SILA KLIK

pages

Sunday, August 12, 2018

Seloka bersama MUJAHIT, MUJAHAT, MUJAHIL


- Rahsia -

Selepas kira-kira 3 bulan lebih berkahwin, seorang suami berkata kepada isterinya;

“Sayang, Abang ada satu rahsia. Abang harap Sayang tak marah”. 

Si isteri terkejut. 

“Ada apa Abang?”

Si suami menghulurkan sekeping gambar seorang wanita.

“Ini gambar siapa?”, tanya si isteri. 

Si suami menjawab;

“Sayang, Abang selalu katakan bahawa Sayang ialah cinta pertama Abang tapi sebenarnya Abang tipu. Sebelum Sayang, Abang pernah bercinta dengan wanita ini tapi hubungan kami terputus di tengah jalan. Jadi Abang tunjukkan gambar ini kepada Sayang untuk Sayang koyakkan supaya Abang dapat lupakan dan move on dengan hubungan kita”

Si isteri tersenyum dan berkata;

“Terima kasih Abang kerana berterus-terang. Saya harap kita dapat sama-sama move on kerana saya pun ada satu rahsia besar ingin dikongsi”

Giliran suami pula terkejut. 

“Rahsia apa?”,

“Saya harap Abang tak marah”,

Si isteri menunjukkan gambar seorang lelaki. 

“Ini gambar siapa?”, tanya si suami. 

“Cuba Abang teka”, kata si isteri pula. 

“Gambar bekas teman lelaki Sayang?”

“Bukan”

“Gambar bekas tunang?” Si suami makin berdebar-debar. 

“Bukan”

“Gambar bekas suami???” Kali ini si suami agak meninggikan suara. 

“Bukan juga”

“Habis gambar siapa????”, si suami semakin tidak sabar nampaknya. 

“Ini gambar saya dulu”

Si suami terperanjat besar dan menangis di bucu katil sebelum lari bertempiaran ke hujung kampung seperti orang gila. 

Pecah berita satu kampung untuk menjawab persoalan yang berlegar-legar di kalangan mereka selama ini tentang cahaya mata.  

Sebelum itu, selalu dijawab oleh pasangan pengantin baru tersebut;

“Takkan baru hari ini kahwin, dapat anak esok”. 

Maka tahulah mereka memang pasangan itu takkan dapat anak sampai bila-bila disebabkan perkahwinan sejenis. 

Manakala si isteri pula ke JAKIW untuk membuat aduan kepada Pak Menteri tentang hak beliau sebagai isteri. 

Sekian. 

Moral of the story: Berhati-hati pilih pasangan. Salah pilih merana badan. 

(Ini adalah cerita rekaan oleh Afyan Mat Rawi . Tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang tak ada HARAPAN lagi untuk hidup)

7 comments:

  1. Tak ada HARAPAN nak dapat anak kalau mcm ni.

    ReplyDelete
  2. Tad manoff elok dpy bini mcm ni, biar padan muka dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. DARI ISTANA HINGGA RAKYAT TOLAK ISU-ISU SENSASI KAUM DAN AGAMA
      NAJIB BALAS KRITIKAN PEMIMPIN2 UMNO(LIHAT DI BAWAH SEKALI)

      Sultan Perak,Sultan Nazrin yang diketahui umum tidak mencampuri urusan parti -parti politik telah secara kiasan mengingatkan UMNO bahawa masa depannya tidak ada lagi sekiranya terus mengharapkan sokongan rakyat atas isu- isu sensasi agama dan perkauman.

      Titah baginda " Sentimen pengundi wajib dijadikan panduan kepada parti-parti politik yang berusaha untuk meneruskan jangka hayatnya."

      Dalam titah melancarkan buku Reflections on Malaysian Unity and Others Challengers tulisan Pengerusi Yayasan 1 Malaysia,Dr.Chandra Muzaffar,baginda menegaskan kaedah mendapatkan sokongan dengan mensensasikan isu agama dan kaum semakin kurang berkesan sebagai faktor penarik.

      Dalam hal ini kita dapat melihat UMNO selepas sahaja terguling kerajaannnya pada PRU 14 telah berkonspirasi degan Utusan Malaysia untuk memainkan isu-isu yang telah ditolak oleh rakyat dan tidak mahu menerima hakikat telah bangkit gelombang perpaduan rakyat yang melampaui batas kaum dan agama demi untuk menegakan sebuah kerajaan yang urus tadbirnya lebih baik tanpa rasuah dan penyelewengan wang negara.

      Mereka tidak lagi dapat menerima wajah-wajah yang walaupun Islam dan Melayu tetapi tertampal dengan Najis dan kotoran.

      Bila Sultan Nazrin menyuarakan kesedaran ini maka baginda menerima realiti politik baru Malaysia dan Malaysia Baru yang menunjukan keperihatinan Istana menghayati harapan rakyat yang menukarkan kerajaan

      Sultan Perak diketahui tidak mencampuri urusan politik sekalipun ketika UNNO berada dalam keruncingan dan menghadapi deficit keyakinan.Baginda tetap mematuhi pasal-pasal kesopanan Raja dalam perlembagaan dan tidak mengambil kesempatan dari krisis ini untuk membesarkan lagi kedudukkannya. Maka itu apabila baginda meminta parti-parti politik menghadapi realiti politik baru ini, dibelakangnya adalah kehormatan autoriti dan kredebeliti yang tinggi yang tidak boleh dipersoalkan

      Titah baginda "Sentimen pengundi wajib dijadikan panduan kepada parti-parti politik yang berusaha untuk meneruskan jangka hayatnya

      "Sentimen pengundi yang lebih menumpukan kepada tadbir urus yang baik lagi telus dan semakin kurangnya daya pengaruh isu-isu sensasi berteraskan agama dan kaum membuka ruang luas utuk budaya politik di negara ini dapat dibangunkan atas penyebut atau denominator yang sama."

      Baginda juga mengingatkan kerajaan baru dipileh oleh rakyat supaya membaca dengan tepat sentimen oleh keraaan yang telah diberikan mandat memerintah.

      Kesedaran ini tidak ada pada UMNO setelah digulingkan oleh rakyat pada PRU 14 sebaliknya UMNO terus mahu hidup atas isu-isu lapuk dengan memperalatkan Utusan Malaysia .

      Tidak berlakunya perubahan yang dinamik dalam pemilihan pucuk pimpinan baru UMNO malah sebaliknya UMNO terus menunjukan sikap "I Love You " terhadap bekas presidennya Datuk Seri Najib menjadi bukti tidak ada kesedaran baru yang diharapkan, tidak sahaja oleh ahli UMNO tetapi juga rakyat yang masih sayang pada UMNO.

      Kutipan wang derma untuk membantu Najib dalam perbicaraan rasuah dan membawanya berkempen di pilihanraya Sg Kandil dengan keyakinan jika menang akan dapa membantu membersihkan nama Najib telah memburukan lagi nama Najib sehingga pemimpin -pemimpin tertinggi UMNO tidak lagi merasa senang dan mengkritiknya.

      Kritikan ini juga membayangkan kekecewaan pemimpin -pemimpin UMNO terhadap presidennya Zahid Hamidi yang membiarkan dirinya dibayangi oleh Najib dan menampakan pergantungannya yang terus menerus kepada Najib

      Beberapa orang pemimpin terkemuka UMNO tidak lagi senang dengan kelemahan pimpinan Zahid Hamidi yang menjadikan Naib sebagai presidennya.

      Setiausaha Agung UMNO ,Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO memilih untuk menjarakan dirinya daripada Najib kerana beliau menjadi beban kepada UMNO bagi mendapatkan semula sokongan rakyat.


      Delete
  3. Hallo semua. Harga barang kenapa tak turun ada yg turun hanya 6%je bermakna kerajaan he yg rugi. Penjual cina tetap untung besar kerana dulu harga barang naik 20-40% kerana kata mereka GST berantai makin banyak pembekal dari kilang makin tinggi harga barang kerana setiap magin dan perbelajaan modal di tambah 6%. sewa lori, minyak, harga kedai naik' stor dan Mcm mcm lagi krn GST. Tapi yg peliknya barang tak turun berantai tapi klu ada yg turun pun hanya 6% dari harga jualan akhir yg rugi rakyat dan kerajaan pembekal cina tetap lagi untung..
    Satu malaya kena tipu lagi...
    Yg paling istimewa ada harga barang yg naik..

    Jual lah kapal Jho Lo dan 1MDB dan rampas lah semua harta yg najib samun nescaya harga barang dan cost of living takan turun. Cina akan kaya sekali lagi..

    Kita semua jadi bidoh hari hari layan pondan.layan kapal Jho lo lawan duit najib layan PH layang sjil sekolah cina layan raja layan jantan dgn jantan nak kawin layan polis sebat duit najib layan menteri kasut sekolah lim guan eng temberang sehingga kita semua lupa siapa nak layan hidup rakyat dan kita semua sebagai pembayar cukai..

    Percaya lah kita tangkap satu penyamun akan hadir 1000 lagi penyamun baru yg lebih cerdik

    Baik kita kita berbaik dgn penyamun dan minta jasa baik penyamun jangan samun habis habis tinggal kan sikit untuk org belakang

    ReplyDelete
  4. Tahnjah kita dah dapat mintri agama yg bodoh.. dungu... dah kufur...

    haa tepukkk.. tepuk..!!

    ReplyDelete
  5. Kalaulah tiada sokongan padu orang2 Melayu, institusi diraja dah lama bungkus?

    ReplyDelete
  6. Berhati hatilah pilih pasangan, jangan ikut perangai ted yg suka berpasangan dengan Taik. Sekian. Harap maklum.

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com