SILA KLIK

pages

Monday, August 6, 2018

[MUSLIM, MELAYU RESAH] PAS gusar polisi kerajaan PH


PAS gusar polisi kerajaan
Oleh : ROSLINDA HASHIM
ALOR SETAR - Pas melahirkan kegusaran terhadap polisi kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) yang dilihat tidak mengutamakan isu berkaitan pemerkasaan institusi agama, institusi raja dan bahasa kebangsaan.

Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, ini menyebabkan Dewan Ulamak Pas Pusat mengeluarkan ketetapan agar tidak mengundi PH untuk menolak mudarat yang lebih besar pada PRK Sungai Kandis.
Menurutnya, panduan itu diuarkan agar pengundi Pas melihat kesan buruk terhadap kedudukan Islam dan Melayu sekiranya memilih calon PH.
“Kerajaan perlu lakukan perubahan dan tidak pinggirkan suara pihak lain dalam isu pendidikan (UEC), Islam (Jakim) serta sosial (LGBT). Pas mahukan penjelasan bagaimana kerajaan meletakkan isu-isu ini agar tidak jejaskan kedudukan Melayu,” katanya selepas Dialog Gerakan Belia Pasca Malaysia Baharu, anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kedah, semalam.
Ahmad Tarmizi berkata, saranan Dewan Ulamak itu juga lebih kepada pertimbangan syariah, kerana Pas tidak bertanding pada PRK Sungai Kandis.
“Ia juga memberi mesej kepada kerajaan termasuk BN bahawa Pas tidak kompromi hal-hal berkaitan kepentingan Islam dan Melayu,” katanya.
Menurutnya, kerjasama Pas-Umno itu merujuk kepada kerjasama pembangkang secara konstruktif, di mana masih ada isu yang dipersetujui bersama dan ada isu tidak sehaluan.
“Umno telah buktikan mereka gagal ketika menjadi kerajaan dan membawa kerugian kepada Islam, namun Umno kini tidak lagi berkuasa. Mereka tidak boleh buat apa-apa, sama seperti Pas selaku pembangkang,” katanya.
Ahmad Tarmizi berkata, dalam konteks kematangan berpolitik ini, Pas mengharapkan agar Umno berubah.
“Mereka sudah ditolak rakyat, mereka perlu berubah tiada pilihan lain kerana Umno tak akan dapat bertahan dalam kedudukan politik negara jika masih tak berubah. Pas pula konsisten menolak perkara yang mendatangkan kerugian kepada Islam, sama ada Umno jadi kerajaan atau pembangkang,” katanya.
Menurutnya, hanya dalam aspek tertentu sahaja Pas menjalinkan kerjasama bersama Umno dalam mengukuhkan barisan pembangkang.
“Namun dalam kes IMDB, pendirian kita tetap mahu Umno bertanggungjawab dan mahu parti itu disiasat dan diambil tindakan,” katanya.

23 comments:

  1. the thing already had been done... so see all of you at seri setia..

    no retreat no surrender..

    past is past we will continue to fight ...

    ReplyDelete
  2. Disarankan Pas buang segala prajudis terhadap Umno terutama di masa lalu.Ada benda yang buruk yang dibuat oleh kerajaan umno/BN di masa yang lepas tapi tidak kurang bah kan banyak benda yang baik-baik yang dibuat oleh mereka untuk rakyat terutama nya untuk melayu bumiputera dan islam.Kita satukan dua pertubuhan ini dengan semangat dan kekuatan yang baru.Melayu islam segera lah bersatu sebelum segala-gala nya sudah tidak membawa apa-apa makna.

    ReplyDelete
  3. Pilihanraya samada di Selayang atau lembah pantai akan diadakan sbb DSAI akan di nobatkan sebagai PM ke 8 Malaysia...

    maka dng sendirinya atok mahafitnah sudah kepanasan dan panas montot... nnpk gaya anak cucu kroni dan the eminent of elders Daim panas ... dendam lama tak pernah hilang ... masa untuk bagi pykulan maut pada mahafitnah makin hampir...

    Atok mahafitnah makin terdesak cemas dan gelabah peristiwa angkat plakad DSAI PM ke 8 yg atok mahafitnah leka main HP adalah satu penghinaan pada DSAI dan keluarga..

    Atok mahafitnah masa main tarik tali dah tamat masa ko berambos dah dekat.. tunggu habuan yg mendatang...

    haaahh atok mahafitnah


    haahh.. tepuk ... tepuk..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala teori ko berkenaan prk sungai kandis semua kelaut..ko baca balik apa yg ko tulis tuu..kikiki..bn mng besar atasi calon bebAs..k∂Ӈk∂ӇӇӇӇ ..

      Delete
  4. Pas nii sapa..? Penunggang agama kerr..kempunan nk jadii kingmaker kerr..? Sejak bila plk ph hina islam..?yg kalut sgt nii org yg hilang kuasa pru lalu..dh hilang kuasa baru nk ingat agama..kahkahhh..😂😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ted dah gelabah, Orang melayu semakin ramai dah nampak kerajaan DAP-PH menghina Islam, ko bukan melayu mana ko faham. Ko pencacai DAP dibayar DAP untuk buat kerja menulis fitnah dan menggagalkan kebangkitan melayu jadi ko tak tau apa yang kami cakapkan. Ko pergi main jauh-jauh. Pergi sibuk2 lah di bolg Malaysiakini.

      Delete
  5. Dalam keadaan survival bangsa sedang kritikal pun ada pemimpin Pas masih berkira dan mengira.Kita tak tahu apa perjuangan yang mereka cari sebenar nya.Dari pemimpin sampai ke akar umbi nampak ketara taksub kepada kepartian mereka bukan kepada nasib agama sebenar nya.Kalau tidak masa kan jumlah undi BN boleh menurun di prk sg kandis dengan Pas tidak meletak kan calun nya.Seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa besar yang ada dalam Pas diperlukan bagi menggerak kan kerja sama diantara dua parti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara sebab hati menjadi hitam, selalu makan dikedai cina kafir makan mee kari umpamanya, asam laksa dsb, makan atau terlibat riba tak kira dia Pas ke Umno ke, suka memfitnah, kuat dengki, berzina, kwsp yg tak patuh syariah, invesment tak patuh syariah dan sebagainya. Perkara2 ini akan mengelapkan hati menyebabkan ada dikalangan penyokong pas atau Umno yang bergitu susah untuk menerima saranan Islam...

      Delete
  6. mencapai keserasian UMNO / PAS sedang diusahakan Sg Kandis pemula suatu kebangkitan

    Seri Setia pemula pada kemusnahan kerajaan fitnah PH

    Balakong sekadar menguji kafir harbi yg bermuka muka baik..

    Hanya tunggu PRK kedah saja mukris a/l mahafitnah turun tahta..


    haaaa tepuk.. tepuk..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tuu ko ckp mcm nii juga..dh klh buat muka xmalu ulang semula ayat penyedap hatii nii..kikiki..pork u..adalagii kerr adun yg nk matii..kikimakk..😁😁😀

      Delete
    2. Ted dah habis modal, komen Ted dah tak boleh menggagalkan kesedaran orang melayu yang mula membenci kera jaan DAP-PH ko tu. Komen lalut ko dah makin meluat untuk dibaca orang melayu sebab syaitan ko dah makin lemah.

      Delete
    3. Bro Ted,

      Kalau tengok ke belakang lagi Mamat ni jugaklah yang kata BN akan menang 2/3 PRU14 dan ambil balik Selangor.

      Kini selepas tewas di Sg Kandis dia masih ada muka untuk keluarkan ramalan yang sama di Seri Setia dan Balakong.

      Patutlah hanya berani guna anon dan bertukar-tukar nickname, kesemua ramalannya ke laut. Hahaha..

      Delete
  7. Pelikla aku ted ni. Dah terang2 PH tu menipu rakyat, menghina melayu dan memperlekehkan Islam, tp masih sokong lg... melainkan kau bukan Islam dan bukan Melayu dan bukan rakyat Msia. Kalu bukan semua tu, p lah main jauh2. Buat apa kat sini.

    ReplyDelete
  8. Hati-hati dengan gerakan untuk menghalang penyatuan dan kerjasama antara Pas dan Umno kerana semua orang sedar jika ikatan dua parti bersaudara ini menjadi reality kuasa politik secara mutlak akan kembali kepada melayu muslim....teringin sangat nak melihat giliran orang Pas pulak jadi pak menteri.Menteri pertahanan pulak tu hihi

    ReplyDelete
  9. Khairulryezal osmanAugust 6, 2018 at 4:12 PM

    JANGAN TERPEDAYA DENGAN JANJI-JANJI PUAK MUNAFIK MELAYU HARBI TERUTAMA DARI PARTI PAS.MEREKA SENDIRI PERMAINKAN AGAMA.

    “Dalam sekawah gulai daging yang dimasak penuh dengan daging yang suci dan diletakkan seketul daging babi didalamnya itulah perumpamaan kerjasama UMNO dan MCA”.

    [Kenyataan PAS ogos 1980].

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga komen yang dah lapuk ketinggalan zaman. Takpe aku tolong kawabkan. UMNO-BN bukan lagi kerajaan, maknanya bukan pembuat polisi lagi. MCA-MIC pula dah tak berfungsi lagi. Hanya UMNO shj yang PAS bekerjasama sekarang. Mudharat UMNO-BN berbanding DAP-PH maka DAP-PH adalah lebih besar bahaya ancaman kpd ISlam maka PAS terpaksa bersama demi mempertahankan Islam dan selamatkan negara daripada dirosakkan DAP..

      Delete
  10. Hati-hati dengan nama samaran melayu yang buat komen.Mereka berusaha gigih untuk menjadikan perpaduan Pas Umno akan gagal.Kerisauan mereka akan menjadi-jadi ketika dan selepas prk sri setia.Tengoklah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, rakyat yakin jika Pas letak calun diSeri Setia, pembangkang boleh menang...

      Delete
  11. Seri Setia pengundi cina bertambah ramai.... dlm masa kurang 100 hari pertambahan pengundi cina naik mendadak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buktikan,jgn hanya sembang kedai kopi pak mat.

      Delete
  12. Jika benar spt dakwaan 4.52pm ia nya perlu disiasat segera.Jika benar ia perlu dibantah.Parti-parti melayu baik dari kerajaan mahu pun pembangkang jangab sesekali leka jika ada permainan belakang tabir spt pemberian kerayatan kpd saudara-saudara mereka yang ramai di luar negara.Sebarang kelalaian kita bakal menjadi negara selatan tanah air.

    ReplyDelete
  13. Tak payah layan ted manoff tu... Dia tu bukan melayu. . Dan mungkin bukan islam juga pun... Cara dia bagi pandangan lebeh kepada provikatif bukannya productive... Biar dia nak tulis apa pun... Tak payah komen...nampak saja nama dia skroll terus tak payah baca... Bukan rugi pun.. .Org mcm ni sebenarnya sakit... Suka nak berlawan arus... Dah mmg jenis tu. .. Dia rasa seronok bila lihat org komen sambil marah2... Mcm satu kepuasan pada dia... Mmg org sakit selalu mcm tu...

    ReplyDelete
  14. Apa polisinya. .. Tangmana dapat ... Sepekulasikee ??... Macam tok bomoh meramal. ... Nak berdakwah kena mendekati bukan membenci. .. Contoh.. . Datang kat FELDA . . Tengok melayu islam sebelumni menipu melayu islam felda . .. Datang felda bole tunjukkan orang tua felda kena tiputipu. .. Islam juga ajar menentang kezaliman ... Aku melayu islam tak melulu . .. Siasat dulu. ... Tak takut neraka ke ... Siasat. .. Siasat .... Siasat. ... Beza pendapat jee pun ... Islam tetap sama macam mwlayu islam. .

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com