SILA KLIK

pages

Friday, October 12, 2018

Apa MUSLIHAT Kadir Jasin Bangkit Hal YDP Agong??


ULASAN l Hakikat bahawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah pun diperkatakan secara meluas selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menang Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei lalu.
Wan Azizah sendiri pernah mendedahkannya tidak lama selepas PRU tersebut.
Namun begitu, tindakan beliau mengulangi hal itu ketika berucap kepada rakyat Malaysia di Jakarta semalam adalah berguna kerana bukan semua orang tahu dan faham peristiwa yang terjadi pada malam 9-10 Mei itu.
Wan Azizah dilaporkan oleh akhbar New Straits Times sebagai berkata, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V membuat tawaran tersebut kerana beliau (Wan Azizah) ketika itu adalah Presiden PKR yang simbolnya digunakan oleh HARAPAN sebagai simbol tunggal untuk pilihan raya.
“Bagaimana pun saya menolak tawaran itu kerana saya memegang janji kita, iaitu Tun Dr Mahathir (Mohamad) akan menjadi perdana menteri dan saya timbalan beliau,” katanya di majlis yang diadakan di Kedutaan Malaysia di Jakarta.
Pengesahan dan ulang sebut ini penting kerana rakyat, khususnya pengundi yang memilih HARAPAN, berhak mengetahui tindak balas Yang di-Pertuan Agong terhadap keputusan mereka memilih HARAPAN.
Dalam manifesto HARAPAN dan kempen-kempennya dinyatakan dengan jelas bahawa jika parti itu menang maka yang akan menjadi perdana menteri ialah Dr Mahathir.
Di dalam manifesto yang sama dinyatakan juga bahawa selepas Dr Mahathir maka yang akan menjadi perdana menteri ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memanglah pada waktu kemenangan HARAPAN itu ketua parti ialah Wan Azizah dan parti-parti HARAPAN memutuskan untuk mengguna lambang PKR setelah usaha mereka mendaftar dan menggunakan lambang HARAPAN digagalkan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Tarik gelaran Mahathir
Secara konvensyen, ketua parti yang menang diangkat menjadi perdana menteri. Tetapi di sisi undang-undang, mana-mana ahli dewan yang mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat boleh dilantik menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun dalam konteks PRU ke-14, persetujuan telah pun dicapai awal-awal lagi dan dihebahkan kepada umum bahawa yang akan menjadi perdana menteri bukanlah ketua parti (PKR) tapi Dr Mahathir yang merupakan pengerusi HARAPAN.
Jadi rakyat tahu dan satu dunia juga tahu bahawa calon perdana menteri ialah Dr Mahathir dan bukan orang lain.
Cuma timbul persoalan kerana tiga bulan sebelum PRU 9 Mei, Istana Kelantan telah menarik balik gelaran Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan yang dianugerahkan kepada Dr Mahathir.
Gelaran itu diberikan oleh bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra. Baginda adalah ayahanda kepada Sultan Muhammad V dan masih hidup.
Penarikan balik darjah tertinggi Kelantan itu dilihat sebagai penolakan terhadap Dr Mahathir oleh Istana Kelantan. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa beberapa orang sultan secara tersurat dan tersirat “berkempen” menghalang kepulangan Dr Mahathir ke arena politik tanah air.
Saya menyokong ulang sebut Dr Wan Azizah itu kerana ia memperjelaskan dan mengesahkan apa yang menjadi tekaan orang ramai pada malam 9 dan 10 Mei 2018.
Setiap perkataan yang dikeluarkan dan gerak tubuh (body language) yang dipamerkan pada saat genting itu perlu dirakamkan secara rasmi agar menjadi panduan kepada kerajaan yang ada hari ini dan petunjuk bagi generasi akan datang.
Pada malam itu rakyat Malaysia mengubah sejarah yang tiada siapa pun boleh menghalangnya.
Alhamdulillah itulah yang terjadi.
Akhir kalam:
“Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja Kita
Selamat bertakhta.”
DATUK A KADIR JASIN ialah penasihat media dan komunikasi di Jabatan Perdana Menteri. Beliau bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd dan kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.
Walau bagaimanapun, tulisan ini dibuat atas kapasitinya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang dipegangnya. Tulisan ini juga tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi CG. 
Pihak Malaysiakini juga sedang mencuba menghubungi pihak istana untuk mendapatkan ulasan nya. 

13 comments:

  1. PTPTN free ke mana tol free ke mana gaji minimum ke mana harga brg turun ke mana minyak rm1.50 seliter ke mana royalti petroleum 20% ke mana... alih2 dpt protiga lgbt khalwat halal hilang kerja YB samseng tambah cukai baharu rakyat tido bawah jambatan #tunphlancau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko pegi mamposlah..dh berapa kali nk jelaskn benda nii xde dlm manifesto..ko xundi ph sibuk nk tuntut janji..piirahhhh..

      Delete
    2. Ki ki ki..toll free.atok kata.manipestol merapu ki ki

      Delete
    3. mahathir dalam dilemma..kabinet kayu reput..bakal reban..

      Delete
  2. orang anti PH sila fikir2kan komen di bawah ini yg sempat copy dlm.twitter

    islam haramkan arak.

    october fest
    bukan untuk orang islam.

    orang islam patut bimbang
    tentang penagihan dadah
    yang berlaku setiap hari
    dan melibatkan majoriti
    anak melayu islam..

    tak perlu menyalak
    pasal october fest
    yang disambut oleh orang
    bukan islam!

    CG....kamu juga suka cari dan tonjol kerajaan PH semua bodoh. mengapa tak puni kerajaan kleptokrasi dulu? kan najib maksum? kan najib baik? etc etc etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku lama ikuti CG, kamu mungkin baru ikuti CG, cuba tengok posting sebelum 9 Mei 2018 (PRU14)
      CG blog yg menyerang Najib dan BN menyokong Tun M sehingga Najib dan Bn jatuh
      Sekrang mungkin CG melihat keburukan PH, maka mereka tegur lagi pemerintah
      kena terima hakikat PH memang TERUK sekrang
      Rakyat KECEWA teruk dengan prestasi LEMAH PH

      Delete
    2. oleh : Achmat Kmitzki
      2 hrs
      OCTOBERFEST
      =============
      - saya 3 kali ke-Jerman.. 1 kali ke-Munich
      - Munich adalah tempat "Lahirnya Octoberfest"
      - kebetulan di munich waktu tengah 'Demam Octoberfest'
      - hampir kesemua org tempatan munich menasihati saya supaya JANGAN KELUAR HOTEL hari Octoberfest berlangsung
      - mereka kata tak ada apa nak tengok pun... yg ada cuma ORANG GILA
      - terlalu banyak jenayah berlaku semasa octoberfest:
      ---- 2014 : 720 ditahan, 48 kanak2 hilang, curi, seluk saku, rogol, cabul tak terkira banyaknya..
      - MALAYSIA TERHEGEH2 NAK SAMBUT.. kononya nak menarik pelancong... Woiiiii... Pelancong TAK HINGIN LANGSUNG NAK TENGOK ORG MALAYSIA MINUM ARAK... di tempat mereka lagi advance bab minum arak ni...
      - Pelancong dtg ke Malaysia nak tengok BUDAYA KITA, KESOPANAN KITA, KEINDAHAN ALAM KITA..
      - BODO BETUL MENTERI YG LULUSKAN PESTA GILA INI..

      Delete
    3. Anon 2.45 komen tak bfakta

      Anon 3.14 penjelasan terbaik..!

      Delete
    4. TAPI DIA MAHU DI JADIKAN S3BAHAGIAN PESTA DALAM KELENDAR PELANCONGAN DIDALAM SEBUAH NEGARA ISLAM... BERMEJORITI ISLAM...DAN TANAH MELAYU.... TUJUAN MEREKA ADALAH UNTUK MENCALARKAN IMEJ ISLAM... MALANGNYA ADA MELAYU YANG MELACURKAN AGAMA DAN BANGSA.

      Delete
    5. 3.15

      the failure of practically all muslim states are due to wrong priorities. jad they followed truly the Quran, insyaAllah we shall succeed

      Delete
  3. Khairulryezal osmanOctober 12, 2018 at 3:24 PM

    Auta macai. Dh berpuluh tahun baru sekarang nk bantah.baik korang cangkul terowong dpt juga duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ted...khairul...mohd azreen..semua nama org kau tibai..cangkul kang!!!!
      apa...???nama sebenar kau yg diberi mak bapak kau buruk sgt ke????

      Delete
    2. Dj tk boleh nk berhujah..takat tu je le yg mampu macai2 pendedak tulang babi ph ni

      Delete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com