pages

Saturday, August 4, 2018

Toleransi beragama VS Liberal Logic - Mereka HANYA terima jika tepat dengan hawa nafsu mereka saja

TOLERANSI BERAGAMA DI MALAYSIA VS LIBERAL (ILL) LOGIC
Toleransi beragama adalah sikap lapang dada seseorang untuk menghormati dan membenarkan pemeluk agama untuk melaksanakan ibadah mereka menurut ajaran dan ketentuan agama masing-masing.
Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Perkara 11 pula menyatakan secara spesifik tentang kebebasan beragama yang sememangnya didokong oleh perlembagaan. Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya. Penyebaran agama pula tertakluk kepada Fasal 4 yang memberi peruntukan undang-undang untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Mengikut kerangka kenegaraan Malaysia yang sedia ada, tidak wujud isu agama lain didiskriminasi atau tiada toleransi dalam beragama di Malaysia. Setiap rakyat diberi kebebasan untuk menjadi penganut agama yang ‘devouted’ atau taat dalam kerangka agama masing-masing. Tidak boleh dipaksa seseorang rakyat dalam negara ini untuk menganut agama tertentu.
Masalah timbul adalah apabila golongan liberal cuba untuk memanipulasi frasa “toleransi agama”.
Menurut Siti Kasim,
To be tolerant is you respect my rights and not imposing your belief on me”.
Bagi mereka, toleransi agama adalah apabila mereka boleh mengisytiharkan bahawa mereka adalah penganut agama tertentu tetapi mereka berhak meng interpertasi agama mengikut kemahuan mereka. Golongan ini bukan sahaja mahu menyatakan (contohnya) “Aku Islam tetapi aku mahu minum arak”; bahkan mereka tidak mahu pihak berkuasa, kerajaan mahupun masyarakat untuk menyatakan bahawa perbuatan mereka itu salah di sisi ajaran agama yang sebenar.
Bagi mereka, tidak ada perbuatan yang salah atau betul dalam beragama. Tiada undang-undang, tiada peraturan. Dosa pahala biarlah antara mereka dengan Tuhan. Oleh kerana itu kita dapati golongan inilah yang paling kuat menentang sebarang pemerkasaan undang-undang agama di negara ini seperti RUU 355 yang sudah pun menjadi mangsa polemik.
Saya merupakan salah seorang penonton dalam forum Toleransi Agama dan Malaysia Baharu anjuran Projek Dialog. Di hujung sesi saya telah bangun bertanya satu soalan yang pada hemat saya sangat mudah (simple).
Soalan saya: 
Setiap bidang ilmu tu ada disiplinnya. Ada kerangka kefahamannya. Sebagai contoh saya sebagai seorang jurutera - ada set of standards yang perlu diikuti. Jika ada seorang jurutera lain dalam projek saya menyatakan bahawa dia tidak mahu mengikut standard yang telah ditetapkan kerana menurut interpretasi beliau, spesifikasi dalam standard tersebut adalah “unnecessary”. 
Sebagai seorang jurutera, untuk melakukan sebarang “deviation” – kita perlulah melalui proses “Management of Change” yang dimulakan dengan “Technical Query” untuk memastikan bahawa “deviation” tersebut tidak akan membawa kepada masalah lain seperti fasiliti yang dibina tidak selamat dan sebagainya. Tidak berhak untuk seseorang jurutura itu menafikan sebarang spesifikasi dalam standard tertentu hanya kerana dia merasakan tidak perlu.
Begitu juga dengan Islam. Islam ada sains nya, ada disiplin dan kerangka ilmu yang perlu dihormati. Saya memberi contoh yang saya ada ramai kawan Muslimah yang tidak memakai tudung. Saya memang tidak menyokong seandainya ada pihak yang “harass” atau mengganggu mereka atau melabelkan mereka sebagai jahat atau tidak bermaruah. Saya sangat-sangat tidak bersetuju. Tetapi menjadi tanggungjawab saya untuk membimbing dan memberi tahu mereka bahawa Islam meletakkan hukum menutup aurat itu sebagai wajib bagi mereka yang sudah memenuhi syarat dan ia adalah satu perbuatan dosa jika diingkari.
Kak Siti menyambut soalan ini dengan sangat berang dan saya terasa seperti mahu ditelannya. Dia menyatakan bahawa saya adalah contoh orang muda yang telah didoktrinasi dengan kefahaman yang salah.
Silap saya.
Mungkin saya perlu memberi analogi yang lebih mudah seperti berikut.
Anak saya telah mendaftar masuk sebagai pelajar di sekolah A. Salah satu peraturan sekolah adalah perlu hadir sekolah sebelum 7.30 pagi. 
Ada sekolah B di sebelah yang memulakan sesi persekolah pada pukul 8.30 pagi. 
Oleh kerana anak saya telah mendaftar di sekolah A dan mahu kekal di situ, dia perlu hadir ke sekolah pada pukul 7.30 pagi walaupun perkara tersebut amat sukar baginya yang memang liat bangun pagi. 
Dia perlu mematuhi peraturan sekolah A jika ingin kekal menjadi pelajar di situ. Anak saya tidak berhak menyatakan kepada pihak sekolah A bahawa tiada tindakan disiplin yang boleh dikenakan ke atasnya atas alasan waktu persekolahan Sekolah B adalah 8.30 pagi.
Adakah analogi ini juga masih susah untuk difahami?
Bagi golongan liberal; memang susah.
Bagi mereka, semua perkara yang tidak mengikut kemahuan mereka adalah “mind boggling”; kerana mereka tidak mematuhi mana-mana susunan (sains) atau disiplin ilmu.
Mereka hanya ingin mengikut hawa nafsu mereka.

4 comments:

  1. Kerajaan Kristian DAP': KJ kata masih ada yang waras dalam Umno
    4 Ogs 2018, 10:49 malam (Dikemaskini 4 Ogs 2018, 10:51 malam)

    A A
    Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengulas isu kaum dan agama yang dimainkan Umno, seperti amaran ancaman 'DAP Kristian'.

    "Ini merupakan existential dilemma (dilema kewujudan) Umno sekarang. Ada yang terus guna retorik DAP Kristian dan lain-lain. Tapi ada juga yang masih waras," kata Khairy pada suatu hantaran Twitter malam ini.

    Semalam, ketika penghujung kempen PRK Sungai Kandis, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman menggesa pengundi tidak menyokong kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh "Kristian".

    Tajuddin juga mendakwa bahawa ahli politik Kristian dalam DAP menggunakan jawatan dalam kerajaan untuk menyebarkan agama mereka.

    Antara yang dinamakannya ialah pemimpin DAP Lim Guan Eng, Anthony Loke, Teresa Kok, Hannah Yeoh dan Tony Pua.


    Ditanya bagaimana Khairy, yang dikenali sebagai KJ akan mengatasi masalah dilema Umno, bekas ketua pemuda parti itu berkata beliau akan cuba mengambil ahli politik baru dengan pandangan dunia yang progresif dan menganjurkan pendidikan semula politik yang komprehensif kepada anggota sedia ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul mereka menggunakan kedudukan mereka untuk memperkuatkan agama dan bangsa mereka.
      Masalahnya apa yang melayu kat dalam kerajaan tu buat.sama saja bn atau ph.najib bukan meningkatkan martabat melayu & islam tapi meningkatkan martabat duit.
      Berapa byk projek yg tajudin ni dapat masa bn memerintah.ni pun kira meningkatkan martabat islam ke.islam ajar pemimpin toksah nak bersaing dgn rakyat yg dipimpin kecuali untuk kebaikan.bukan bersaing nak dapatkan harta.igt senang ke nak jadi pemimpin ni.
      Sekarang pun sama.yang melayu dok malu2 nak cerita pasal melayu & islam.asyik cerita pasal malaysia baru.sebenarnya bukan malaysia yang baru tapi bangsa pendatang yg baru.
      Penat lelah pemimpin dulu seolah langsung tak dihargai pemimpin melayu sekarang.betapa besarnya pengorbanan org melayu untuk mengiktiraf bangsa pendatang ni sebagai rakyat.sekarang dengan mudahnya mereka mahu mengambil hak2 orang melayu.semuanya kerana pemimpin melayu leka dgn harta.
      Brapa ramai bangsa pendatang ni yang diberikan biasiswa.
      Siapapun yg memerintah sepatutnya hak istimewa melayu & bumiputra tidak boleh dipertikaikan.jika gagal sekalipun orang melayu bukan kerana hak istimewa ini.tapi kerana kegagalan pemimpin melayu sendiri melaksanakan agenda bumiputra.
      Berapa ramai melayu yang mendapat bantuan disebabkan kenal pemimpin.bukan kerana kemampuan mereka sendiri.
      Pemimpin melayu yang sering menyalahkan agenda bumiputra penyebab kegagalan mereka sebenarnya hanya untuk menutup kesalahan mereka sendiri.
      Salahkah melayu menuntut hak mereka di bumi mereka sendiri?

      Delete
  2. yg pelik lagi pelik siti kassim dah bagi satu jawapanyg dangkal.. penceramah dan pendakwah yg slu ceramah lansung tak terkesan utk menyatakan bantagan atau sokongan... masih dengan ceramah lawak bodoh.. teka teki bangang nyanyi nyanyi sindir sindir dan yg paling teruk soal jawab lam kelambu

    nyatakan pendirian wahai penceramah pakar motivasi kelian sokong atau nak bisu takut tak masyukk..

    masa nak soal jawab hukum melancap isap batang jilat pantat potong bulu bulu dah dll tamat ... hukum pluralisma lgbt gay liberalisma spt manusia siti kassim marina gereja G25 COMANGO perlu dijawab dengan jelas dan tegas...

    masih malu atau bisu...?

    ReplyDelete
  3. Sedihkan... Bila melayu dan islam ditelanjangi oleh pemimpin bukan melayu dan islam... Pemimpin melayu dan islam hanya tunduk diam... Seolah2 membenarkan rakan sepemerintah bebas nak bercakap apa pun.... Yg lebeh menyedihkan ketua agama islam negara dan negeri langsung tidak bertiindak terhadap mereka yg celupar ini. .
    Sedangkan kedudukan raja dan sultan di negara kita ini masih lagi kekal ujud kerana rakyat melayu dan islam...kedaulatan raja dan sultan dijunjung oleh bangsa melayu... Adat istiadat masih lagi dipegang turun temurun... Kalaulah bangsa melayu dan islam akhirnya hapus di negara kita ini.... Agak2 mahukah kaum celupar ini menjunjung ke bawah duli raja dan sultan melayu?
    Buat pemimpin PH melayu dan islam yg hanya tahu akur kepada keceluparan rakan sepemerintah mereka... Agak2 kita mahukah puak yang celupar ini memandikan jenazah dan mengusung jenazah mereka sampai ke perkuburan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com