pages

Monday, August 6, 2018

Rafizi "SERANG" Projek Kereta Nasional Ke-3 idea Tun M


SEMAK SEMULA PROJEK KERETA NASIONAL KETIGA

Saya membaca laporan-laporan akhbar mengenai hasrat Kerajaan Persekutuan melancarkan projek kereta nasional yang ketiga menjelang 2020. Perkara ini turut diumumkan oleh YB Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan seperti yang dilaporkan The Star bertarikh 4 Ogos 2018 (capaian https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/08/04/third-national-car/).

Saya ingin melahirkan rasa bimbang sekiranya Kerajaan Persekutuan secara berterusan mahu meneruskan projek ini dalam keadaan tentangan rakyat terhadapnya adalah jelas.

Pakatan Harapan dipilih atas platform untuk mengurangkan beban sara hidup rakyat. Sementara rakyat masih memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk melaksanakan janji-janji manifesto (walaupun ada yang tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh 100 hari), melaksanakan sesuatu yang tidak popular dan bertentangan dengan tawaran Pakatan Harapan akan mengundang rasa sinis rakyat.

Sejak Buku Jingga ditulis dalam tahun 2010, parti-parti yang menjadi majoriti di dalam Pakatan Harapan (iaitu KEADILAN, DAP dan pimpinan yang meninggalkan PAS untuk membentuk AMANAH) secara berterusan menyatakan hasrat untuk menghapuskan duti eksais yang dikenakan ke atas penjualan kereta kerana cukai kereta itu dilihat sangat membebankan.

Cukai eksais banyak dikaitkan dengan usaha melindungi kereta-kereta nasional yang akhirnya menyebabkan harga kereta menjadi lebih mahal berbanding negara-negara lain.

Platform dasar yang mahu menghapuskan cukai eksais demi menurunkan harga kereta ini tidak pernah berubah selepas Pakatan Harapan ditubuhkan. Tidak ada mana-mana bahagian di dalam kempen Pakatan Harapan atau manifesto Pakatan Harapan yang menyelitkan usaha mewujudkan perusahaan kereta nasional yang ketiga.

Saya berpandangan usaha untuk menubuhkan perusahaan kereta nasional yang ketiga akan mendatangkan kesan kewangan yang besar kepada rakyat, seperti berikut:

Berapa pelaburan yang perlu dibuat menggunakan dana awam?

Badan kerajaan mana (GLC, GLIC atau MOF Inc) yang akan mengambil tanggungjawab melaksanakan projek ini?

Adakah Kerajaan Persekutuan berhasrat menghapuskan cukai eksais untuk mengurangkan harga kereta, apabila kereta nasional ketiga dilancarkan?

Apabila Menteri Pembangunan Usahawan telah menetapkan tempoh masa yang khusus iaitu pelancaran projek kereta nasional ketiga menjelang tahun 2020, saya tertanya-tanya sama ada satu perancangan khusus yang menilai kesan kewangan kepada negara telah dijalankan?

Untuk mengurangkan sindiran dan serangan ke atas Kerajaan Persekutuan, saya menyeru supaya perkara ini dipertimbangkan semula.

Memandangkan ia bersabit perkara dasar, ia sewajarnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan terlebih dahulu untuk mendapat persetujuan bersama parti-parti yang membentuk Pakatan Harapan. Sementara saya menghargai keperluan Jemaah Menteri membuat keputusan, tetapi keputusan yang bersabit perkara dasar mestilah diperhalusi secara prinsipnya di peringkat Pakatan Harapan sebelum boleh dilaksanakan melalui Jemaah Menteri.

Pandangan saya ini akan mengundang pelbagai kontroversi.

Saya tidak begitu bimbang dengan serangan dari dalam dan luar apabila saya menyuarakan pandangan-pandangan berhubung kebajikan rakyat seperti ini kerana saya yakin pentadbiran Pakatan Harapan lebih terbuka dengan pandangan dan kritikan membina.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN KEADILAN

5 comments:

  1. Buat hapa projek kreta ke 3 tah...yg ada 2 pun dh melambak2 kereta..time sabtu ahad pn dh jem highway..public holiday tkyah citer lew..
    Hari raya dan taun baru cina..perjalanan ke ipoh..dari 2 jam ke 4 hingga 5 jam..bayar tol pn rugi..

    ReplyDelete
  2. Harap macaii2 partii melayu tuntut janji yg dibuat oleh sotong nii..dia nii yg pandai2 ckp harga mnyk 1:50..

    ReplyDelete
  3. Biarlah keta ketiga pun .... Asal tak susahkan rakyat. ... Yang penting ader perpindahan teknologi . .. Yang hairan perodua untung. ... Proton rugi. ... Itu pendapat rafizi .. . Pendapat saya boleh ketiga untuk wujudkan peluang pekerjaan. ... Beza pendapat jer walau sesama ph. ...Tak gitu

    ReplyDelete
  4. pakatan harapan mendapat lebihan kerusi dalam pru14 kerana berjaya memainkan sentimen kemarahan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan bn. kurang sangat berkempen untuk memajukan rakyat dan negara.
    sekarang dah jadi kerajaan persekutuan dan negeri terpaksa rajin buat kerja untuk kemajuan rakyat dan negara. jangan asyik menyalahkan kerajaan lama dengan alasantak ada duit dan masih dalam kajian saja. ada menteri macam otak budak budak.. cuma budak tak pandai simpan rahsia..

    ReplyDelete
  5. Pendek cerita, kerajaan DAP-Ph ni kerajaan lemah dan merosakkan negara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com