SILA KLIK

pages

Friday, August 3, 2018

Kerjasama UMNO-PAS demi perpaduan orang Melayu


  KLANG: Kerjasama UMNO-PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis mampu menjadi medan ujian yang akan memberi faedah demi kepentingan orang Melayu dan Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata jika kerjasama itu direalisasikan, ia mampu menjadi contoh yang boleh diterapkan di seluruh negara.






"Saya sebutkan (kerjasama) ini sebagai titik permulaan dan cetusan yang kita tidak pernah terfikir akan berlaku dalam PRK Sungai Kandis dan jika disuburkan dengan baik, ia akan memberi faedah kepada perpaduan orang Melayu dan Islam pada PRU-15.
"Saya mengharapkan dalam tempoh ini, akar umbi PAS yang sedang memerhatikan kerjasama ini dapat diberikan penjelasan sebaiknya berhubung realiti negara kita hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Penerangan Isu Semasa sempena PRK Sungai Kandis di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Pandan di sini, malam ini.
Dalam pada itu, Jamil Khir mengharapkan jika calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam diberikan mandat, ia akan memberi mesej jelas kepada kerajaan bahawa rakyat tertekan dengan manifesto dan janji yang tidak ditunaikan.
"Rakyat harus bangun untuk membawa satu mesej penting bertujuan menyampaikan kepada kerajaan hari ini bahawa janji yang diungkapkan terutama membabitkan harga barang yang menjadi denyut nadi rakyat harus jadi keutamaan dan ditunaikan.
"Kita mahu supaya kekalutan (disebabkan kerajaan) yang sedang berlaku sehingga tiada orang berani menegur, akan ada suara yang berani untuk menegur kerajaan dan Sungai Kandis akan menjadi tapak untuk kita menghantar suara rakyat," katanya. -BH

18 comments:

  1. berasap ted mahababi bace entry ni sambil calling2 blogger pondan kelongdemon..

    syaitan mana mau perpaduan.. 1001 jalan dihasut jangan bersatu.. kornag pecah la banyak..lagi siyokk.. bikin macam2 wayang cerita.. kasi bodoh Melayu Islam..

    #prklangkawi

    ReplyDelete
  2. PAS tidak pernah mengeluarkan arahan supaya penyokongnya mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

    Malah, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, parti itu juga tidak memberi arahan untuk turun berkempen bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) tewas pada PRK berkenaan.

    Katanya, beliau tidak mengetahui mengenai kenyataan pemimpin PAS lain yang menggesa pengundi parti mengundi calon BN.


    “Kenyataan rasmi daripada parti seperti dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada 22 Julai lalu.

    “Kenyataan lain tidak boleh mengatasi kenyataan Setiausaha Agung PAS. Dalam parti, hanya kenyataan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung menunjukkan pendirian parti secara rasmi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa ko takut sgt PAS bersatu dgn UMNO? macam perangai iblis?
      Tak payah tunggu arahan la ngok, tak bertanding tu satu arahan lah, undi sape lagi.. UMNO la.. kalau yg xnk undi UMNO jgn undi PH jgk..itu maksudnye ngok..

      janji tumbangkan PH. parti laknatullah!

      Delete
    2. ada atau tiada arahan ..pemimpin pas dah kempen tolak calon pakatan haprak.

      Delete
  3. CYBERTROOPER PRO PH BERHATI TISU - MENGAMUK SAKAN BILA PH DIKRITIK

    kah..kah..kahh

    tedbabi n kelong demon.. sila HADAM.. ajak blogger budintolol HADAM!

    bukan aku kata ye si blogger Celah Kangkang yang kate.. tak tau le aku sape sesumpah sekarang..

    KJ dah bantai semalam.. PH ialah KERA jaan KAJI SEMULA!! maksudnya BANTUT!

    kikiki


    Oleh: Dr Tanaka Mustafa
    1) Nak jadi backbenchers kerajaan, atau cybertrooper kerajaan, atau macai maya kerajaan, ia adalah satu pekerjaan yang agak berat dan sukar, berbanding menjadi macai pembangkang. Kebanyakan troopers penyokong kerajaan dahulunya adalah troopers pembangkang.
    2) Kerja mendefend kerajaan daripada serangan pembangkang, manipulasi berita dan fakta daripada macai pembangkang dan kritikan-kritikan terhadap kerajaan - memang sesuatu yang sangat memerlukan kesabaran, penelitian, pembacaan, pemahaman, dan skill mantik yang tinggi.
    3) Sebab itu kita lihat kebanyakan troopers pro-kerajaan PH ada yang kelihatan mandom, dormant, mengambil sikap tunggu dan lihat, termalu alah dan sebagainya apabila diserang oleh troopers pembangkang. Bahkan sudah ramai orang buat kesimpulan, macai kerajaan PH berhati tisu - mengamuk sakan apabila kerajaan PH dikritik dan sebagainya - yang mana macai kerajaan BN dahulu pun tak seteruk itu.
    4) Ia bukan masalah hati tisu. Ia adalah fenomena biasa apabila berlaku transisi kerja membangkang kepada kerja mempertahan. Tempo kerja berubah dalam masa yang singkat itu menyebabkan ramai yang tidak bersedia - menyebabkan berlakunya kes hati tisu, mudah melenting dengan kritikan dan sebagainya.
    5) Isu-isu seperti PTPTN, MyBrain, UEC, LGBT, SST, pemansuhan peruntukan untuk nelayan, pemansuhan peruntukan untuk RELA dan sebagainya, menjadikan kerja macai maya PH agak sukar. terbaru, isu litar lumba F1. Stress jadinya nak pertahan kerajaan dalam isu ini, tatkala pembangkang bagai mendapat peluru hidup. Mana laaa hati tak tisu.
    6) Stress, kalau tak diurus dengan baik, boleh mengakibatkan depression - kemurungan. Saya bimbang cybertrooper atau nama kampungnya macai maya - mengalami depression yang kritikal , sedangkan belum 100 hari pentadbiran Malaysia Baru ini. Bertahan itu lebih sukar berbanding menyerang. Bertabahlah rakan-rakan macai maya semua.
    Sekian

    ReplyDelete
  4. Pas Umno tak perlu bersatu tapi perlu BERKOLABRASI, BERKERJASAMA, BERSEKUTU untuk sama2 menyusun strategi dalam memenangi pihanraya. Dua parti Melayu/Bumiputera terbesar ini mempunyai peluang yang sangat cerah untuk memimpin negara sekiranya mempunyai strategi yang tepat dan sangat digeruni pihak lawan. Strategi menanamkan semangat patriotik dan semangat Islam dapat menyuburkan roh penyokong2 disamping dapat menanamkan semangat jatidiri yang kuat. Ayuh sama2 berkolaberasi dan berstrategi, insyaAllah anda pasti akan dapat membentuk kerajaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ini Ngo2 islam dan melayu akan menyertai persepakatan ni dan memastikan tiada mana2 parti melayu yg akan mengkhianati persefahaman utk melawan DAP-PH. Ini adalah agenda melayu bukan agenda satu2 parti shj. Kita buat sama2.

      Delete
  5. Byk komen sekadar sedapkn hati sendiri dn tidak melihat realiti yg mereka hadapi sekarang..org bawah pas tk terima kerjasama umno pas menjadii realiti..hanya org atasan yg terima dedak beria2 mahu kerjasama setelah kempunan utk jadii kingmaker..disungai kandis sendiri ahli pas undi ph itulah reality sebenar..lobaii terus malang..ruu apa cerita..kahkahhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah..kah..kah...
      ted MATI (takziah)..

      ape ko merepek ni tedbabi.. ko mengate kat ko sendiri ke?
      ko pon pandai daa ikut bahasa politik madeykuttytaek.. ape die ckp/tuduh tu sebenarnye die lah yang buat...

      berbanyk2 le ko kutuk 'lobai'2 tu.. kutuk pas.. mnjemput bala kpd ph.. lg ko kutuk lg jahanam ph! syabas le macai..

      ted MATI (takziah!

      kekekeke

      #prklangkawi

      Delete
    2. Ted, jarum syaitan ko tak akan merosakkan hati dan semnagat kami mahu berjuang menewaskan DAP-PH.

      Delete
  6. Pas, Umno dan parti2 Sarawak dan Sabah kalau berkolaberasi pasti akan menjadi SEKUTU TERKUAT!!!!

    ReplyDelete
  7. ALLAH TAALA SEDANG TUNJUK SATU PERSATU.. SIAPA PH..DAN BALASA MENGAINAYA DS NAJIB BULAN RAMADAN DAN FITNAH JAHAT BERTALU!!

    MEREKA SEDANG MENUJU KEJATUHAN SEBENARNYA..INI KUASA ALLAH TAALA.. RAKYAT TIADA KUASA..SIAPA KATA RAKYAT BERKUASA..MEREKA GOLONGAN SYIKRIK!!

    Akhirnya Selangor Bayar Juga Pampasan 10 Kali Ganda Kepada SPLASH Dari Harga Ditawar Pada 2013



    Hari Rabu, DS Najib Tun Razak dalam ceramah di Sungai Kandis berkata, Selangor akan membeli SPLASH dengan harga RM2.7 billion, iaitu 10 kali ganda lebih tinggi dari harga yang ditawarkan oleh TS Khalid Ibrahim, Mantan Menteri Besar Selangor pada tahun 2013 iaitu RM250 juta.

    Esoknya, Khamis, Menteri Ekonomi, DS Azmin Ali sibuk menjawab bagi pihak Menteri Besar Selangor kononnya DS Najib menipu. Beliau menafikan Kerajaan Selangor membeli dengan harga RM2.7 bilion kerana perjanjian belum muktamad.

    Lusanya, Jumaat iaitu hari ini, Menteri Besar Selangor mengumumkan SPLASH dibeli bukan dengan harga asal yang ditawarkan oleh TS Khalid Ibrahim iaitu RM250 juta dan bukan juga 10 kali ganda pada RM2.7 juta. Harga pembelian sebenar tetap 10 kali ganda, cuma jumlahnya adalah RM2.55 billion.

    Lihatlah bagaimana putar belitnya Kerajaan Pakatan Harapan. Bagaimanalah macai-macai Tomato boleh tertipu dan dikencing dengan Pakatan Harapan ini? Harga air pasti akan naik melambung bagi menampung perbelanjaan pembelian SPLASH sebanyak RM2.55 billion tersebut. Pastinya selepas ini tiada lagi air percuma. Rakyat Selangor ... bertabahlah.

    Nota Kaki - Baca apa kata TS Khalid Ibrahim.

    #prksgkandis
    #prkbalakong
    #prkserisetia
    #prklangkawi
    #prkpagoh
    #prkdemiprkph

    ReplyDelete
    Replies
    1. prOoTt...…arghhh leganya..

      Delete

    2. ted MATI (takziah)

      Delete
  8. Ted

    Apa khabar itu mintiri torpedo kapla tumpol selfie laga dada dgn amoi?

    ReplyDelete




  9. Ini baru permulaan, di DUN Seri Setia khabarnya BN akan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding satu lawan satu dengan PH. Saya harap ramai pwmimpin2 UMNO akan turun padang untuk berkempin bagi pehak PAS.
    Saya penyokong BN merayu kepada semua penyokong BN, jom kita memberi undi kepada siapa saja calon PAS yang bertanding di situ.

    Ada puak harpak sana berkata asobiah dengan Islam sedang bertunang.... Tak kusahlah asalkan kita tak pakai cina buta macam mereka.



    ReplyDelete
  10. Kerjasama samalah apa pun asal bukan DAP

    ReplyDelete
  11. masa terbaik UMNO PAS istihar bentuk gabungan dan logo bersama...no more hide n seek

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com