pages

Saturday, August 4, 2018

Perlis TIDAK SETUJU kerajaan iktiraf UEC (Contoh Kerajaan WARAS)


PADANG BESAR, 22 Zulkaedah 1439H, Sabtu – Kerajaan negeri Perlis tidak bersetuju dengan langkah Kerajaan Pusat untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).
Menteri Besarnya, Datuk Seri Azlan Man berkata, kerajaan sewajarnya meneliti terlebih dahulu bagi mengelakkan Dasar Pendidikan Kebangsaan terjejas. 
Tambahan pula katanya, UEC yang kini diguna pakai di sekolah persendirian Cina setakat ini tidak menggambarkan semangat perpaduan rakyat dalam negara ini, lebih-lebih lagi sistem UEC tertumpu kepada satu bangsa saja,
Negara kita ingin membangunkan satu bangsa Malaysia yang bersatu dan antara langkahnya ialah melalui sistem pendidikan. Jika negara mempunyai pelbagai sistem pendidikan, mana mungkin negara mencapai kesepaduan rakyat,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Perak turut membantah pengiktirafan UEC kerana didakwa bertentangan dengan asas Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Malahan, UEC adalah satu silibus sekolah persendirian Cina yang sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan.
Mengulas lanjut, Azlan berkata, rakyat patut bersyukur kerana Malaysia antara negara yang begitu fleksibel dalam memastikan nasib sesuatu kaum terbela.
Walaupun sebelum ini ada beberapa pihak turut mengkritik pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan sewaktu pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN), ia masih mengikuti piawaian dan selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan,” katanya. - ismaweb

3 comments:

  1. ๏k..jadilah pembangkang yg baikk..

    ReplyDelete
  2. Ni lagi satu isu uec... Kenapa heboh sangat ttg uec ni.. .kemeterian pendidikan tak perlu layan benda karut ni... Jelas kpd kita sistem ni tak sesuai diguna pakai di negara kita...
    Yg nenteri pendidikan dok sibuk nak terima uec sekarang ni kenapa...?
    Pemimpin terdahulu... Usahawan ...bilionair..semuanya lahir dari sistem pembelajaran yg kita guna pakai selama ini...
    Buat nenteri pendidikan... Awak yang sekarang ini dilantik menjadi menteri sbb awak lulus sijil uec atau pilihan rakyat yg bersekolah menggunakn sistem pembelajaran yg sedia ada. ...? Tak tahulah pula kalau awak menang dalam pru 14 ni kerana dipilih oleh pengundi2 yg memiliki sijil uec....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau BN kekal memerintah lagi PASTI uec terlaksana juga sebab dlm manifesto BN jelas sebut akan iktiraf uec ni.. apa masalah???

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com