SILA KLIK

pages

Saturday, August 11, 2018

Tiga bahaya Malaysia baharu ibarat todak menyerang Temasek


PEDANG masih ingat dulu pada tahun-tahun 80an ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Beliau memperkenalkan ‘Melayu baru’ sehingga menjadi ejekan kepada sebilangan Ahli Parlimen pembangkang, khususnya parti rasis dan cauvinis DAP ketika itu.
Sekarang, apabila mereka yang dulunya pembangkang menjadi kerajaan – lahir pula Malaysia baru. Apakah Melayu kembali menjadi lama? Pedang bukan hendak mengejek Malaysia, sebab Malaysia tetap sebuah negara berdaulat, yang Islam menjadi agama Persekutuan. Cuma yang berubah adalah pentadbiran.
Demikian juga, sejak 10 Mei lalu, orang Melayu baharu umat Muhammad SAW terus dilahirkan di bumi bertuah Malaysia ini. Tetapi, kelahiran mereka ini sedikit sebanyak turut merisaukan Pedang.
Lahirnya mereka ke dunia Malaysia baharu, ibarat kelahiran Hang Nadim ke bumi Temasek suatu ketika dahulu.
Pada zaman dahulu, menurut hikayat, ada satu waktu Temasek dilanda bencana besar. Kepulauan kecil itu, meskipun strategik dari sudut letak geografi di penghujung Selat Melaka, namun kerana perairan subur itu juga, maka membesarlah sekawanan ikan todak bermuncung tajam.
Entah apa yang merasuk, kumpulan ikan itu, menurut hikayat, menghentam bertubi-tubi pesisir pantai Temasek yang barangkali waktu itu sarat dengan pedagang yang bertali arus.
Maka, muncullah wira kecil bernama Hang Nadim, memberi buah fikiran agar dipasak batang pinang dan pisang di keliling pantai. Batang itu menjadi seakan-akan kubu yang menahan panahan ikan todak yang menyerang. Maka, kerana Hang Nadim, Temasek terselamat daripada dihentam todak.
Mirip keadaan di Temasek, Malaysia baharu juga sedang dilanda musibah. Kali ini, musibahnya jauh lebih dahsyat daripada sekadar sekawanan ikan todak bermuncung tajam.
Musibah kali ini bukan menyerang Malaysia secara fizikal, namun serangannya lebih halus, yang menyasarkan jiwa dan minda Melayu Islam.
Serangan yang bermacam jenis itu, buat manusia yang sedar, tergolong dalam pelbagai kategori, termasuk:
1. Ideologi songsang (lesbian, gay, biseksual, trangender atau LGBT);
Jika si todak hanya menyerang dengan muncung yang tajam, Malaysia baru pula diserang wabak apabila kerajaan dilihat merasionalisasikan agenda songsang dan bahaya ini, yang bukan sahaja ‘bermuncung tajam’ ibarat ikan todak, malah berhalkum, ada biseps, namun menyarungkan skirt mini.
2. Kesamarataan kaum; dan
Ini serangan yang tidak kurang bahayanya, apabila hak bangsa pribumi Melayu Islam yang menjadi penduduk asal tanah air ini, dituntut agar dikurangkan, dan diagih kepada kaum lain.
Memburukkan keadaan ialah apabila ada pula suara-suara yang dilantik oleh Melayu Islam itu sendiri, sudah berani mempertikaikan orang Melayu Islam. Dikatanya kaum ini sebagai pendatang, sehingga terguris hati mereka.
3. Ancaman yang paling bahaya, adalah daripada pihak Amerika Syarikat (AS) dan sekutu terutama Zionis.
Rupanya, Malaysia juga bertempur dengan elemen asing, terutama International Republican Institute (IRI) iaitu cabang kepada jentera ciptaan Agensi Perisikan Pusat (CIA), Jabatan Negara dan pelobi pro-Israel dalam Washington.
Sinergi jahat AS ini, telah bersekongkol dengan elemen-elemen dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) demi memenangi pilihan raya.
Kesannya, kita boleh lihat keadaan di Asia Barat, dari Tunisia hingga ke Syria, yang sampai hari ini masih berhempas pulas membangunkan negara selepas revolusi warna bergelar Arab Spring.
Revolusi itu, yang hakikatnya digerakkan oleh jentera yang sama ketika kempen Bersih kelolaan PH, telah melantik pemikir, think tank dan konsultan revolusi dari Barat untuk turun padang dan merekrut remaja serta pemuda Arab untuk memberontak, di atas dalil ‘menumbangkan diktator’.
Sudahnya, tumbangnya ‘diktator’ di seluruh Tanah Arab, bermakna tumbang juga lah musuh-musuh yang melingkari negara haram Israel. Itu adalah realitinya, bahawa revolusi Arab Spring itu, tidak lain adalah demi memenuhi agenda Israel Raya.
Kini, Malaysia yang dahulu negara Islam yang pernah mengungguli pentas dunia Islam global, tumpas ke tangan Zionis.
Jika dahulu, Hang Nadim berjaya menghalang Temasek daripada dinodai ikan todak, kali ini, Pedang berharap si kecil yang lahir sejak 10 Mei lalu mengambil pengajaran daripada kisah Hang Nadim.
Sekalipun tidak dapat berbakti seunggul Hang Nadim, dapatlah kiranya mereka menyertai ‘Hang Nadim’ di Malaysia, dalam perjuangan menentang segala musibah yang jauh lebih dahsyat daripada serangan ikam todak.
Kata Pedang: Pedang dengar ada kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan isi kekosongan kerusi lembaga pengarah GLC dan GLIC masing-masing dengan ‘lantikan politik’.
Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang ismaweb.net 

5 comments:

  1. Pedang tumpul..kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ted main bontot manoff...prooot...aper citer lahabau

      Delete
  2. Ini semua merapu. Entah bila masa hak melayu dan islam dirampas? Semua termaktub dalam perlembagaan. Mana boleh ubah. Cerita pasal zionis dll..ini fantasi puak yg sudah tiada penaja. Dulu najib bagi duit. Tubuh ngo. Tak payah kerja. Skrg poket dah kempis. Kalau buat perhimpunan pun tiada sambutan. Melayu lain tak layan.

    ReplyDelete
  3. Guna nama bukan main lagi..pedang. Ptuihhh...60% melayu di malaysia bukan tak ada otak nak menilai. Muak dah asyik main isu kaum. Bumiputera bukan bodoh. Yang tipu bumiputera 61 tahun tu sebenarnya bodoh. Bila dikhianati, sampai bila2 umno dipinggirkan. Cakaplah apa pun. Rakyat sudah tidak percaya.

    ReplyDelete
  4. Kalau selalu kaitkan perjuangan islam dan melayu dng umno ini strategi kafir dap PH, nk suruh rakyat tk sokong islam Melayu

    Dia lupa Melayu bukan bodoh mcm korang munafik dan kafir

    Kami seluruh rakyat Melayu islam akan perjuangkan islam Melayu sampai bila2. Cuba lawan lh klu berani, ni blum ada gelombang, tunggu masanya Kebangkitan Melayu Islam tanpa parti politik

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com