pages

Thursday, October 11, 2018

(KEJAYAAN PH) Oktoberfest 2018: Malaysia jadi pusat aktiviti bebas



KUALA LUMPUR - Penganjuran pesta arak 'Oktoberfest 2018' di negara ini seolah-olah menggambarkan Malaysia telah dijadikan lokasi aktiviti bebas buat masyarakat luar.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan (DPPK) Wangsa Maju, Mohd Abdul Hadi Ghazali, berkata, sekiranya ia dibiarkan, penganjuran itu seperti tidak terikat dengan sebarang sekatan undang-undang dan peraturan.

Walaupun umat Islam bukan menjadi sasaran penyertaannya, tetapi tiada had atau halangan jika ada orang Islam yang menyertainya, sekali gus menggamit sesiapa sahaja untuk hadir termasuk orang Islam.

"Kami ingin mempersoalkan adakah kebanyakan rakyat Malaysia mahukan pesta arak yang sedang hangat diperkatakan itu diadakan di negara kita ini? Suara majoriti rakyat serta pertimbangan pihak berkuasa keselamatan negara adalah penting kerana negara ini diperintah melalui sistem demokrasi," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi DPPK Wangsa Maju hari ini.

Justeru ujar beliau, kerajaan persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak harus membiarkan acara itu berlangsung dengan membatalkan sebarang permohonan permit daripada pihak penganjur demi menjaga sensitiviti agama Islam dan bangsa melayu.

"Pesta Arak yang bakal dianjurkan ini juga akan memberikan impak negatif kepada Malaysia sebagai negara Islam dipersada dunia. Penganjuran pesta arak pada tahun ini agak mencuri tumpuan ramai apabila ramai pihak yang mula sedar tentang keburukan menganjurkan program yang menjadi ‘raja’ kepada kemaksiatan dan salah laku.

"Dalam penganjuran pesta arak ini, walaupun penganjur beralasan ia adalah aktiviti untuk bukan Islam termasuk mempromosikan pelancongan terhadap masyarakat, namun, yang paling dikesali kerana mereka memilih Malaysia sebagai lokasi pesta arak," katanya.

Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan penganjuran pesta arak berkenaan.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya tiada sebarang halangan untuk membiarkan satu acara sama berlangsung di Mid Valley kerana dibuat dalam premis tertutup namun dalam masa sama tetap melakukan pemantauan ke atas acara berkenaan sekiranya didapati terdapat sebarang pelanggaran undang-undang. - SH

8 comments:

  1. Zaman bn ok jerr..arab pun xde bising..jom ikot aku nyangkul terowong..kikiki..😊😊😛😛🙃🙃

    ReplyDelete
    Replies
    1. rate ot cangkul terowong brapa yer? Borang nk masok kerja korek terowong ini dijual oleh silokman (*undertable)

      Delete
    2. Kami yg jatuhkan umno dulu, angkat PH dgn Harapan jadi lebih baik dari BN

      Rupa2nya lagi TERUK, asyik2. Hujah umno boleh buat nape PH tak boleh, kalau sama atau lagi teruk dr UMNO buat apa perintah, pergi mampos cepat

      Delete
    3. Kesian. Isu recycle pun terpaksa gunapakai lagi. Yang sekor ni tak habis lagi mengaku penyokong PH. Kahkahkah.

      Delete
  2. Mufti2 telah besuara, rakyat Islam yang tidak menyokong pesta arak juga telah bersuara. Ahli2 politik Muslim pembangkang tidak bergitu vokal... Ahli politik Muslim kerajaan selain yang diatas diam membisu? Malah ada yang dah dua kali tumbang bergitu lantang menentang pendapat mufti. Masing2 punya bahagian nanti. Eloklah rakyat dengar pendapat YDPA, pemerintah tertinggi negara. Malam Jumaat penghulu segala hari ni sama2lah kita berdoa!!!

    ReplyDelete
  3. 8.44..8.58..9.01 mcm org yg sama jew...ki ki ki..tahi..proottt argghh lege

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macam mana? Isu kaum, agama dan isu sensitif saja yang boleh buat zombie UMNO PAS hidup kembali. Kahkahkah.

      Delete
  4. Nk tanya ustaz zolkharnain abidin ni ada kat mana..ustaz...ooo ustaz..ustaz setuju ada oktobrr fest kew..atau tk setuju..kalau tk setuju..apa lagi..berarak lew..kumpul kt sogo..

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com