pages

Thursday, August 9, 2018

Persahabatan dan Kehidupan Dalam Politik


OLEH:Ab Jalil Backer

Persahabatan dan Kehidupan Dalam Politik
1. Saya pernah berada di pihak Tun Mahathir menentang Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Saya tidak memutuskan sebarang persahabatan dengan kawan-kawan berlainan aliran. Saya boleh beritahu anda “penyokong kuat” Abdullah ketika itu lebih baik dari sebahagian “penyokong kuat Mahathir” hari ini.
2. Apabila saya menyokong kerajaan BN pimpinan Najib Razak, saya tidak pernah memutuskan persahabatan dengan kawan-kawan sebelah Tun Mahathir.
3. Kadang kala saya hanya mengelak untuk bertemu kerana mereka mengambil kesempatan menukar perbincangan antara kawan kepada status politik yang menyusahkan saya kemudiannya.
4. Kawan, sahabat dan "guru" tetap kekal walau apa pegangan politik kita. Cuma kadang-kadang bila ada kawan dan sahabat memutuskan tidak lagi berhubung kerana perbezaan kem politik, maka saya terima seadanya.
5. Jarang sekali (hampir tidak pernah rasanya) saya menyerang mereka secara peribadi atau menggelar mereka dengan panggilan yang jelik, apatah lagi kepada sahabat dan kawan yang lebih tua.
6. Justeru jika ada kawan-kawan atau sahabat yang kini sudah mendapat jawatan dalam kerajaan baharu hendak menunjuk ego dan sombong dalam tulisan mereka sambil mendabik dada, dan memutuskan persahabatan selepas menang, itu hak mereka.
7. Tuhan bukan sahaja menguji kita dengan kesusahan tetapi juga dengan kesenangan, pangkat dan darjat.
8. Saya ada pengalaman bersama bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo selepas beliau bukan lagi Menteri Besar. Apabila beliau naik dan turun mahkamah dan ke penjara saya tetap bersama beliau.
9. Saya tidak pernah dapat apa-apa projek jutaan ringgit dari beliau.Namun saya hadir hampir 98% perbicaraan beliau dan waktu lawatan ke penjara beliau.
10. Ada orang bertanya tidak malukah? Saya tidak mahu berhujah soal benar atau salah. Saya cuma hanya akan berkata kita tidak tinggal sahabat dan kawan ketika susah dan dilanda musibah. Jika kita tidak boleh membantu janganlah, kita memijak orang yang jatuh.
11. Demikianlah sekarang apabila Najib Razak didakwa. Saya tidak rapat dengan Najib Razak. Bertentangan dengan tanggapan umum, Najib Razak tidak kenal saya. Beliau juga tidak memberi saya apa-apa jawatan, apatah lagi projek puluhan juta ringgit seperti mana tanggapan umum.
12. Saya tidak akan berkata Najib Razak maksum tanpa sebarang kesalahan, namun saya tidak akan menjadi seperti Johari Ghani dan Annuar Musa.
13. Percayalah hidup kita bukan sekadar soal benar atau salah, menang atau kalah.
14. Namun pemikiran kita manusia biasa tidak sama dengan pemikiran orang yang telah diuji Allah dengan kuasa dan kekayaan.
15. Biarlah jika ada arnab mahu mendabik dada atas kemenangannya; atau ada kura-kura sudah merasa hebat kerana dapat memanjat pokok yang tumbang.
Cukuplah saya sekadar menjadi manusia biasa.

8 comments:

  1. Chibai nii mmg hanatt..kalau najib mng hari tuu dpt naik pangkat jadi pengarah JASA ganti fuad zakarshitt..byk duit najib habis kerana mamat nii..jadi pejuang maya najib gaji kalah penjawat awam..sekarang rasakanlah jalil aboo becker...kahkahkahhhh..😀😁😀😁😄😃😄😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pun. sama jer dgn dia...dua2 taik.

      Delete
  2. Sepatutnya apa yg harus dilakukan oleh johari ghani dan annuar musa adalah sewaktu sebelum pru lalu lagi..

    Tapi perkara pun dah berlalu.. Maka, fokus kpd apa yg berlaku skrg..!

    Umno tidak perlu putuskan hubungan dgn najib.. tidak perlu putuskan silaturrahim dgn najib..

    Cuma umno tidak harus pertahankan najib lagi.. tidak harus berbicara soal najib lagi..

    Biarkan najib di hakimi di mahkamah..! Salah atau benar.. biar mahkamah tentukan..!

    Umno perlu terus ke hadapan tanpa bayangan najib..

    Tu zahid hamidi tu yg korang kena awasi.. jika beliau gagal memimpin dgn baik..! Cari calon pengganti yg lain..!

    Pru adalah suara rakyat bukan suara ahli umno..!

    Klu korang selama2 nya ingin kekal sebagai pembangkang.. maka, ikut cara lama.. setia pada parti dan pemimpin secara buta tuli..!

    Nak menang pru.. kena bawa isu yg membela rakyat..! ISLAM, MELAYU dan NEGARA..!

    Bangsa lain pula tidak diabaikan..!

    Kerajaan sekarang bukannya maksum pun..! Tidak terlepas dari kesilapan dan kelemahan..!

    JADILAH PEMBANGKANG YG BIJAK DAN KUAT..!

    tidak mustahil umno mampu merampas semula putrajaya..!

    TETAPI UNTUK SITUASI SEKARANG..! UMNO dan BN MASIH LESU..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERBAIK, MCM NI LAH KOMEN YANG BERNAS, MEMBANGUN, TAK PERLU CACI MAKI NAK SAMPAIKAN PANDANGAN,

      Delete
    2. sepatutnya kita semua macam ni bagi komen, jangan paksa orang terima yang kita sampaikan hinggakan cakap B*BI, ANJ*NG, CH*BAI, HAN*T, segala macam sumpah seranah
      Kalau kita cakap baik2 orang akan terima perlahan-lahan
      Aku tengok blog CG ni pun bagus tidak fanatik melulu, teruskan macam ni CG biar apa orang kata, yang penting amanah demi ISLAM, Melayu dan NEGARA

      Delete
  3. Ted kuntut tu dh terpinggir..sahabat2 yg berjuang dgn dia pn dh mengelak2 dr bertembung..nada pn dh kurang bermaya..tunggu masa jew nk padam dia punya semanggat..sedih aku tngok..kut2 nanti dh tknak guna nama ted dah..malu..guna nama yg lebih islam..condong ke umno/pkr...ki ki ki

    ReplyDelete
  4. Najib,.Rosmah dan Jho Low merupakan 3 orang laknatullah yang menghancurkan Negara tercinta ini,,justru itu selagi mana mereka belum ke penjara jiwa Rakyat tidak tenteram.............!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com