pages

Saturday, August 11, 2018

Mujahit, Mupondan, Mubebal: Menteri Agama patut lindungi hak rakyat majoriti, bukan LGBT


29 Zulkaedah 1439H, Sabtu – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa sepatutnya memberi lebih tumpuan kepada hak rakyat majoriti di negara ini berbanding tuntutan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Norsaleha Mohd Salleh berkata, gesaan Mujahid supaya memberi ruang dan layanan saksama terhadap golongan ini hanyalah menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat sendiri.
Amalan LGBT itu perkara yang bertentangan dengan agama bahkan dilaknat oleh Allah SWT. Siapa kita mahu membuat perubahan dan menukar persepsi terhadap golongan LGBT?
“Sepatutnya kerajaan dan menteri agama melindungi hak rakyat majoriti untuk rasa selamat, terjamin maruah dan kehormatan dan terpelihara aurat di tempat-tempat awam seperti tandas, surau, dan lain-lain dan bukan sebaliknya.
“Ingat amanah yang kita pegang, amanah rakyat majoriti. Untuk kita memerintah dengan adil dan saksama. Jawatan itu adalah amanah Allah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan juga patut lebih memfokuskan kepada penjagaan dan perlindungan hak wanita tulen.
Terutama sekali hak untuk bertudung. Kerajaan perlu panggil majikan dan agensi yang mendiskriminasi wanita ini untuk duduk berbincang,” katanya.
Mujahid semalam menggesa masyarakat tidak mendiskriminasi golongan LGBT, dan meminta mereka diberi peluang sama seperti orang lain untuk pergi ke sekolah, mendapat akses sama rata terhadap kesihatan, bahkan untuk beribadah dan pergi ke mana-mana tempat awam
Malah, beliau turut menyatakan rasa kasihan kerana mereka ditindas di tempat kerja dan ketika ke klinik, sehingga akhirnya mereka tidak bekerja lalu terjebak menjadi pekerja seks.


5 comments:

  1. Pi mamposlah dgn isma..

    KENYATAAN MEDIA

    BERTEMU TIDAK BERMAKNA BERSETUJU

    1. Merujuk kepada pertemuan saya bersama aktivis transgender Nisha Ayub semalam, ingin saya tegaskan bahawa pertemuan saya bersama Nisha tidak bermakna saya bersetuju dengan semua yang diperjuangkan mahupun mengiyakan perbuatan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

    2. Nisha telah menghubungi saya sendiri untuk mengadakan pertemuan dan saya menerima kehadirannya dengan ikhlas memandangkan isu berkaitan transgender perlu diselami serta difahami khususnya yang berkaitan dengan peranan institusi agama bagi menangani fenomena ini.

    3. Nisha turut menegaskan beliau bukan ikon bagi komuniti LGBT sebaliknya beliau hanya seorang aktivis yang memperjuangkan nasib golongan mak nyah yang sering disisihkan serta memberi galakan agar mereka keluar daripada 'industri seks'.

    4. Pada pertemuan semalam juga, tiada langsung isu berkaitan hak sama rata melibatkan perkahwinan sama jantina dibangkitkan. Pertemuan itu lebih kepada perbincangan bagaimana untuk mengatasi masalah diskriminasi terhadap golongan mak nyah serta bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi mereka termasuk penghayatan soal-soal agama dan beribadat secara khusus.

    5. Berhubung isu gambarnya digantung dan diturunkan di pameran fotografi Georgetown, Nisha berkata beliau tidak dimaklumkan bahawa gambarnya digunakan dalam pameran tersebut. Malah beliau juga memberitahu bahawa beliau tidak kisah tentang penurunan gambar berkenaan.

    6. Apa yang paling utama ketika ini ialah, kita perlu hapuskan budaya benci dan diskriminasi kepada komuniti tersebut terutamanya di tempat kerja mahupun di tempat-tempat awam. Kita tidak boleh mengamalkan dasar pilih kasih dalam menjalankan kerja-kerja dakwah malah Islam juga tidak mengalakkan umatnya untuk menyakiti manusia yang lain. Hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan.

    Rahmatan lil a'lamin

    DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA
    MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (AGAMA)

    11 OGOS 2018

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko dah kenapa ted..???

      Hukum LGBT dlm islam jelas bertentangan dgn suruhan ALLAH..!

      Hukum najib dgn 1MDB mahkamah akan tentukan..!

      Nak suh isma pi mampos sebab apa..??

      Delete
    2. Ted dah tercirit bila semua orang melayu bersatu menolak kemungkaran menteri agama kamu. TIAP KALI Dengar nama ISMA agen syaitan naik marah sama macam syaitan tuan mu.

      Delete
  2. Isma mampus menunggu ganjaran Allah....Mujahid manpus menunggu apa??

    ReplyDelete
  3. Letak jawatan lah mujahid... Kalau nak jadi hero pun biar kena pada tempat... Banyak lagi cara menambah pahala...bukan menambah bala...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews