pages

Thursday, August 2, 2018

[PERLU PERTAHAN ISLAM, BM] Anwar tegur HARAPAN cuai dan 'celupar'



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pimpinan kerajaan Pakatan Harapan kadang-kala tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

“Saya tidak menafikan ada kenyataan yang melelahkan dan tidak menyenangkan."Saya akui PH (Pakatan Harapan) adalah kerajaan baru yang kadang-kala cuai dan celupar sehingga saya terkejut dengan kenyataan dikeluarkan,” katanya ketika ceramah khas sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, malam tadi.

Meskipun tidak menghuraikan lebih lanjut, Anwar dipercayai merujuk beberapa isu kontroversi dan kenyataan pemimpin kerajaan yang dilihat menimbulkan keresahan sejak kebelakangan ini.

Antaranya membabitkan isu bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi, pengiktirafan kepada Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan keputusan Kementerian Pendidikan memberikan peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

Bagaimanapun, Anwar berkata beliau percaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anggota kabinet 'tidak lari' daripada perjuangannya yang asal.

“Ini kita peringatkan, perubahan dan kuasa ini amanah, keadaan silih berganti, saya bukan YB dan tiada jawatan apa pun dalam kerajaan,” katanya.

Anwar menegaskan HARAPAN tetap akan memartabatkan kedudukan Islam dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menghalang penguasaan bahasa lain seperti Mandarin dan Tamil.



Surat Terbuka kepada Perdana Menteri Ke-8, Dato' Seri Anwar Ibrahim
YAB Dato' Seri,
MOHON BENTUK BARISAN KABINET DENGAN MEMILIH MENTERI YANG TIDAK RASIS, TIDAK BODOH DAN TIADA PENGALAMAN
Assalamualaikum wbt
2. Terlebih dahulu kami Rakyat Malaysia mengucapkan syabas di atas kejayaan parti Pakatan Harapan (PH) berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya ke 14 lalu sehingga telah memberi keinsafan dan kesedaran kepada saudara sesama Islam dalam UMNO kembali ke pangkal jalan untuk meletakkan Islam, Melayu dan Negara sebagai asas perjuangan dan bukan lagi material dan wang ringgit yang telah menyesatkan mereka.
3. Seperti mana yang telah dalam pengetahuan YAB Dato' Seri, Kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir, Perdana Menteri ke-7 telah memegang kuasa baru sahaja 84 hari semenjak memenangani PRU-14.

4. Kami (20+%) orang Melayu mengundi PH pada PRU-14 hanyalah semata-mata mengharapkan dan percaya pemimpin Melayu Islam di dalam PH akan berjuang mempertahankan Islam dan Melayu daripada dihancurkan oleh orang-orang kafir yang sentiasa mahu melakukannya semasa menjadi pembangkang. Kami percaya pemimpin Melayu Islam dapat mengekang mereka di dalam Kerajaan PH sekarang.
4. Namun, semua harapan tinggal harapan, nasi sudah menjadi bubur, sepanjang 84 hari sahaja memerintah, Menteri-Menteri PH telah mula melakukan kemungkaran dan menekan Islam Melayu serta mengiktiraf golongan kiri dan songsang.

5. Semenjak 84 hari memerintah, Tun Mahathir dilihat seakan-akan TIDAK mampu mengawal Menteri-Menteri di bawah seliaan beliau. Menteri berbuat sesuka hati melakukan "kejahatan" seolah-olah menjadi seorang yang gelap mata, mabuk kuasa, hilang pertimbangan waras. 


6. Mereka melakukan politik balas dendam dan gila kuasa seperti mana di bawah:


i. Cuba mengiktiraf UEC yang jelas bertentangan dengan Dasar Pendidikan Negara. UEC bukan berkaitan isu bahasa Kebangsaan sahaja tetapi kita perlu sedar bahawa Sekolah Persedirian (SWASTA) Cina ini degil dan melampau kerana membelakangkan Dasar Pendidikan Negara semenjak merdeka lagi. Kita sepatutnya mendesak agar sekolah ini dibubarkan atau kembali patuh kepada Dasar Pendidkan Negara.


ii. Menteri Agama tidak mahir ilmu Islam malah mahu menjaga semua agama. Ini penyelewengan yang nyata bertentangan dengan tafsiran Hiz Ad Din yang sebenar. Kegagalan beliau memahami Islam sebenar boleh menyebabkan negara menjadi kacau bilau dan mengelirukan Ummah.


iii. Menteri juga bersama-sama mengiktiraf, mempertahankan dan menyokong amalan songsang yang bertentangan Islam dan budaya masyarakat kita seperti LGBT, Ajaran Syiah, Ajaran Sesat, Liberalisme, Pluralisme (agama semua sama) dan lain-lain.


iv. Menteri sepatutnya cerdik dan celik sejarah, namun Menteri kini bukan sahaja jahil dan "bodoh' sejarah tetapi mengapi-apikan isu perkauman (Rasis) dengan menyatakan Melayu itu PENDATANG dan kaum India bukan pendatang. Mereka menidakkan kedatangan India dan Cina ke TANAH MELAYU adalah disebabkan dibawa masuk oleh British untuk berkerja di ladang-ladang Getah dan di lomgong-lombong Bijih Timah suatu ketika dahulu. Situasi ini sama sahaja dengan kerajaan membawa masuk Bangla dan Nepal kini. Cuma India dan Cina pada masa itu bernasib baik kerana British mensyaratkan (MEMAKSA) kepada Tuanku Abdul Rahman agar memberi kerakyatan kepada India dan Cina untuk merdeka kerana mereka tidak lagi diterima oleh negara asal mereka.


7. Sehubungan itu, kami Rakyat Malaysia menuntut agar YAB Dato' Seri mengambil perhatian perkara-perkara berikut apabila mengambil alih jawatan Perdana Menteri Ke-8 nanti:


i. Bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kerajaan Negeri yang dibentuk selepas PRU14 hendaklah segera bertindak memperkukuhkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dengan menyatakan dengan jelas Agenda, Dasar dan pelan tindakan kepada masyarakat umum.


ii. Bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kerajaan Negeri tidak tunduk dengan tuntutan golongan anti Islam, sekular, liberal dan kuffar yang cuba mengambil kesempatan selepas PRU14 untuk mencorakkan negara mengikut kehendak ideologi dan hawa nafsu mereka yang jelas menyalahi pegangan aqidah majoriti rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.


iii. Bahawa semua peruntukan undang undang dan perlembagaan yang menyentuh kedudukan Islam dan Umat Islam yang sedia ada hendaklah dikuatkuasakan dan ditambah baik, ini termasuklah memastikan Rang Undang Undang 355 (RUU355) yang tertangguh dibawa dan diluluskan dalam sidang Parlimen akan datang.


iv. Bahawa kedudukan Maqasid Syariah terus diperjuangkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kerajaan Negeri sebagai satu tanggungjawab kenegaraan dan asas pertahanan Islam.


v. Bahawa kedudukan ekonomi umat Islam mesti terus dilestarikan melalui pembentukan agenda dan dasar ekonomi umat yang lebih mantap dan menyeluruh seumpama Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan menjadikan Perkara 153, Perlembagaan sebagai paksinya dan mewajibkan semua kementerian dan agensinya menyerahkan KPI atau report card pencapaiannya yang dilapor terus kepada Perdana Menteri.


vi. Bahawa Malaysia terus dijadikan pusat Hub Halal dunia yang berprestasi tinggi dan menjadi rujukan Antarabangsa. Bagi maksud tersebut, sebuah suruhanjaya Halal Negara hendaklah dibentuk dengan diberikan empowerment dan keupayaan teknologi halal bertaraf dunia.


vii. Bahawa kualiti sistem pendidikan negara diangkat menjadi sistem yang berupaya melahirkan insan yang sempurna (al-insanul kamil) berpaksikan tauhid bagi melahirkan masyarakat Malaysia baru yang jauh dari kebejatan moral dan akhlak sehingga dapat membendung gejala rasuah, kemaksiatan dan jenayah.


viii. Bahawa sistem pendidikan Tahfiz yang menjadi pilihan dan tarikan ramai Ibu Bapa Muslim di Malaysia masa kini diangkat menjadi sistem arus perdana (mainstream system) dan disepadukan dengan pengajaran sains dan teknologi. Sekolah sekolah tahfiz swasta, pondok pengajian tradisional dan sekolah agama rakyat yang banyak berjasa dalam melahirkan modal insan beriman dan bertaqwa terus disokong kewujudannya dengan menyalurkan bantuan perkapita atau bantuan bantuan lain.


ix. Bahawa kerajaan perlu menggubal undang undang di bawah Perkara 10(4) Perlembagaan bagi mendakwa dan menghukum mana mana orang yang mempersoalkan kandungan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tentang hak istimewa Melayu dan Bumiputera bagi mengelakkan isu hak istimewa Melayu dan Bumiputera ini terus dipermainkan sebagai isu perkauman dan bahan hasutan.


x. Bahawa amalan dan perbuatan menghina ajaran dan hukun Islam, kitab suci Al Quran, Hadith dan keperibadian Rasulullah saw yang merupakan pegangan majoriti rakyat Malaysia hendaklah dikanunkan sebagai amalan dan perbuatan yang boleh dihukum dengan hukuman berat dalam undang undang sivil dan syariah dengan penguatkuasaan yang tegas. Ini mengelakkan keadaan menjadi tidak terkawal sehingga menjadi punca kepada perpecahan dan rusuhan kaum dan agama.


8. Semoga YAB Dato' Seri berani menyatakan kebenaran dan mampu mengawal menteri-menteri yang bakal dilantik di dalam Kabinet YAB DAto' Seri serta mengambil tindakan dengan gagah dan berani mempertahankan Islam, Melayu dan Negara tidak seperti apa yang berlaku pada masa ini.
SELAMATKAN ISLAM, MELAYU, NEGARA DAN RAKYAT
Wakil Rakyat Malaysia
2 Ogos 2018
Padang Kelab Sultan Sulaiman

Kampung Baru

6 comments:

  1. Siapalah yg τu↳¡$ $u®∂τ n¡ .∂nw∂® ∌kn ∌๏↳∉Ӈ Ӈ∂®∂p sgt

    ReplyDelete

  2. ted MATI (takziah)

    ReplyDelete

  3. madeyy tak senang dudok ler..
    masuk ijn pulak..
    anwar dh mula langkah..
    patutle DS Najib senyummm je memanjng dlm parlimen..

    jimin ali jamban menjilat boss mcm anjing xhenti..hehehe

    ReplyDelete
  4. Kera jaan DAP-PH ni abang besak punya lo.. Lu Anuar talak dalam kera jaan apa lu tau? Ini kera jaan abang besak mau bikin manyak wang. Wang besak! Wang besak! Siti kasim sama itu loyer fadiyah kasi tolong sama kita lo...bikin abang besak senang ati. Itu maseli aaa
    . kita olang sudah kasi teow itu hari sikalang dia talak belani. Lagi ini ajimin next lo..

    ReplyDelete
  5. Nak harapkan mahathir ..dia sendiri sedang dalam dilema..
    22 tahun pengalaman hanya tinggal sejarah silam..
    Orang melayu tidak yakin lagi dengan kemampuan mahathir yang sudah tua dan ppbm yang kurang sokongan orang melayu sendiri.

    ReplyDelete
  6. aljub ni goreng jer lebih... kaki jubo kaki fitnah kaki spinn... kantoi bejubo salah kan org lain...Islam Madani yg dibawa gay lgbt... akai ada ka...?

    DNA dah uji ka blom....?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com