pages

Sunday, August 12, 2018

#Solidarity4DrIlyani: Jom tanda tangan petisyen solidariti bersama Dr Ilyani

JOM LAWAN PAKATAN LGBT NEGARA

30 Zulkaedah 1439H, Ahad– Satu petisyen sebagai tanda solidariti kepada Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi, selepas heboh mengatakan beliau bakal dikenakan tindakan tatatertib, diwujudkan hari ini.
Sehingga jam 8.16 malam ini, 6,333 individu telah menandatangani petisyen berkenaan yang boleh diperoleh dengan melayari https://www.gopetition.com/petitions/solidariti-buat-dr-ilyani.html
Petisyen ditujukan kepada Kerajaan Malaysia itu dibuka Khairul Afnan Khalid, selepas ada ura-ura Dr Ilyani bakal dikenakan tindakan berikutan aduan pihak tertentu kepada Biru Pengaduan Awam.
Dr Ilyani yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, sebelum ini menulis surat terbuka berdasarkan amalan dan fakta perubatan kepada anak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad – Marina – berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Bagaimanapun, kiriman yang dibuat dalam laman sosial dikatakan dipadam oleh Facebook selepas menerima aduan pihak tertentu.
Petisyen hari ini antara lain menyatakan:
“Kami menyatakan kebersamaan buat Dr Nur Ilyani atas dasar kebenaran. Setelah kenyataan beliau mendapat perhatian ramai, kini terdapat dua aduan di Biro Pengaduan Awam yang menggesa tindakan tatatertib ke atas beliau.
“Kami ingin tegaskan bahawa kenyataan beliau adalah benar, berasaskan kajian dan bukti serta amat penting untuk difahami oleh seluruh masyarakat. Oleh itu, demi masa hadapan yang sejahtera buat semua, kami menyatakan solidariti buat Dr Nur Ilyani.
“Kami dengan ini menyatakan solidariti kami bersama Dr Ilyani yang mewakili suara majoriti rakyat Malaysia untuk tidak mengiktiraf LGBT namun menyokong mereka perlu dibantu. Tindakan terhadap Dr Ilyani adalah tidak wajar dan usaha mengikiraf LGBT akan memburukkan jangkitan HIV di Malaysia!”

14 comments:

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) maklum mengenai surat terbuka seorang pegawai perubatan yang mempersoalkan hak golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

    Bagaimanapun, Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bukan prinsip kementeriannya untuk mendiskriminasi hak golongan terbabit seperti mana yang ditulis pengawai perubatannya.

    “KKM mengambil maklum mengenai seorang doktor yang menyatakan pendiriannya berkenaan LGBT di laman facebook beliau.

    “Adalah dimaklumkan KKM berpegang pada prinsip tidak ada diskriminasi ke atas mana-mana agama, bangsa mahupun kumpulan masyarakat dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan,” katanya menerusi laman twitter beliau.

    Menerusi hantaran yang dimuat naik pada 6 Ogos lalu, Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi mengkritik aktivis sosial Marina Mahathir yang mahukan golongan LGBT diberikan hak yang sama seperti rakyat lain negara ini.

    Hantaran Dr Ilyani yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) itu mendapat lebih 4,000 tanda suka dan 2,700 perkongsian di Facebook.

    ‘Kami juga punya hak’

    Antara lain Dr Ilyani menulis : “Saya adalah seorang doktor perubatan dan saya tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas apatah lagi songsang”.

    “Adakah anda bersetuju kini golongan yang mendominasi carta penghidap HIV adalah di kalangan komuniti LGBT?

    “Sehingga kini walaupun pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari kalangan LGBT, saya tetap melayan mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan yang terbaik buat mereka.

    “Apatah lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka, hak apakah yang anda sedang perjuangkan?” tulisnya.

    Katanya, pada masa ini golongan LGBT tidak dibenarkan menderma darah disebabkan gaya hidup yang berisiko tinggi.

    “Adakah cik bersetuju jika ada darah yang didermakan oleh golongan LGBT didermakan kepada salah seorang ahli keluarga cik?

    “Jika kalian melaungkan hak, maka kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta bebas dari gaya hidup songsang,” tulisnya.

    Bagaimanapun, hantaran itu ‘dipadamkan’ tidak lama kemudian dipercayai selepas menerima laporan di Facebook.

    Pendapat disuarakan Dr Ilyani itu turut menerima kritikan seorang profesor dan dekan perubatan penyakit berjangkit Universiti Malaya, Dr Adeeba Kamarulzaman.

    Dr Adeeba yang mengetuai Yayasan AIDS Malaysia menasihati Nur Ilyani untuk membaca lebih lanjut mengenai kemajuan dalam rawatan HIV.

    “Walaupun seluruh dunia bercakap tentang kemungkinan menamatkan wabak AIDS, orang seperti anda, dan lebih buruk lagi, doktor seperti anda, membuat wabak ini lebih buruk, kerana anda menghalang orang daripada tampil ke hadapan untuk bantuan dan rawatan,” katanya dalam jawapannya kepada hantaran Nur Ilyani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah ckp Dr ilyani tu, KKM memang sokong LGBT, tu kan kehendak Amerika yg bagi dana pilihanraya untuk kalahkan Islam dan Melayu di Malaysia

      Delete
  2. Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seharusnya dibantu untuk kembali semula ke identiti asal dan bukannya membangkitkan isu untuk mengiktiraf hak golongan itu secara total, kata Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar.

    Beliau berkata daripada sibuk mengecam golongan LGBT dengan mengatakan mereka sebagai ancaman kepada masyarakat, tumpuan seharusnya diberi kepada usaha untuk mendekati dan mendidik golongan itu agar kembali kepada fitrah asal mereka.

    “Saya fikir isu ini tidak harus dilihat dalam satu kerangka yang salah, kita harus melihat dalam konteks mendidik bagaimana nak bawa mereka balik kepada identiti yang normal, yang sebenarnya, itu yang harus dilakukan.

    “Dekati mereka (LGBT) secara lemah lembut, dan bawa sifat Rahmatan Lil Alamin (rahmat bagi seluruh alam semesta) kerana Islam agama yang sangat menghormati setiap manusia,” kata Mahfuz yang juga timbalan menteri sumber manusia kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kecemerlangan Pelajar Sekolah Kebangsaan Convent di Alor Setar, hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dekati mereka dwngan lembut.... berapa peratus sangat yang sexar... silap2 tak ubah apa2 kerana mereka merasakan mereka masih boleh memilih untuk kekal sebegitu kerana pH menyokong mereka merentasi garisan kabur... pH...akan menyokong mereka tidak kira berjaya atau tidak... kerana LGBT " Diterima"

      Delete
  3. CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran yang Sebenar



    🤗🤗🤗🤗🤗

    ReplyDelete
  4. ura2 ? ura2 !!
    kalau maklumat fufu, kira fitnah la yer?
    tqk kuasa nk terikut p
    geng melayu arab fufu frust.
    Tunggu saja PRU15...dah klah,kuasa Allah tuu.
    Ko nk engkar kuasa Allah ker.
    Uishhh,ko biar betul le Bhai.

    ReplyDelete
  5. Tak kira kementerian kesihatan ke, KBS ke, Menteri Agama-Agama Langit ke, sumua akan sokong LGBT kerna itu arahan America. Amerika bg dana pilihanraya kepada DAP DAN PAKATAN HARAPAN ingat free ke, bila bagi dana, PH kena perintah ikut kehendak KAFIR AMERIKA lah, diaorg mmg nak LGBT sbb itu je boleh halang kemajuan dan kejayaan Islam, diorg tahu Islam akan kembali gagah bermula di asia tenggara bukan d negara arab

    ReplyDelete
  6. Semua statement KKM ke, Mujahid ke sama saja, akan lunak ke arah LGBT, bukan ke arah kehendak Islam, maklum lah melayu dlm PH pengikut arahan kafir, Melayu pon jahil2 dlm PH, agama tunggang langgan, macai pon sama tak faham islam, tu mati2 sokong kafir,

    ReplyDelete
  7. Ala semua org tahu PH terima dana USA untuk hancurkan Islam dan Melayu, apa nk harapkan PH, kita jihad perjuangkan Islam, mana munafik kita jgn layan, biar diaorg melalak dlm api neraka

    ReplyDelete
  8. pakatan harapan = PAKATAN LGBT

    ReplyDelete
  9. Hak bersuara hanya untuk LGBT, org Islam tiada hak di bawah Pakatan Harapan

    ReplyDelete
  10. Ayuh semua doktor2 yang mulia bangun dan PERANGI mereka2 yang berada dipaksi kejahatan. Sedarlah kita kini sedang diREMOTE CONTROL dalam mengubal polisi2 songsang oleh Amerika sebagai imbuhan mereka membantu PH menang dalam pilihan raya lepas...

    ReplyDelete
  11. Tanduk taring dan kuku dah mula keluar .......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com