pages

Sunday, August 12, 2018

Penyokong Mujahid tanya apa nas Islam lelaki perempuan tak boleh guna sama tandas



Mengapa Asingkan Tandas Lelaki & Wanita?
===========================
1. Berhubung isu transgender masuk tandas perempuan, ada yang bertanya, apakah wujud dalil yang lelaki dan perempuan tidak boleh menggunakan tandas yang sama?

2. Secara umumnya, Rasulullah sangat memelihara batas pertemuan antara lelaki dan perempuan, Islam meletakkan beberapa asas sebagai panduan bagi memelihara umatnya dari terjebak dengan fitnah yang membinasakan. 

3. Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, Rasulullah ﷺ dilihat akan duduk seketika setelah selesai solat. Ini adalah bagi memberi ruang kaum wanita supaya beredar dahulu setelah solat. Perkara ini dilakukan oleh Rasulullah ﷺ adalah bagi mengelakkan percampuran atau perselisihan antara lelaki perempuan yang mungkin berlaku setelah selesai solat. Al-Bukhari merekodkan:

عن أم سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَلَّمَ قَامَ النِّسَاءُ حِينَ يَقْضِي تَسْلِيمَهُ وَمَكَثَ يَسِيرًا قَبْلَ أَنْ يَقُومَ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ فَأُرَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ أَنَّ مُكْثَهُ لِكَيْ يَنْفُذَ النِّسَاءُ قَبْلَ أَنْ يُدْرِكَهُنَّ مَنْ انْصَرَفَ مِنْ الْقَوْمِ

Maksudnya: Daripada Ummu Salamah, beliau berkata, Rasulullah ﷺ akan duduk seketika setelah memberikan salam setelah selesai solat. Para wanita akan bangun setelah Baginda ﷺ memberi salam. Menurut Ibn Syihab, tindakan Rasulullah ﷺ ini adalah bagi memberikan laluan bagi wanita keluar dahulu dan mengelakkan perselisihan (percampuran, pertembungan) antara lelaki dan wanita (setelah selesai solat).

4. Menurut al-Imam Abu Daud pula, Baginda ﷺ juga pernah mengkhususkan satu pintu khas bagi wanita. Ini juga adalah bagi mengelakkan percampuran berlaku antara lelaki dan wanita. Sabda Rasulullah ﷺ:

وعَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ تَرَكْنَا هَذَا الْبَابَ لِلنِّسَاءِ قَالَ نَافِعٌ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ ابْنُ عُمَرَ حَتَّى مَاتَ"
Maksudnya: Daripada Ibn Umar, Rasulullah ﷺ bersabda: Alangkah baiknya sekiranya kita biarkan pintu ini dikhususkan untuk wanita sahaja. Berkata Nafi (anak murid Ibn Umar), setelah mendengar kata2 Rasullah itu, Ibn Umar tidak pernah memasuki pintu itu sehinggalh beliau meninggal.

5. Abu Said al-Ansari juga pernah mendengar hadith bahawa Rasulullah ﷺ menasihatkan para wanita supaya mengasingkan sedikit laluan perjalanan mereka ketika melalui jalan. Ini adalah bagi mengelakkan fitnah yang mungkin berlaku. Kata beliau:

روى أَبو أُسَيْدٍ الْأَنْصَارِيّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ وَهُوَ خَارِجٌ مِنْ الْمَسْجِدِ فَاخْتَلَطَ الرِّجَالُ مَعَ النِّسَاءِ فِي الطَّرِيقِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلنِّسَاءِ اسْتَأْخِرْنَ فَإِنَّهُ لَيْسَ لَكُنَّ أَنْ تَحْقُقْنَ الطَّرِيقَ ( تَسِرْن وسط الطريق )

Maksudnya: Abu Said al-Ansari pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda ketika Baginda ﷺ keluar dari masjid, para lelaki dan wanita berselisih (bercampur) dalam perjalanan mereka, lalu Rasulullah ﷺ bersabda: Lewatkan (jauhkan) sedikit lalu kamu, jangan lah kamu berjalan dipertengahan jalan (sehingga bercampur lelaki wanita).

6. Mereka yang berurusan dengan masjid ini, pada andaian kita barangkali mereka adalah golongan yang mempunyai keadaan hati yang baik. Namun, walaupun dalam keadaan iman atau hati yang baik di masjid ini, Rasulullah tetap bertegas mengasingkan mereka kerana dibimbangi akan ditimpa fitnah.

7. Kalau dimasjid dalam keadaan nk beribadah dengan suasana yang baik ini pun boleh terdedah dengan fitnah, maka apatah lagi dalam suasana dalam tandas yang lebih tersembunyi. Hati sudah pasti mudah terdedah dengan pelbagai fitnah. Maka ketika itu, sudah pasti penjagaan batasan pergaulan amat perlu dijaga.

Wallahua’lam.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

#ArtikelRYM #RYM

7 comments:

  1. Menatang babi apa ustaz PAN ni menggila, serupo kena rasuk ko syautan dan iblis lagaknya, aku dh masuk FB dia mmg mcm kena rasuk iblis ustaz PAN ni, kalau tk bertaubat berat dia ni, banyak buat fatwa sendiri

    ReplyDelete
  2. APA NAK HERAN, DANA USA BANYAK PAN DPT, TELAN HARTA HARAM TU GELAP HATI, LGNT PON HALAL TU SBB IJUT ARAHAN USA, TAUBAT LAH PAN

    ReplyDelete
  3. kebebasan agama dan lgbt syarat bantuan..

    ReplyDelete
  4. Ok fine..camtu tutup lah tandas 2 gender, pakai 1 jer, start di PMO madeykuttytaek dulu, putrajaya then ke semua tempat di seluruh negara.. we 1st in the world.. to be proud of single hybrid shared gent/lady toilet. Save cost 18 billiun...boleh atok setan tua pakai bayar hutang... Kapal hantu pun boleh dijual...

    ReplyDelete
  5. Akhir zaman bila orang bodoh bodoh dilantik sebagai penguasa... ini tanda dajjal dah keluar... Pluralist murtad dijulang Islam di halang..


    haaa tepukkkk..!!!

    ReplyDelete
  6. Uiitt..tksabar nk guna tandas 1gander..terutama yg di rnr..kasi roboh dinding..biar luas..
    Tandas satu gander lebih bavus dr 2 gander..farwa menteri lgbt

    ReplyDelete
  7. Che ibrahim kasi try anak perempuan che ibrahim masuk tandas sorang2 dgn sekumpulan pondan ni kat dlm tandas tu. Pastu kat toilet yg tersorok sikit. .. Ada berani

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com