delete
    4. BUKAN LAH TED KENTOT...TU DUIT MINYAK MOTOR NAK PI MANCING DAN MELUKAH!

      Delete

  3. Kalau BN menang tak payah saman laa

    Kalau BN Kalah baru saman

    ReplyDelete
  4. Ada laporan berita lagi dua hari dahulu bahawa Kementerian Pendidikan masa kerajaan BN telah membazir RM20 juta untuk kos perunding luar negara.

    Walaupun Kementerian Pendidikan di bawah kerajaan PH telah menafikan wujudnya pembaziran keesokan hari, saya terpanggil untuk menjelaskan sekali lagi.

    Adakah kos RM20 juta untuk merancang satu sistem pendidikan yang baik untuk sesebuah negara bagi 10 tahun yang akan datang itu satu pembaziran?

    Bagaimana dengan kos RM20 juta untuk prototaip kereta ataupun kos RM1 juta hanya untuk menurunkan logo 1Malaysia di 21 pusat UTC yang ditanggung oleh kerajaan PH?

    Baca : Ingat Nama Ni, Wan Saiful, Maszlee: Sejak Masuk KPM, Kerja MENYUSAHKAN Orang Sahaja - Najib

    ReplyDelete
  5. Ini bukan rasuah macam zaman BN. Ini pemberian ikhlas penuh harapan untuk meringankan beban.

    ReplyDelete
  6. Bongokk. Ini bukan rasuah laa..i i sumbamgan ikhlas utk semua penduduk rumah panjang supaya mengundi ph laa..
    # kalau bn baru rasuah..

    ReplyDelete
  7. Nk tarik undi..kena letak minah karat..baru stim..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews