pages

Saturday, January 12, 2019

Dari Cemuhan, Kini Rakyat Mula SAYANGI Najib, Bertukar BENCI PH



Ketika di awal kekalahan Umno BN pada PRU Ke-14 pada 9 Mei lalu, bekas perdana menteri Najib Razak menjadi sasaran semua, termasuk pemimpin Umno.
Laman Facebook Najib dibanjiri cemuhan demi cemuhan. Ada juga yang meraikan kegembiraan tumbangnya Umno BN di situ.
Kalangan pemimpin Umno sendiri mengkritik bekas presiden mereka sebagai punca kekalahan parti itu selepas lebih 60 tahun berkuasa.
Khairy Jamaluddin antara yang lantang mengkritik Najib pascaPRU ke-14. Beliau meminta bekas bosnya itu supaya tidak mencari alasan dengan kekalahan BN dan malah berkata lebih elok jika Najib berhenti bersuara.
Baca : Mantan PM betulkan laporan Menteri Kewangan baru belajar
Baca : Simpanan NYAWA rakyat Malaysia akan tetap di dalam tangan asing - Najib

Selain itu, kehadiran Najib di kempen PRK Sungai Kandis Ogos lalu kurang disenangi segelintir pemimpin Umno yang mendakwa rakyat masih marahkan beliau.
Sejak itu beberapa bulan berlalu. Melepasi 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan (PH), selepas satu demi satu janji manifesto gagal dilaksanakan, mood rakyat terhadap Najib mula nampak berubah. Sebahagiannya mula merindui anggota parlimen Pekan itu.
Laman Facebook Najib masih dibanjiri komen tetapi kebanyakannya bernada positif. Setiap hantarannya - sama ada mengkritik atau menjawab dakwaan PH - mendapat sambutan.
Malah ada rakaman yang dimuat naik Najib mendapat tontonan lebih tinggi berbanding Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Baca : #LencunLagi, PH buat V-Turn pula selepas beribu U-Turn
Baca : Harga telur: Menteri kata turun, peniaga kata naik – Najib turun pasar
Meskipun dikritik oleh mereka yang dahulu merupakan "anak buahnya", beliau terus menulis, berinteraksi dengan pengikut dan menjawab dakwaan membabitkan pentadbirannya selama dua penggal itu.

Setiap hari ada saja isu dibangkitkannya dan pastinya ia akan dipetik media.

Beliau bergerak solo tanpa menggangu Umno dan BN dan semakin galak turun padang bertemu orang ramai. Hujung minggu lalu beliau ke Pasar Datuk Keramat di ibu kota untuk memantau harga barang.
Kunjungan itu menyebabkan memaksa Menteri Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail segera menghantar pekerjanya untuk membuat pemeriksaan.
Begitu juga apabila Najib menegur cadangan Perbadanan Putrajaya yang ingin menaikkan kadar sewa kuarters daripada RM400 kepada RM800.
Baca : [U-TURN] Kenaikan Kadar sewa kuarters Blok F, G milik PPj DIBATALKAN

Tidak sampai 24 jam Najib membangkitkan perkara itu di Facebooknya, Perbadanan Putrajaya membuat u-turn dengan membatalkan hasrat itu selepas perbincangan dengan kementerian wilayah.
Ini beberapa contoh peranan Najib sebagai pembangkang yang membuahkan hasil.
Selain itu serangan yang biasanya bernada sindiran oleh Najib membuatkan segelintir menteri PH yang masih hijau pengalaman mentadbir jadi kelam-kabut apabila mereka menjadi sasarannya.
Antara yang sering menjadi "mangsa" ialah Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri Industri Utama Teresa Kok.
Baca : Ingat Nama Ni, Wan Saiful, Maszlee: Sejak Masuk KPM, Kerja MENYUSAHKAN Orang Sahaja - Najib
Baca : Teresa Kok marah jual tanah kepada KWSP? Adakah DAP mahu jual kepada sykt Kroni?

Justeru boleh dikatakan Najib sebenarnya telah berjaya menjadi pembangkang yang berkesan, malah lebih menonjol dan giat berbanding ketua pembangkang.
Walau dihimpit puluhan pertuduhan jenayah di mahkamah, ia tidak menghalangnya daripada terus bersuara.
Ia menyebabkan namanya tidak hanyut daripada arus perdana politik negara.
Berbeza dengan segelintir pemimpin pembangkang lain, bekas ketua pemuda Umno misalnya, yang dilihat lantang dengan isu-isu terpilih yang berpotensi menaikkan namanya saja.
Rasanya tidak salah jika Najib diberi peranan sebagai ketua pembangkang kerana beliau mampu memikul tanggungjawab itu dengan berkesan. Akhirnya yang untung adalah rakyat.
HASPAIZI ZAIN ialah wartawan Malaysiakini.

56 comments:

  1. Muka suwey..jgn perasan ok..lain kali tlg jgn letak gambar nii lagii cg..suwey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian ted, ini semua kuasa Allah, ted suka ke tak, rakyat ramai yang menyesal undi PH yg beri kuasa kepada DAP perintah negara menjadi huru hara

      Delete
    2. Hahaha... Hura hara.... Hahahahahahahahahahahahahahaha

      Delete

    3. Terima kasih DSNR .... Kami sedang menunggu kemunculan UMNO/PAS sebagai pemerintah Malaysia

      Delete
    4. Tak payah beretorik. Jika benar ikhlas, bubarkan saja UMNO dan beramai2 masuk PAS.

      Delete
    5. Semoga Allah memelihara dnsr dari kerakusan pemimpin ph=dap. Aamiin

      Delete
    6. Muka pembawa sial kepada seluruh Rakyat Malaysia,,cukup-cukuplah bodoh-bodohkan Rakyat Wahai Najibah

      Delete
  2. Dah memang kena gayanya pun. Anjing tu kalau dah biasa makan najis macamana pun kalau x makan cium juga najis tu. Ibarat kerosakan melubangkan kapal ditgh2 laut, w/pun lubangnya kecil tetapi kerosakan yang ditanggung kerana kemasukan air laut, kesan/impaknya sgt besar. Ambil masa bertahun2 nak memperbaikinya. Inikan pula lubang yang sebesar2nya. Orang kalau dah puja pemimpin mcm tuhan, mmg buta segala2nya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tada sapa puja pemimpin macam tuhan

      kami yang jatuhkan Najib, UMNO, alhamdulillah UMNO semakin sedar kesilapan mereka

      kami juga lah yg angkat Pakatan Harapan dengan harapan akan memulihkan ekonomi Malaysia yg kononnya akan bangkrap (FITNAH DAJAL)

      Rupa-rupanya negara makin teruk

      TOL TIDAK DIMANSUHKAN, MALAH DITERUSKAN SAMA MASA BN
      PTPTN TIDAK DIMANSUHKAN MALAH MAKIN TERUK DARI BN
      MINYAK JANJI RM1,50 LEBIH TERUK DARI BN, SEBIJIK TIRU BN BUAT APUNGAN

      EKONOMI MKIN TERUK LEBIH TERUK DARI BN
      PELUANG KERJA TIADA LEBIH TERUK DARI BN
      KENA BUANG KERJA, ZAMAN BN TAK BERLAKU

      PENOREH GETAH MERANA HARGA GETAK JATUH MERUDUM
      HARGA KELAPA SAWIT JATUH MERUDUM
      BANTUAN KEPADA PEKEBUN GETAH DIPOTONG MALAH DIMANSUHKAN
      BANTUAN NELAYAN DIPOTONG

      HARGA BARANG MAKIN NAIK
      KOS SARA HIDUP MAKIN NAIK
      RAKYAT DI KAMPUNG NAK MAKAN PUN MENCATU
      NAK BELI BAJU SEKOLAH DAH TAK MAMPU
      DUIT SAKU ANAK HANYA RM1

      RAKYAT MAKIN TERSIKSA

      Delete
    2. Hahahahahaha.. Meroyanlah kau.

      Delete
    3. Ko jangan main tuduh. Berat tuduhan ko ni.
      Memuja manusia bermakna mensyirikkan Allah.
      Jangan ambil kerja Allah
      Percayalah Allah yg Maha Mengetahui.
      Bukan manusia dan juga bukan ko
      Ko tahu ker sebenar2nya siapa yg paling jahat dalam malaysia ni.
      DAP... Sbb dap memusuhi islam

      Delete
    4. 1.32 ni RBA.. setuju tak ?

      Delete
    5. Ha tula bela la lagi raja2 & kerabat2nya.negara & rakyat lingkup depa peduli apa. Janji masyuk yg b***h sapa?.
      Uncle kentang, LKS,LGE & lain yg bijak pandai nk masuk islam
      pun xjadi, tengok org islam sembah org.

      Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah.
      Mana suara mufti2, ulamak & bijakpandai islam?
      Sedangkn maklumat dihujung jari. Bukan zaman sebslum
      merdeka dulu yg serba kekurangan & jahil diperbodohkn.
      Kebanyakan yg berhijrah ke Malaysia ingin berjuang untuk
      merdekakn nusantara ini dari penjajah selepas Indonesia merdeka.
      Mereka kebanyakn adalah pendekar, malah ada yg sakti.

      Penjajah cuak dan mereka beri kemerdekaan dgn syarat ikut landasan
      yg menuju KESYRIKKAN yg disetujui oleh Tunku abdul rahman.
      Jadi Malaysia blum merdeka sepenuhnya. Islam telah dibongsaikan.
      Rahmat Allah terhalang oleh lembaga2 yg disembah oleh melayu.
      Jangan salahkan DAP ye.
      Patek itu anjing,anjing itu patek.
      Melayu hina diri sendiri.
      Merdekakan roh kamu dari Syirik.
      Maok betul.

      YA ALLAH, AKU BERLEPAS DIRI DARI SYIRIK.
      Amin, Amin YarabbalAlAmin.


      Mana Jon Doe, sila komen mn yg kurang mn yg lebih?
      Aku baru belajar.
      Wasalam...wb..

      Delete
  3. AKU TAK MENYESAL JATUHKAN NAJIB, MEMANG PERLU UNTUK INSAFKAN DIA, SEKARANG DIA SUDAH KEMABLI DALAM PERJUANGAN HAKIKI

    YANG AKU MENYESAL KERANA UNDI PAKATAN HARAM JADAH PH, KERAN TANPA AKU SEDAR TELAH MENGANGKAT DAP KETURUNAN KOMUNIS MENJADI KERAJAAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau undi PH? Kahkahkahkah.... Nak membongak pun agak2lah yop.

      Delete
    2. Diamlahh ko..asyikk ko jerr komen..sekejap sokong najibby suwey,kejap menyamar sokong ph..menyesal konon..kahkahhhh..pi pi piraaaaahhhh..

      Delete
  4. Nasib baik cg dh delete gambar najibby tadii..gambar tadi betul2 bawa suwey..boleh dia senyum setelah apa dia buat pada rakyat dulu..nii yg macai2 selalu kata..tersenyum DSN..kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih DSNR .... dapat bantuan buku dan bantuan sekolah...

      Delete
  5. KARMA FITNAH JIJIK QUE SERA SERA..
    MENANG JADI ARANG KALAH JADI ABU
    BUKAN KAMI YANG FITNAH ADU DOMBA
    GANG ALJUB VS KUTTY YANG MULA DULU
    APA LAGI WAYANG KAN DAH NAK MULA...!!

    ADU DOMBA FITNAH JIJIK BATU API NI PERMAINAN LIDAH BERCABANG DAN AJUBOORI
    KLU IMAN DAN AKIDAH PUN DEPA LACURKAN DRNGAN PLURALISMA MURTAD DAN COMANGO LIBERALIS KAFIR ..APA SANGAT DENGAN QUE SERA SERA NI..!!



    KIKIKIKI.. HAAAAHH TEPUKKKK...!!!

    ReplyDelete
  6. Pada PRU 14, kerusi Cameron Highland dimenangi BN. Kalau kali ini BN masih menang dengan peratus undi serta peratus majoritinya (ingat, mesti dicampur dengan peratus undi dan peratus majoriti penyertaan PAS) masih juga sama, itu tidak menjejaskan PH. Kalau BN menang, dengan peratusan undi peratusan majoriti berkurangan, maka itu petanda tidak baik bagi BN, apatah lagi kalau PH pula yang menang. Selamat mengundi. Suburkan demokrasi. Insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Andaian ko kurang tepat, sebab dulu BN dianggotai oleh MCA dan Gerakan, tetapi kali ini sudah pasti MCA dan Gerakan tidak akan mengundi BN.

      Delete
    2. 2.38, dulu pun ahli mca dan gerakan x undi BN. 95 % org Cina yg undi PH !!

      Delete

    3. 314


      So dulu 5% peratus cina undi BN

      Faktor UMNO bekerja sama dengan PAS pun memainankan peranan.

      UMNO dan PAS berpendapat adalah lebih baik sesama Islam.

      Yang penting berapa mojoriti .


      Delete

    4. Cuba korang perhati PRU14 P005 JERLUN

      P005 JERLUN

      BN 12413
      PAS 12829
      PH 18695

      Ternyata PH menang dng mendapat 18,695

      Tetapi kalau PRK di adakan atas sebab2 tertentu dan BN ke memberi laluan kepada PAS agak2 korang ingat PH boleh menang ke ??

      Delete
  7. Kalaulah betul dah QUE SERA SERA , Tak perlulah turun padang berkempenn di C Highlands. Apa yang bang Non dapat Yellekk. Apa yang Kak Wan dapat Yellekk.

    ReplyDelete
  8. Dari kecik lagi bapanya Tun Razak selalu bawa Najib turun padang untuk bersama2 rakyat, tiada gap, beliau lansung tidak kekok untuk bersama rakyat marhaen yang kasehkannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen ini bukan sikit habuan haram najib tabur....

      Delete
    2. 2.36, tabur amende?? Kalau dah kering idea, dok diam dah le !

      Delete
    3. Harap lepas no atok pulak turun pasar keramat..kalau larat laa bau busuk penjual2 keramat laa..atau tk tersandung..
      Kalau berani laa...
      Boleh ambil gambar datuk seri.."boleh...boleh..boleh"
      Macai mesti berbulu..contoh ted burit.

      Delete
  9. Dsnr sentiasa nampak happy dan senyum
    Bukan dibuat2, naturally

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen ini bukan sikit habuan haram najib tabur....

      Delete
    2. aik? najib senyum pon ada orang sakit hati???

      Delete
    3. Mana ada tabur. Aku rakyat biasa. Tak pandang duit dunia ni. Ada mata aku lihat, ada telinga aku dengar. Yg bagus aku kata bagus. Itu pun salah ker. Semua org berhak memberi pendapat yg baik2

      Delete
  10. Ada yang peluk, ada yang high five, semua orang kasehkan Najib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen ini bukan sikit habuan haram najib tabur....

      Terimakasihlah atas komen membawa najib rebah tempohari....

      Delete
  11. Memang umno patut kalah dan jatuh, dulu mereka lupa diri, bertanding peringkat bahagian, Ketua Pemuda je sanggup berhabis RM1 juta utk suap perwakilan kerana tahu akan dpt rm juta-juta

    Bila dah jatuh, umno kini sedar dan insaf, mana yg dok kejar harta sekarang dah masuk PPBM

    Yg tinggal dlm umno yg tak diterima oleh Bersatu mcm Nazri Aziz LANCAU, yg teruk tapi sebenarnya umno sendiri tk mahu terima dah

    Umno akan melalui proses rejuvenate dan hanya pemimpin tada duit akan memimpin kerana umno bukan lagi lubok gaji duit

    Masa tu umno akan kembali memerintah negara bersama-sama PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah UMNO akan kembali memerintah

      Delete

    2. Kakalahan BN dulu disebabkan oleh PH kencing di merata tempat, sepanjang jalan pada setiap masa berkempen.

      Delete
    3. BN kalah sebab macainya tak bermutu, jenis sangap. Kalau benar kena kencing, cepat2lah tangkis. Kalau boleh hulurkan kepala tu sampai lokos.

      Delete
  12. Rakyat yang hadir dipasar Keramat nampak bergitu berbahagia bersama Najib, mereka semua tampak ceria, lama dah tak tengok photo2 scene2 sebergini, macam terhibur tengok Mowgli Malaysia, bergitu dekat dengan alam.. tak la asik tengok muka monyok memanjang, muka senyum kelat, senyum dibuat2, yang lahir bukan dari hati suci... just my observation saja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapalah yg tak terhibur tengok muka badut? Aku oun terhibur.
      Kahkahkahkah.

      Delete
  13. Kahkahkah..syok sendiri. 2,3 gerai shj yang najib lawat. Yang lain buat tak tau dengan najib. Apa najib tanya masa lawat? Harga ada naik tak? Jika peniaga cakap tak naik atau turun, najib akan cabut cpt2. Nak jumpa peniaga cakap naik shj. Kahkahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka hati kau lah...Najib pun tak kacau kau pun ...

      Dia nak jumpa rakyat...bertanya khabar...salah ke??

      Delete
    2. Mudah nya fitnah macai PH dah macam tada dosa kpd mereka

      Kau hadir ponn tak, boleh reka cipta siap mcm real lg

      Laknatkan DAP musuh Allah dan musuh kami

      Delete
    3. Fitnah apa bodoh? Aku tgk sampai habis video lawatan najib. Tak seperti digambarkan pun. Bodoh punya orang tua 3.14. Zaman skrg bukan macam zaman kau dulu. Semua ada bukti. Beli ikan bawal kata nak digorengnya..peniaga tanya nak siang sekali ke, dia tak reti nak jwb. Nampak sgt tak pernah pegi pasar. Pergi pasar cuma nak buruk2an orang. Kahkahkah

      Delete
    4. Bravo 3:24... Memang mantop jawapan hang. Macai terkedu.

      Delete
  14. Kejatuhan kerajaan PH hari akan bermula sebaik sahaja Tun M dah tiada..

    Kita tak tahu bila...

    PH akan berpecah sebaik sahaja Tun M tiada..

    Malah PBBM pun akan hancur bila Tun M tiada.....sbb asas penubuhan PBBM ialah untuk memecahbelahkan org melayu dan untuk menjatuhkan najib...


    PH adalah satu kerajaan yg rapuh sebenarnya...semua pemimpin jadi pondan sebab ada Tun M.

    LKS, LGE, Mat Sabu dan byk lagi yg lain tu....dulu macam harimau...Sekarang dah jadi tuan pondan...takut pada tun M..

    Tapi mereka ni akan jadi beruk semula, bila Tun m dah tiada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ahli nujum negara ke?

      Delete
    2. 318

      Ko kurang tepat. Sebenarnya kejatuhan PH sudah pun bermula sekarang, Sejak DSNR sering di kagumi dan di kerumun oleh peminat2 dan persengkitaan antara Anwar dan Mahathir tidak lagi dapat sembunyikan dari pengetahuan umum.... tunggu masa saja,,,. Bahkan jika pru diadakan semula, sekarang aku hampir pasti PH akan tumbang.

      Delete
  15. Terbaikkk najib..mesra rakyat..dipeluk erat oleh rakyat. Atok adoo..ki ki ki

    ReplyDelete
  16. Takde sapa peduli najib nak peluk sapa..kikiki. Semua tu saluran 1, karat sokong najib. Tak lama lagi meninggal. Pergi lawat hanya kedai ahli umno. Yang lain meniaga dan beli barang tak pedulikan najib langsung. Kedai yg najib lawat telah siap2 ditunjuk oleh macainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mantop bro... Tibai aje pembodek tegar tu. Biar tersedak dedak.

      Delete
  17. LIDAH BERCABANG SALAH ANGGAPAN
    INGAT JOHOR RUPANYA NEGERI PAHANG
    MULA LA LIDAH BCABANG & JOHOR MENCIPAN
    ANAKCUCU KRONI MASIH TAK DISELAMATKAN


    KIKIKIKIKI..

    ReplyDelete
  18. GPS Melazion mengesan peralihan pentas dari Johor ke Pekan.
    Spt biasa pertunjukan Royalle Domba kan selaraskan dgn inti Royan yg setimpal.
    Melazion Umpas masih mahu engkar.
    Itu pilihan. Allah SWT sangat demokratik. Lhamdulillah.
    Lain tu business as usual.

    ok, jika itu yg nafsu, makilah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila perbaiki tatabahasa anda supaya pembaca faham apa yang anda cuba sampaikan kepada semua pembaca. kikiki....

      Delete
    2. 634,
      Sila kembangan kreativiti minda mung. Pengolahan adalah disengajakan utk engeluarkan sisa lobak diantara dua telinga umat Melazion.
      Mung tok fahang mu diang, mu tok ler nmpak bangan

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews