pages

Saturday, August 4, 2018

Ulama mesti berani tegur pimpinan kerajaan: Mufti Perak

Tan Sri Harussani akui pernah tegur ramai pimpinan negara termasuk Dr Mahathir, isteri Najib

IPOH,  22 Zulkaedah 1439H, Sabtu – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menasihatkan golongan ulama supaya berani menegur pimpinan kerajaan tanpa perlu rasa takut.
Beliau berkata, teguran yang diberikan adalah tanggungjawab dan menjadi peranan penting yang perlu dilaksanakan dalam pentadbiran sesebuah kerajaan.
Kerajaan dengan ulama dia kekal, kalau kerajaan nafikan ulama akan gagal. Namun, keberanian untuk menegur adakah berani atau tidak? Takut kena buang kerja dan sebagainya.
Bagi saya, tak perlu takut. Apa yang hak, saya tegur. Saya pernah menegur pimpinan negara seperti Yang Dipertua Negeri, Negeri Sembilan ketika baginda bergelar Yang di-Pertuan Agong dahulu.
“Selain itu ada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan ramai lagi,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Sementara itu mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri yang mahukan semua pihak kembali kepada al-Quran, beliau menyokong dan mengakui saranan itu perlu diberi perhatian.
Bagaimanapun katanya, untuk memahami al-Quran perlulah dipelajari, bukannya ditafsir mengikut kefahaman sendiri.
Kalau kata kembali kepada al-Quran, menteri Melayu kena ambil tahu. Masalahnya, bolehkan difahami kerana al-Quran bukan ditafsir begitu sahaja. Maksudnya lain. Ia ditafsir dengan Hadis, kalau ambil al-Quran tak boleh faham sendiri.
“Al-Quran ini diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan Nabi Muhammad SAW terangkan. Sahabat bangsa Arab pun tak faham bila Nabi terangkan, apatah lagi kita. Itu namanya tafsir yang bawa keluar hadis. Siapa yang mentafsirkan al-Quran dengan pemikirannya itu salah,” katanya. - ismaweb

10 comments:

  1. Harussana..harussini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro 828..simpan sikit bodoh tu utk bekalan ank cucu kamu..

      Delete
  2. Najib terang2 melakukan pecah amanah tapii kenapa golongan agamawan tidak buka mulut..sebaliknya sibuk pasal dap..πŸ™„πŸ˜

    ReplyDelete
  3. Kenapa baru sekarang nk itu ini..dulu terang2 pemerintah khianati rakyat tapii semua bisu..🀐🀐🀐🀐🀐

    ReplyDelete
  4. Ph mng lagii..huhh..

    ReplyDelete
  5. Bukti mana.. fakta mana... fitnah ulama sllu tak boleh nak campur...

    ulama skg dah tak ade telo pun juga.. mana pergi penceramah tersihor negara dulu ke main berteka teki berlagu nyanyi bagai mengutuk menghina berlawak bodoh macam2 ada..

    takkan setiap kali soal jawab dlm radio tiap pagi TV dan ceramah nak sial hukum potong kuku.. potong bulu bulu hukum melancap hukum isap konek hukum jilat pantat bini ajer nak soal jawab ... mcm mintri agama ckp hukum tak berdosa kalu buat klu tak buat 'rugi'

    sial jawab la pasal pluralisma murtad.. liberalisma kafir lgbt gay yg lebih terbuka sekarang ini...

    atau ulama dan penceramah dah jadi setan bisu sbb takut tak masyuk lagi..?

    ReplyDelete
  6. Dalam konteks ni... Mudah saja... Semua mufti seluruh negara buat protes kepada YDP Agung dan Pm pecat menteri semua agama ni. ..lantik yg baru. ..pemilihan menteri agama yg baru ni pula harus di adakan musyawarah secara sebulat suara dari semua mufti .. Kalau tak ada juga yg layak dari ahli parlimen yang bertanding. ..PM ada kuasa melantik senator dari seorang rakyat yg benar2 layak.

    ReplyDelete
  7. Aku dok perati bodoh btul rakyat Melayu ni, dr ari tu asyik dok banding dgn Umno BN, kami rakyat dh tk kesah umno bn, kami yg jatuhkan umno bn bukan korang, kalau kami yg jatuhkan Umno bn kami angkat PH untuk buat lebih baik untuj islam dan melayu, kalau ko asyik banding dgn umno bn mmg PH Gagal PH gagal

    ReplyDelete
  8. Mufti pun perlu main peranan untuk tegur perbuatan salah menteri, pm, tpm, sultan, raja, dan anak beranak sultan dan raja bila buat perkara tak betul, bukannya diam tak berani tegur, itu amanah yang ditanggung oleh mufti.

    Misalnya bila dah azan, sultan atau raja masih bersembang-sembang dengan mb, menteri, patutnya mufti ajak depa pi solat, bukannya mufti dok tumpang sekaki dok berborak dengan mereka tu.

    Tegur sikap raja dan sultan dan bini mereka seta anak beranak mereka bila tak betul seperti bermewah-mewah membelanja harta negeri beli kenderaan, buat malis mewah siap tarian, nyanyian bagai.

    Ada ka mufti di negara ini buag teguran macam tu? Tak perlu tegur tengah khalayak, tegur berhemah, kalau ada buat tak apa la, kalau dok jadi mengikut apa saja yang dibuat oleh raja dan sultan dengan bini serta anak beranak mereka tu, mufti patut malu dengan di4i sendiri la.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews