SILA KLIK

pages

Saturday, August 11, 2018

Mujahit Mujahil Mubodoh: Dia sekadar transgender biasa kata ko Wahai Jahit

DIA SEKADAR TRANSGENDER BIASA...?
——————————————————-

Senarai perkara yang dituntut oleh gerakan LGBT di Malaysia seperti dalam gambar 1 & 2. Tanda pangkah menunjukkan perjuangan mereka yang belum dikecapi dan sedang dituntuti.

Nisha Ayub adalah aktivis LGBT yang dilatih dan ditaja oleh pihak asing yang ingin masuk campur urusan negara ini. Beliau bukan sekadar seorang transgender yang ingin mengamalkan orientasi seksual dan identiti gender secara sendirian berhad, tetapi beliau mahu mempromosikannya di khalayak ramai!

Adakah hal ini tidak difahami Dr Mujahid?

NGO yang diasaskan Nisha Ayub, iaitu Justice for Sisters, menghantar laporan dalam COMANGO menuntut perkara seperti dalam gambar. “Sisters” mana yang dia hendak perjuangkan “justice”. Semestinya bukan sisters (asli) seperti saya.


Tahun 2016, Nisha Ayub siap dapat anugerah dari kerajaan Amerika Syarikat. Anugerah yang bernama “International Women of Courage Award”. Saya sebagai seorang “woman” (asli) di Malaysia, tidak merasakan apa-apa pun dari “courage” beliau, apa jasa beliau kepada wanita seperti saya sehingga disanjungi dengan anugerah sebegitu rupa?

Dengan ketinggian yang lebih tinggi dari Dr Mujahid, adakah Dr Mujahid rasa ianya OK untuk orang seperti Nisha Ayub masuk tandas awam dengan isteti dan anak perempuannya? 

Itu agaknya “courage” yang dimaksudkan, melanggar sensitiviti 90% rakyat Malaysia yang tidak boleh terima gaya hidup LGBT.

Di San Diego, Amerika Syarikat, sebuah bandar yang menerima aktivisme LGBT secara terbuka, bahkan mempunyai pemimpin-pemimpin terpilih di kalangan LGBT. Di San Diego, 5 April dinobatkan sebagai tarikh “Nisha Ayub Day” sebagai pengiktirafan kepada perjuangan tuntutan LGBT. Apa kaitannya dan manfaatnya untuk Malaysia? Adakah Nisha Ayub seorang transgender “biasa” sedangkan diraikan dan dijulang oleh salah sebuah negara kuasa besar dunia? Dr Mujahid masih rasa bahawa ia tiada kaitan dengan agenda tertentu yang akan meresapi Malaysia?

Sebelum ini , JAKIM di bawah Malaysia “lama” dihentam kerana buat pertemuan dengan ahli perniagaan Sajat. Kali ini adakah JAKIM di bawah Malaysia “baharu” dijulang pula kerana buat pertemuan dengan Nisha Ayub? Kita akan dapati ramai yang hipokrit tiba-tiba jadi suka JAKIM.

Bukankah Allah melarang duduk bersama ahli maksiat, apatah lagi siap buat majlis untuk meraikannya?

Dan apabila kamu melihat orang-orang yang memperolok-olok ayat-ayat kami, maka tinggalkanlah mereka hingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikanmu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang dzalim itu sesudah teringat (akan larangan itu).” (Surah Al-An’am: 68).

Bahkan ingat pesan sahabat Rasulallah s.a.w
Ibnu Abbas radhiallahu’anhu berkata, “Janganlah engkau duduk bersama ahlul ahwa (orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya). Kerana duduk-duduk bersama mereka akan membuat hati rosak

-Norhidayah Ismail

3 comments:

  1. Mereka sedang memerangkap kerajaan baru. Mrk lGbt bukannya berjumpa secara rasmi mahu sekadar berbincang tetapi mrk mahu menampakkan bhw kerajaan hari ni sudah memgiktiraf mrk.
    Mrk akan canang ke seluruh negara bhw kerajaan sudah memberi hak sama dan iktiraf mrk.

    Itulah perangkap dan tipu daya yg dilakukan oleh Kumpulan LGBT di negara barat sehingga media membantu mrk kerana seolah2 kerajaan dah iktiraf hak mrk utk promosi lgbT. Akhirnya msyrkt tertipu dan tunduk kpd kehendak mrk.

    Sebab itu Islam larang kita duduk bersama mrk yg melakukan dosa.

    ReplyDelete
  2. Same la jgk kera jaaan ph memperdaya rakyat konon nk turunkan kos sara hudup, jnji mcm2.. Penipu jgk...

    ReplyDelete
  3. Kerajaan ph sekarang telah tersasar jauh... Sbnrnya mereka tak sangka boleh menang pru 14 ni... Tetiba menang... Kelam kabut lah... Sbb persediaan mrk hanya untuk membuang najib and the gang yg korup dan penyamun tu... Kita sokong sbb terbukti berlaku salah guna kuasa dan masalah2 lain...
    Bila ph menang...dlm keadaan mereka tidak bersedia sepenuhnya... Mulalah berlaku perbalahan dlm menentukan calon mana yg akn dilantik dlm kabinet... Terutamanya pkr.. amanah dan bersatu... Ketiga tiga komponen ni kurang bersedia... tetapi dap dah ada siap kerangka perlantikkan calon mereka... Sbb tu mrk berjaya meletakkan calon mereka di kementerian strategik atau kementerian teras... Pendidikan. .keewangan.. Pengangkutan dan sumber manusia... Sedangkan pkr..amanah.. bersatu main tangkap muat saja calon... Sbb itu hasilnya pun huru hara... Sampai rakan sekomponen menghina bangsa mereka dan agama mereka sendiri pun mereka hanya diam membisu... sbb dlm kabinet kementerian mereka bukan kementerian kanan... kuasa mrk tak power... suara mereka tak laku...
    Lagi pulak baru baik jadi menteri dan timbalan.. Kadok naik junjung lah... Dulu hanya pejuang jalanan. ..sekarang dah jadi menteri.... Apa org nak kata .. Katalah... Janji aku dah berada di atas... Cukup bulan dapat gaji dan elaun puluhan ribu... Nak jadi apa pada melayu...pada agama islam dan negara lantaklah.. Mrk dah duduk di zon selesa..
    Bayangkan gaji dan elaun paling rendah 30.000 sebulan setahun... 360.000.00 x 5 tahun... Bayangkanlah...sbb tu skg mrk sibuk merancang apa nak buat dgn pendapatan yg datang bagai durian runtuh tu.... Melayu nak telungkup ke nak apa ke.. .is not my problem.. .

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com