SILA KLIK

pages

Sunday, August 12, 2018

(Mahu Kami Bersama LGBT ke? No) Menteri minta bloggers sokong dasar Kerajaan PH

Di Kota Bharu semalam Menteri Wilayah, Kalid Samad mahu penulis blog pro Pakatan Harapan (PH) perlu terus menyokong dan membantu dalam menerangkan dasar serta isu semasa membabitkan kerajaan. 

Khalid berkata, penulis blog dilihat berada lebih dekat masyarakat yang menggunakan laman sosial untuk mendapatkan berita dengan lebih pantas pada masa kini.
"Dahulu semasa jadi pembangkang penulis blog ini bertujuan untuk mencari kelemahan pengurusan dan pentadbiran (kerajaan terdahulu). Mereka bertindak menulis, menyerang dan mendedahkan kelemahan-kelemahan kerajaan.

"Walaupun sekarang perkara itu masih perlu dilakukan kerana kerajaan kini lebih bersikap terbuka dan sedia mendengar teguran namun dalam masa yang sama kita perlukan penulis blog (pro Pakatan Harapan) untuk membela kita apabila diserang," katanya selepas sesi dialog bersama penulis blog dan pengamal media sosial Kelantan.

Adakah Khalid mahu blogger semua menyokong kejahilan dan kejahatan Pakatan Harapan?

Adakah Khalid mahu blogger bersama-sama PH melakukan kemungkaran menyokong LGBT? Mahu bersama Menteri Agama PH membenarkan lesen besar kepada transgender masuk tandas mana yang dia mahu? 

Adakah Khalid mahu blogger bersama-sama kemungkaran PH menyatakan Melayu pendatang di negara ini dan India lah kaum asal negara ini? Mahu utamakan Cina membelakangkan Melayu dengan tergila-gila mahu mengiktiraf sijil jahat UEC yang melawan Dasar Pendidikan Negara? 

Adakah Khalid mahu blogger menekan Islam bersama-sama PH dengan menyerang dan memfitnah IKSIM? Mahu bersama-sama dengan kejahilan Menteri Agama PH? Mentafsir Hiz ad Din sebagai menjaga semua agama? Pengganas LTTE dibiarkan. Sebaliknya Islam yang ditekan.

Agama Islam merupakan agama Persekutuan tetapi dilayan sama rata sama tarafnya dengan agama Hindu, Buddha, Kristian dan lain - lain. 

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi dilayan sama tarafnya dengan bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Tamil dan lain - lain.

Hak istemewa orang Melayu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi tidak dilaksanakan malah perlahan-lahan dan senyap-senyap diberi sama rata kepada kaum pendatang Cina dan India. 

Adakah Khalid mahu blogger bersama PH menipu rakyat yang gagal laksanakan janji manifesto? Mana penurunan kos sara hidup?hidup rakyat masih terbeban. 

Adakah Khalid mahu rakyat terus dibohongi oleh pembangkang masa dahulu yang kini jadi Kerajaan atas penipuan. Mana Pendidikan percuma? Mana pemasuhan PTPTN? Mana penurunan harga petrol? Mana perumahan untuk rakyat miskin? Mana pemansuhan Tol? 

Sebaliknya bantuan BR1M di potong, kenaikan gaji kakitangan awam di potong, kakitangan awam diugut agar sebelahi PH, bantuan kepada nelayan dipotong, harga barang tidak turun, kos sara hidup kekal tinggi, rakyat kekal susah dan makin susah. 

Adakah Khalid ingat semua bloggers tu orang munafik dan kafir? Jangan lupa ramai antara mereka yang Islam dan Melayu yang pejuang tulen tanpa terima satu sen pun dari mana-mana sumber.

Khalid jangan ingat hanya orang politik yang kawal negara ini. Negara ini hak rakyat, kami berhak menolak kejahatan dan kemungkaran

21 comments:

  1. Marilah kita bersatu melawan musuh kerajaan sekarang..jgn lpskan walau seekor pun musuh kerajaan..chari mereka sampai lubang cacing..agama islam dan hak istimewa melayu yg termaktub dlm perlembagaan tetap dipelihara..bloger jgn ambil sebelah pihak saja..yg meroyan ckp itu ini tuu melayu yg klh pru lalu..sebab tuu mereka perlu dihapuskan terlebih dulu..kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan bukannya maksum.. pasti ada kelemahan dan melakukan kesilapan..!

      Pembangkang pulak bukan selalu salah.. Pasti ada yg betul nya..!

      Sekarang bukan zaman nak sokong parti atau kerajaan sepanjang masa..!

      Ini bukan zaman mengikut membuta tuli..!

      Yang betul kita sokong..!

      Yg salah kita bidas..!

      Delete
    2. Dulu, masa melayu PH jd pembangkang, mereka lebih teruk tahap meroyan, malah gila babi tahap kronik. Kerajaan melayu yg terdahulu telah melakukan kesilapan kerana tidak menghapuskan Melayu pembangkang pd masa tu.

      Tak gitu ted?

      Delete

    3. Dulu penulis blog mencari kelemahan dan kesalahan kerajaan, sekarang pun sama saja tugas penulis blog mencari kelemahan dan kesalahan kerajaan.

      Dari apa yang ana lihat, kerajaan sekarang lebih banyak melakukan kesalahan daripada kerajaan dulu. Senarai kedalahannya berjela2 panjang.

      So maaflah ana tak boleh nak Bantu.

      Delete
  2. dari dulu kami tak sokong kerajaan yg mirip pada sentimen fitnah dan ke arah pluralisma murtad dlm agama..

    nrgara ini kaya dng oemimpin yg paling korup rasuah.. korup akidah.. korup imaan.. korup moral dan akhlak dijadikan pemimpin..

    haaa tepukk.. tepuk..!!

    ReplyDelete
  3. Marilah kita sokong LGBT..org pas mmg suka bab nii..kikiki..

    L elaki

    G agah

    B ini

    T iga

    Siapa setuju angkat kaki..🤗🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jadi LGBT (Lelaki, Gagah, Bini, Tiga) itu tidak salah..!

      Berpoligami itu tidak salah..!

      Tetapi akan jd salah jika syarat berpoligami itu tidak dituruti seperti ajaran islam..!

      Manakala LGBT (lesbian, gay, bisexual, transgender) itu adalah HARAM..!

      Semestinya HARAM! JELAS HARAM! dan hukum itu di buat oleh ALLAH..!

      TIDAK BOLEH DIPINDA ATAS NAMA HAK ASASI MANUSIA..!

      DAN TIDAK BOLEH DIPERSENDAKAN HUKUM NYA..!

      Delete
    2. Sokong, hukum islam jgn dibuat main, yg halal tetap halal yang haram tetap haram, mujahid tiada kuasa menghalalkan yg haram dan menghalalkan yg haram, mujahid bukan Tuhan, jangan nak jadi ajaran sesat mcm Ayah Pin yang jadi tuhan kepada semua agama

      Delete
    3. ted dan ayah pin sama jer, dua2 taik.

      Delete
  4. Akhir zaman, kekuasaan akan dipegang oleh orang2 bodoh dan zalim. Siapa yg pegang kuasa sekarang. ...itulahnya org bodoh dan zalim

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh dan mudah dibodohkan akibat bnyk mkn taik.

      Delete
  5. Memang UMno lupa diri sampai utamakan harta material wang ringgit kemewahan, kami dah lawan, semiga umno kembali pulih kepada perjuangan asal

    Sekarang kami perlu lawan PH pula yang LIBERAL, PLURALISME, LGBT, BERSAMA USA, LAWAN ISLAM, LAWAN MELAYU, TIPU RAKYAT, ASYIK2 LGBT, KOS SARA HIDUP TETAP TINGGI, TOL TETAP ADA, PTPTN TETAP ADA, PETROL MASIH MAHAL, BARANG2 MASIH MAHAL, NI NAK BUAT SST PULAK, JANJI TINGGAL JANJI. kami perlu betulkan PH jika tidak kami akan jatuhkan PRU15 supaya PH sedar baru perintah 1 penggal dah TIPU RAKYAT

    ReplyDelete
  6. Anon nii dah kenapa..bagi bukti yg mengatakan mujahid iktiraf lgbt..adakah mujahid berkata demikian atau anda cuba bermain tarik tali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengiktirafan tak perlu sijil atau majlis pengiktirafan, cukup dgn tingkah laku dan pandangan dan pemikiran Mujahid

      Delete
    2. Ko pejuang menteri segala agama PH mujahid tk kn lah tk leh baca pegangan abah ko tu, kalau ko jd pgw khas dia dh lama kena buang ni, menteri nak LGBT ko pgw khas gi pejuang Islam, mmg tk kena lah, mmg kena buang lah keja

      Delete
    3. Masa sidang media tu Mujahid sebut "SHE" merujuk kepada pondan tu, apa maksudnya kalau she tu pempuan, he utk lelaki, LGBT keliru mujahid lagi keliru, jd lah semua kecar kacir, tahniah Pakatan penipu

      Delete
    4. Kesilapan dia cuma isu tandas,bkn bererti dia iktiraf pondan.fahamkan apa yg dia kata,setakat jumpa lgbt terus dikecam oleh musuh islam,adakah ini ajaran islam?MENGAPA?

      Delete
    5. Ko yg ckp silap, ada Mujahid minta maaf ckp tesilap dan betulkan, itu tersilap sebut sbb terlalu mengiktiraf LGBT, klu btul nk bawa LGBT kepangkal jln patut mujahid ikut cara Ustaz ebit liew

      Bukannya terus buaat sidang media utk god father USA tahu mujahid dh buat kerja ikut arahan kafir USA

      Delete
  7. Di Kota Bharu semalam Menteri Wilayah, Kalid Samad mahu penulis blog pro Pakatan Harapan (PH) perlu terus menyokong dan ......

    ---------------------------


    Ko fikir sendiri le Kalid, hampir semua penulis blog bahasa Malaysia, samada penyokong PH atau tidak, adalah orang Islam, so bagaimana mereka hendak menyokong sesuatu dasar yang bercanggah dengan kepercayaan mereka....

    Korek telinga tu untuk mendengar keluhan rakyat majoriti.

    ReplyDelete
  8. Tip top punya komentar; syabas Admin!

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com