SILA KLIK

pages

Sunday, August 12, 2018

#Solidarity4DrIlyani : Pas bersama Solidariti sokong Dr Ilyani, KKM jangan ambil tatatertib

Semasa jadi pembangkang, PH melaungkan kebebasan bersuara, malah memaki BN kerana menwujudkan ketakutan kepada penjawat awam. TETAPI setelah menjadi kerajaan, PH makin ganas dan lebih teruk mengugut penjawat awam. #PembohongItuMunafik

BANGI, 30 Zulkaedah 1439H, Ahad– PAS menggesa kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan supaya tidak mengenakan sebarang tindakan tatatertib atau pentadbiran ke atas doktor perubatan, Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi berikutan ‘surat terbuka’ beliau kepada aktivis sosial, Datin Marina Mahathir, baru-baru ini.
Menerusi posting yang dimuat naik pada 6 Ogos lalu, Dr Ilyani lantang mengkritik desakan Marina yang mahukan hak kesamarataan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), sama seperti dinikmati rakyat negara ini.
Posting yang dianggap sebagai ‘surat terbuka’ itu mendapat lebih 4,000 tanda suka dan 2,700 perkongsian di Facebook, namun telah ‘dipadamkan’ tidak lama kemudian dipercayai selepas menerima laporan puak liberal dan golongan LGBT.
Tidak hanya di Facebook, aduan ke atas kelantangan Dr Ilyani juga telah dibuat golongan berkenaan melalui Biro Pengaduan Awam, yang memungkinkan beliau dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Kementerian Kesihatan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, beliau percaya aduan ke atas Dr Ilyani itu tidak berasas, selain satu usaha untuk menyekat pandangan terbuka doktor berkenaan.
Dalam hal ini, sebagai seorang rakyat Malaysia, bahkan mewakili suara majoriti rakyat Malaysia dan polisi semasa negara, saya percaya beliau dijamin hak menyuarakan pandangan secara bebas dan terbuka.
“Beliau juga dalam menyuarakan pandangannya sama sekali tidak menolak keperluan dakwah dan pemulihan kepada golongan LGBT ini,” katanya.
Siti Zailah yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, sikap yang berani yang ditonjolkan Dr Ilyani dalam menyatakan pendiriannya selayaknya mendapat pujian, bahkan diberi perhatian khusus oleh pihak kerajaan.
Sehubungan itu, kami, Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan menyatakan sokongan dan solidariti kami terhadap prinsip yang diperjuangkan oleh Dr Nur Ilyani dan menyeru agar seluruh rakyat Malaysia dan NGO yang berada pada prinsip yang sama turut menyatakan sokongan dan solidariti,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com