pages

Monday, August 6, 2018

Kepada Pentaksub Komunis: ketahuilah KOMUNIS JUGA PENJAJAH

Minda Presiden PAS
KOMUNIS JUGA PENJAJAH
Saya tertarik kepada polemik berkenaan adakah kumpulan komunis itu juga pejuang kemerdekaan yang perlu disenaraikan dalam perjuangan menentang penjajah dahulu?
Sebelum menghukum hendaklah dibaca dan dikaji sejarah dan kefahamannya. Kalangan ilmuan pengkaji sejarah bersepakat bahawa teori komunis adalah ijtihad manusia Yahudi German bernama Karl Marx. Dia bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan bukan juga dari kalangan penduduk asal di hutan rimba tanah air kita.
Teorinya yang ekstrem membela rakyat marhaen yang miskin sehingga menasionalisasikan (merampas dan memilik negarakan harta) sangat menarik pemikiran ramai rakyat Asia yang tertindas. Namun mereka terlepas pandang teorinya yang menolak adanya Tuhan yang dipercayai oleh semua agama, lebih-lebih lagi agama Islam yang lengkap pengajarannya melibatkan ekonomi, politik dan seluruh aspek kehidupan manusia sejagat. Maka Islam menjadi musuhnya paling ketat. Bahkan ramai daripada kalangan ilmuan dan pemimpin Barat menganggap Islam lebih bahaya daripada komunis, walaupun mereka juga berperang menentang komunis sehingga hari ini.
Walaupun komunis itu tidak membawa bala tenteranya seperti negara Barat yang menjajah kita, tetapi fahamannya menjajah pemikiran rakyat pelbagai kaum yang direkrut menjadi bala tenteranya. Memang mereka juga menentang penjajah Barat, tetapi mereka juga adalah bala tentera penjajah pemikiran komunis, di mana bahayanya lebih besar dari bala tentera penjajah Barat yang berkulit putih itu. Ini kerana fahaman komunis itu membunuh akidah secara ekstrem. Adapun penjajah Barat secara lebih terang-terangan dapat dilihat wajahnya.
Di sinilah saya memahami mengapa pemimpin generasi awal daripada PAS seperti Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan lain-lain yang menentang penjajah British tidak bersama komunis ke dalam hutan. Bahkan mereka juga menyokong ISA kerana menentang komunis, bukannya menangkap ikut suka hati.
Kita juga membaca bagaimana tanah air umat Islam yang dijajah oleh komunis itu menerima akibat yang lebih dahsyat daripada penjajah Barat, di mana kesannya masih nyata pada hari ini. Walaupun ideologi komunis telah dikuburkan oleh penganutnya sendiri.
Saya dapati ijtihad pemimpin kita yang sama-sama menentang penjajah Barat, tiba-tiba menentang komunis adalah tepat kerana menentang musuh yang lebih berbahaya hendaklah diutamakan. Inilah petunjuk Allah kepada Rasulullah S.A.W dalam menghadapi percaturan antarabangsa pada zamannya di antara Rom dan Parsi yang menjadi sebab turun Surah Ar-Rum yang bermula dengan firman Allah:
غُلِبَتِ الرُّومُ (2) فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُم مِّن بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3) فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِن قَبْلُ وَمِن بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4) بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَن يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ (5)
“Orang-orang Rom telah dikalahkan. (2); Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. (3); Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. (4); Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (5)”. (Surah Ar-Rum: 2-5)
Allah mewahyukan ayat-ayat ini apabila Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya berdukacita Rom dikalahkan oleh Parsi, walaupun kedua-dua kuasa besar itu bermusuh terhadap Islam, tetapi Parsi yang beragama Majusi lebih besar bahaya daripada Rom. Al-Quran adalah petunjuk kepada umat Islam dalam segala aspek.
Maka kita mengharapkan mereka yang menjadi mangsa kekejaman komunis itu mendapat kelebihan para syuhada’ kerana menentang musuh Islam yang lebih besar dan mereka yang berpihak kepada komunis itu diampunkan dosa kerana kejahilannya. Inilah dia Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 24 Zulkaedah 1439 / 6 Ogos 2018

7 comments:

  1. Isu komunis diTanah Melayu bermula dari masalah kaum Cina dengan askar Jepun diTanah Besar China sana. Seluruh dunia tahu askar Jepun telah memancung dan membunuh ratusan malah jutaan rakyat China. Sentimen kebencian orang Cina terhadap askar Jepun inilah yang terbawa2 hingga keTanah Melayu. Jadi sebesar taik hudung pun tiada jasa komunis diTanah Melayu malah mereka cuba pula menjajah negara ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebencian orang China terhadap Jepun dan sebaliknya kekal hingga kehari ini sama seperti kebencian kaum Yahudi kepada kerajaan Mesopotamia/ Babylon (yang menyiksa mereka) ribuan tahun dahulu sehingga mereka berjaya menggunakan proxy mereka Amerika untuk menyerang Iraq.

      Delete
  2. Jepun dari segi geografinya hanyalah sebuah negara yang kecil tapi dapat menjajah China. Semasa penjajahan beratus ribu malah jutaan rakyat China dipancung dan dibunuh dengan kejam oleh askar Jepun. Umum tahu orang Cina diseluruh dunia mempunyai semangat kaum yang cukup menebal. Sentimen kebencian mereka terhadap askar Jepun tersebut terbawa2 hingga keTanah Melayu menyebabkan ramai orang Cina ketika itu menyertai komunis untuk berperang dengan askar Jepun disini. Bergitu juga diSingapura dimana askar Jepun telah membunuh beribu2 orang Cina yang mereka percaya menyokong perjuangan komunis atau menjadi tali barut komunis. Jadi tidak ada kena mengena lansung untuk mengkaitkan komunis ini dengan perjuangan kemerdekaan. Malah apabila British mengambilalih semula Tanah Melayu dari Jepun penganas komunis ini dengan segera memerangi pihak bersekutu British/askar Melayu dengan NIAT UNTUK MENJAJAH TANAH MELAYU! Perkara ini perlu diketahui oleh semua rakyat MALAYSIA dan perlu ditulis semula dalam BUKU SEJARAH MALAYSIA!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum jepun menyerang China, terlebih awal dari itu China sudah menjajah dan menyerang bangsa jepun dan membunuh org jepun. Jadi ini kes dendam sbb dua2 tak beriman kpd agama Allah.

      Kini cina Malaysia menyebelahi komunis kerana ramai cina di Malysia dikuasai ajaran konfusius yg tak berpaksi kpd ketuhanan. Konfusius adalah ajaran falsafah dan ramai cina Malaysia beridealogi Atheist-konfusius pd hari ni sudah mmeberontak mahukan nwgara ini menjadi luberal dan pro atheist. Kerajaan DAP-PH inilah harapan baru mrk .

      Delete
  3. Bila tgk siapa yg tulis nk termuntah rasanya..pu¡¡. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku bc 9 patah je ko tulis rase nak termuntah..puiii

      Delete
    2. Ted yg pro liberal dan mjadi agen syaitan memanglah tiap kali ulamak islam bercakap dan menulis ko akan rasa nak muntah. Itu tandanya ko dah konfom jadi agen syaitan.

      semua syaitan2 lain juga nak terbakar dan termuntah bila terdengar ayat2 Allah dibaca.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews