pages

Saturday, August 4, 2018

Pakaian pramugari: Peringatan untuk menteri KAFIR


PERMINTAAN pelbagai pihak, termasuk pramugari sendiri, supaya dibenarkan memakai tudung ketika bertugas, adalah logik dan dan wajar.
Tidak ada apa-apa yang pelik dengan permintaan ini. Lagipun, rakyat Malaysia majoritinya beragama Islam dan Perlembagaan Persekutuan menyatakan dalam Perkara 3(1) bahawa agama Islam adalah Agama Persekutuan yang membawa maksud ia adalah agama negara kita.
Di sebalik apa yang tidak wajar diterima adalah reaksi Menteri Pengangkutan Malaysia di dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, yang menyarankan sekiranya pakaian pramugari mencolok mata, jangan dipandang pramugari itu.
Respon itu diberi setelah isu ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang yang juga seorang wanita dan juga Ahli Parlimen PAS Tumpat. Beliau juga berkata soal imej dan pakaian itu juga tertakluk kepada dasar syarikat penerbangan berkenaan.
Katanya, syarikat penerbangan juga perlu mematuhi standard keselamatan termasuk dalam situasi kecemasan.
Apakah standard keselamatan menyarankan bahawa bertudung itu tidak dibenarkan atas alasan keselamatan? Berapa banyak anggota keselamatan negara kita yang diterajui oleh wanita muslimah, contohnya dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengekalkan imej bertudung dan menutup aurat.
Sekiranya benar ia membawa kemudaratan dari sudut keselamatan, sila berikan hujah mengapa ia berbahaya sedangkan ramai lagi pramugari di negara lain seperti Brunei dan Mesir juga memakai tudung dan menutup aurat. Adakah standard keselamatan dalam penerbangan mereka berbeza?
Sekiranya benar menutup aurat itu tidak mematuhi standard keselamatan, mengapa pula tiba-tiba di musim haji ada syarikat penerbangan yang membenarkan pramugari memakai tudung.
Sebagai seorang menteri di dalam negara yang majoritinya beragama Islam, beliau seharusnya lebih sensitif di dalam membuat penilaian, kenyataan dan keputusan yang membabitkan umat Islam di negara ini.
Bukannya mengikut logik akal dan menjawab dengan menggunakan hujah yang dangkal. Sekiranya sesuatu isu itu dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat, pastinya ia adalah satu isu yang releven untuk dibawa kepada perbincangan yang selanjutnya.
Perbuatan tidak membenarkan wanita menutup aurat di tempat kerja adalah satu bentuk diskriminasi yang tidak dapat diterima.
Setelah sekian lama, ramai muslimah di Malaysia membuktikan bahawa mereka berjaya di dalam kerjaya masing-masing, walaupun di dalam keadaan menutup aurat.
Kepada barisan pemimpin negara yang baru dipilih untuk mentadbir negara, adalah amat baik sekiranya polisi pemakaian pramugari dapat ditukar kepada patuh syariah bagi yang menganuti agama Islam.
Ini bukanlah satu paksaan, tetapi dianjurkan supaya pramugari diberi pilihan untuk berpakaian menutup aurat bagi yang mahukannya.
Paksaan supaya pramugari syarikat penerbangan negara kita berpakaian tidak menutup aurat sepatutnya ‘a thing of the past’ dan tidak wajar diteruskan. Ia adalah undang-undang lama yang tidak meraikan hak untuk menutup aurat oleh wanita muslimah di negara kita.
Dr Nor Ruzaini Bt Sulaiman
Ketua Wanita Isma Melaka Tengah

12 comments:

  1. Tak habis2 nk chari pasal..sudah2lah isma..byk benda lain yg perlu dibuat..sebelom nii ada juga yg komen benda yg sama tapi menteri agama ketika tuu xkisah pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ted dah risau bila ada org yang berani menegak kebenaran. Suara syaithan spt Ted tk akan menggugat org melayu

      Delete
  2. Orang gila isem memang camgin, tak habis-habis meroyan.
    Dah kalah lagi kat PRK Sg.Kandis, tambahlah lagi royanannya.
    Pasal orang kapir di Puterjaya, pasal mahkamah tak adil, pasal baju pramugari,
    lepas ni PRK Sg.Kandis umno menang sebab peratus meningkat. PKR kalah sebab
    peratus merosot........HAHAHA

    ReplyDelete
  3. peratus yg kuar kurang 50% kemorisotan PKR hampir 50% dari majority PRU lalu.. seri setia menunggu kemorosotan majority kjaan fitnah PH pula...

    hanya perlu 1 kematian adun sahaja di Kedah dan Perak maka kerajaan yg ada akan jadi pembangkanglah nnti...

    ahakss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. FUCKKKKKKK......KIKIKIKI

      Delete
  4. akidah muslim bukan bukan barang dagangan, peringatan buat pemimpin2 politik masa lalu, sekarang dan yg akan datang.
    kembali bertaubat & memperbetulkan tanpa ragu2 sebelum terlambat apabila nyawa sampai ditenggorokan.
    #cicitmaulanaishak

    ReplyDelete
  5. Pakaian tanggungjawab kerajaan kah?

    ReplyDelete
  6. Pakaian mmg bukan tanggung jawab kerajaan..tetapi etika pemakaian adalah tanggung jawab kerajaan... Kod etika berpakaian perlu digubal mengikut kesesuaian tempat dan keadaan... Nak berurusan di pejabat kerajaan sebelum masuk ada garis panduan tentang pemakaian... Tidak boleh berseluar pendek dan berbagai bagai lagi...
    Anthony loke ni bukan islam... Apa dia tahu ttg pemakaian sopan... Dia ni sebenarnya nak suruh org melayu ikut mcm kaum dia... Pakai seluar pendek ikut kebebasan masing masing... Rata rata... Baik dlm lrt..bas... kapal terbang... tempat awam perempuan cina pakai seluar pendek sampai nampak daging bontot. . Mengganggu ketenteraman awam... Bila kes rogol meningkat.. .Perogol dihukum.. .sedangkan pemangkinnya adalah kaum anthony loke ni lah... Kita kadang2 malu bila naik lrt dgn keluarga.. Bawa anak remaja yg masih bersekolah terdedah kepada pemandangan sebegini.... Patutnya kena buat peraturan pemakaian... Demi manfaat rakyat. ..dan maruah bangsa.. agama dan negara. ...
    Mcm ni lah jadinya kalau yg dilantik sebagai menteri ini yg tidak ada pengetahuan... Umpama tikus membaiki labu.. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata kerajaan dulu membela Islam sangat hebat KENAPA dari dulu lagi tak laksanakan peraturan pemakaian tu..

      Delete
  7. Aku dok perati bodoh btul rakyat Melayu ni, dr ari tu asyik dok banding dgn Umno BN, kami rakyat dh tk kesah umno bn, kami yg jatuhkan umno bn bukan korang, kalau kami yg jatuhkan Umno bn kami angkat PH untuk buat lebih baik untuj islam dan melayu, kalau ko asyik banding dgn umno bn mmg PH Gagal PH gagal

    ReplyDelete
  8. Saya setuju dg pandangan #norqaseh https://www.blogger.com/profile/04108345712050758815 SEBAB berpaksikan asas sosial contract yg telah lama dipersetujui bersama dulu dan kini wajarlah diterjemahkan pelaksanan dlm kontik realiti kebenaran negera Malaysia (Tanah Melayu <> peradapan Islam)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com