SILA KLIK

pages

Friday, August 10, 2018

‘Umno tak perlu pertahankan saya lagi’, luah Najib




😰😰Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan perasaan apabila meminta Umno supaya tidak lagi mempertahankan dirinya daripada fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Najib menerusi Facebooknya berkata, melalui perbicaraan yang adil, beliau yakin dapat mempertahankan dirinya sendiri.

Menurutnya, beliau juga yakin tidak bersalah terhadap segala pertuduhan yang dibuat.

"Kesalahan saya hanyalah kerana melakukan yang terbaik demi rakyat, negara dan parti saya.

"Segala tuduhan dan fitnah adalah terhadap saya dan bukan Umno. Tidak adil untuk Umno menanggung beban ini," katanya.

Najib berkata, sebagai sebuah parti yang berjaya membawa Malaysia hampir meraih status ekonomi maju dan menikmati ketenteraman dan keamanan sejak Merdeka, jasa Umno kepada negara tidak dapat dinafikan.

Menurutnya, perjuangan parti Umno juga berniat baik.
"Atas dasar itu, saya akan terus menjadi ahli Umno yang setia dan bersedia untuk menghulurkan bantuan jika parti memerlukannya.

"Apapun, saya juga masih lagi Ketua Bahagian Umno dan Ahli Parlimen. Saya juga mempunyai pengalaman dan pengetahuan dengan apa yang berlaku dalam kerajaan lalu," katanya.

Najib berkata, dia akan terus bersuara terhadap apa-apa isu yang menjejaskan rakyat dan negara ini.

Menurutnya, dia berhak menggunakan kebebasan bersuara dan berhak mempertahankan dirinya jika timbul lagi sebarang tuduhan dibuat terhadapnya atau kerajaan BN lalu.

"Saya tidak mempunyai sebarang hasrat untuk menjadi presiden Umno lagi. Kepimpinan UMno baharu perlu diberikan kepercayaan dan ruang untuk membuktikan kepimpinan mereka bagi mendapatkan kepercayaan rakyat.

"Sebagai Perdana Menteri dan Presiden BN pada masa itu, saya menjadi sasaran pihak lawan yang membuat pelbagai serangan fitnah terhadap saya," katanya.

Menurutnya, dia hanya membantu Lokman Adam sebagai menunaikan hasratnya yang meminta bantuan untuk berkempen ketika pilihanraya kecil Sungai Kandis.

"Ia adalah satu tugas yang berat bagi kerusi ini kerana PKR adalah penyandang dan memenanginya dengan majority yang besar hanya beberapa bulan sebelum ini. Lokman dan pasukannya telah melakukan yang terbaik bagi PRK itu," katanya.

Hari ini,  pemimpin dan ahli Umno dinasihat tidak berterusan mengkritik pemimpin sendiri sebaliknya meneladani parti lawan yang sentiasa mempertahankan pemimpinnya daripada difitnah.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam menggesa pimpinan dan ahli Umno supaya memberi peluang kepada Najib mempertahankan dirinya kerana beliau difitnah.

Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani agar tidak memandang rendah terhadap Najib.

Zahid yang juga Ketua Pembangkang berkata, Johari tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang meremehkan peranan Najib.

Semalam memetik  laporan Malaysiakini Johari mempersoalkan kewajaran Najib  turun berkempen di PRK Sungai Kandis sedangkan banyak persepsi negatif dilemparkan terhadap beliau sepanjang terpalit dengan beberapa kes yang masih dalam siasatan. - SH

20 comments:

  1. Pancing saja nii..nk tgk sokongan..dulu hulur baru dot sokongan,sekarang xde duit no sokongan..tapii ya lah najib akn jadii beban buat umno di hari mendatang..imej dia dh teruk dgn skandal..masih ada yg nk bagii gelang cincin utk selamatkn najib..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin dalam kerajaan ph hari ini pun sama juga. kata peribahasa melayu"alim kucing"..maknanya depan mahathir nampak baik tetapi kalau di belakangnya habis lauk dimakan. sekarang semua pemimpin ph masih takut sebab terlalu banyak tuduhan yang mereka buat terhadap najib. tunggu dua tiga tahun lagi bila keadaan mula tenang. rasanya mungkin lebih dahsyat lagi dari pemimpin bn cuma caranya lebih cekap supaya tidak dapat dikesan dengan mengaburi mata rakyat.

      Delete
  2. Elok najib buat sidang media mohon maaf pada rakyat..mcm yg selalu dibuat dijepun/korea..bunuh diri wajar dipertimbangkan..huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Bersangka baik. Masa berpolitik dah berlalu. Biar mahkamah membuat pengadilan sewajarnya. Kini masa bina negara ke arah Malaysia Baharu di bawah Kerajaan Baharu yang dipilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak suka ayat malaysia baru. Aku lbh suka guna Tanah Melayu biar cina dgn india kapir tau depa tu penumpang sj di bumi ni.

      Delete
  4. imi yg fikatakan pemimpin berjiwa besar bukan jenis tetpekik terlolong bila fitnah dan hasut rakyat ke jalanan dan menangguh beratus ratus penangguhan kes di mahkamah... malah najib mahu kes dicepatkan..

    bukan nya pemimpin bacul tua bangka jenis menyorok dng hakim bila dicabat ke mahkamah.. bila dihadap ke suruhanjaya suma tak ingat tak tahu .. bila ada kes dituduh melancapkan jantan si tua bangka ni paling tahu dan ingat..

    ini lah pemimpin betjiwa besar mangsa fitnah jijik si tua bangka dan seangkatanya...

    Dunia sementara di sana pasti pembalasanya... di dunia ini karma fitnah jijik sedang menjerut sang fitnah dan kerajaannya..

    tahniah najib... UMNO tak lupakan jasa kamu... cuma elok berihat buat seketika

    Kerajaan yg di asaskan sentiman fitnah jijik tak kekal lama... insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. FUCKKKKKKKKKK...KIKIKIKI

      Delete
    2. Ada btul kata anda. Puakmacai DAP mengelepar tgk najib remained cool.

      Delete
  5. Najib nak menempel pada umno. Dia tahu jika menyibuk berkempen, umno akan terpalit tahi. Umno akan dijauhi. Tapi dia terpaksa menempel disebabkan kes mahkamah. Jika berjauhan dari umno, lebih cepat beliau ke sg buloh.

    ReplyDelete
  6. Tgk berita tadi..lebih 20 org termasuk kanak2 maut dibom oleh arab saudi di yemen..tapii bila agaknya arab nk serang israel..? Memang xboleh harap puak2 arab nii..beli senjata canggih2 dari us utk perangi sesama sendiri..najib senyum lebar lihat kebodohan arab..kikiki..🗡🔫⚔🛢🛢🛢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perang kat arab pun, najib yang salah. Pandai...pandai...
      Pandai spinnnn

      Delete
  7. Anuar lagi berjiwa rakyat..di hangkut nyew rakyat turun jalalangan....
    Bertahun2..sekarang dia akan membalas jasa rakyat...dh tk lama dah..dia akan menunggu saat dan ketika..hendak mencarik2 prmimpin bn yg menjatuhkan dia dulu..betul tak ted..

    ReplyDelete
  8. KUALA LUMPUR-: UMNO SEDIA KERJASAMA DENGAN DAP, KATA ANUAR MUSA.DEMI KEBAIKAN RAKYAT UMNO SEDIA KERJASAMA DGN PARTI PEMBANGKANG ASALKAN UNTUNGKAN RAKYAT.BELUAU NUGA BERKATA UMNO TIDAK PERLU LAGI PERTAHANKAN NAJIB RAZAK.



    MACAI JE YG MERAPU2 PERTAHAN NAJIB.ORG ATAS RELEKS.

    ReplyDelete
  9. Pertahan kan Najib bukan membabi buta saja... mcm otai reformasi aljubooori dan mahafitnah... bila kena tuduh terpekik terlolong hasut rakyat ke jalan raya.. belum bicara lagi beratus kali tangguh.... mintak sampel DNA tak kecut telo tak berani bagi...

    Najib gentelman tak suka tangguh dan mahu dipercepatkan malah bukti sampai skg tak tunjuk lansung...

    Najib mangsa fitnah jijik pemimpin paling korup rasuah.. korup akhlak dan korup iman dan akidah... kaya slogan madani islamic state fundmentalis tapi yg dibawa pluralist murtad liberalist gay lgbt dan COMANGO..

    kami lawan FITNAH..!! bukan lawan dengan membabi buta ...


    kerajaan yg diasaskan sentimen fitnah jijik tak kekal lama..

    ReplyDelete
  10. KAMI PERTAHANKAN NAJIB SEBAB FITNAH JIJIK..

    FITNAH MRLALUI MEDIA SELURUH DUNIA FITNAH DIBAYAR BERJUTA JUTA PADA PIHAK ASING

    SEMOGA ANAK CUCU KAMI TERSELAMAT DARI DOSA FITNAH


    KAMI LAWAN FITNAH...!!

    ReplyDelete
  11. Ternyata UMNO adalah dihuni oleh ahli2 yg lemah dan selfish. Umno ditumbangkan kerana fitnah dan pembohongan.
    Bermakna kalah PERSEPSI. Tuduhan pun belum meyakinkan rakyat, lemah dan belum cukup bukti.

    Aku nak tanya adakah islam itu terorist? Islam agama kedamaian tetapi umat islam kalah dalam perang persepsi media barat. Maka islam berjaya di imejkan sebagai agama menyumbang kpd keganasan oleh Amerika dan Israel.

    Taktik ini adalah taktik yg berkesan dilakuan oleh amerika mau mengalahkan musuh politiknya spt iraq dgn Sadam Husein, Afghanistan dan libya.

    Maka samalah taktik agensi seperti IRI, NED, RAND agensi Amerika yg memberi nasihat kpd pembangkang bagaimana mau menjatuhkan kerajaan BN dengan perang persepsi dan nyata mrk berjaya.

    Selepas ini giliran Parti PAS pula akan diimej sebagai parti pak lebai, ketinggalan zaman, tak layak, malah mgkin terorist.

    Keraguan akan ditiup ke telinga pemimpin2 melayu sehingga rancangan utk menyatukan kerjasama antara UMNO dan PAS pun mustahil terjadi. Jagalah langkah2 syaitan.
    Iaitu bibit perpecahan dan fitnah.

    ReplyDelete
  12. Amerika sedang melakukan perang media dengan Iran sekaeang ini...

    Perang teluk AS Iran tunggu masa berlaku sekarang... perang persepsi fitnah melangkaui sempadan...

    pelik tokon agama yg fofular di tanah air dengan ceramah yg memukau dengan gelak tawa teka teki senda guraau dan bernyanyi nyanyi dan pakar pakar motivasi suma daah masuk gua ...!!

    #bangkitlawanfitnah insyallah syahid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua senyap sunyi. Kami nak juga dengar pandangan ustaz ustazah. Masalah ummah ni. Nak tunggu dan lihat.... sampai bila

      Delete
  13. Alaa buku-play ulang sahaja: Najib dan Rosmah Thief pencuri(?)
    ( dan hasut pula berjuta FWD fitnah ni)
    walhal masih tiada tuduhan jenayah terhadap DS Rosmah
    Semua manusia pasti mati, jadi taubatlah seberapa segera
    sebelum yang FWD fitnah atau mangsa mati

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com