SILA KLIK

pages

Monday, August 13, 2018

KENYATAAN MEDIA TERBARU YB DATO DR MUJAHID YUSOF RAWA

KENYATAAN MEDIA TERBARU YB DATO DR MUJAHID YUSOF RAWA
1. Sekali lagi, merujuk kepada pertemuan saya bersama wakil transgender Jumaat lalu. Saya sentiasa terbuka untuk membincangkan isu yang sensitif. Saya berpandangan kita boleh dekati isu ini dengan dua cara pendekatan sama ada ia dilakukan secara ‘engagement’ atau ‘confrontational’. Kedua-dua bentuk pendekatan itu bagaimanapun mempunyai manfaat dan mudaratnya yang tersendiri. Namun sebagai menteri dan mewakili institusi agama bagi kerajaan persekutuan, pada hemat saya pendekatan secara ‘engagement’ yang lebih lunak dan lembut lebih sesuai dan ‘rahmah’ malah ia bukan satu perkara baru dalam teknik-teknik berdakwah yang boleh berubah dengan penilaian situasi, tempat dan masa.
2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri telah pun menjalankan kerja-kerja dakwah secara ‘engagement’ terhadap pelbagai kumpulan sasaran, terutamanya dalam isu transgender. Untuk rekod, JAKIM telah pun mendekati komuniti berkenaan sejak lapan tahun yang lalu, untuk mengeluarkan mereka dari kancah industri seks sebagai objektif pertama dan seterusnya memberi bimbingan ilmu dan keagamaan bagi perubahan sepenuhnya. Ditegaskan lagi, bahawa menggunakan pendekatan dakwah secara engagement bukan bermakna saya atau kerajaan menyokong perlakuan mereka, tetapi sebagai kerajaan, kami perlu memastikan agar tiada pihak yang semakin menjauhkan diri disebabkan pendekatan keras dan menghukum di peringkat awal.
3. Saya juga menyedari telah berlaku sedikit kekhilafan semasa sidang media Jumaat lalu ketika menjawab soalan yang diajukan wartawan terutamanya mengenai penggunaan tandas awam dan beberapa perkara lain. Saya menjawab soalan wartawan yang diajukan secara spontan dan sepintas lalu. Ia bukan kenyataan muktamad mahupun arahan, ia sekadar respon spontan saya. Ingin saya tegaskan, tiada arahan atau keizinan daripada saya untuk transgender berkongsi tandas awam dengan wanita, sebaliknya hanyalah “maybe..” dan “if…” kerana ia boleh melibatkan pelbagai bentuk situasi dan keadaan. Demikian juga hal berkaitan saf solat. Semua hal tersebut sesuai dibicarakan lanjut kelak oleh pihak mufti sebagai keputusan terbaik. Apapun, saya memohon maaf kepada pihak yang berasa terancam (offended) dengan kekeliruan yang telah berlaku dan juga menarik semula kenyataan yang kurang sesuai.
4. Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa pendirian saya selaku menteri, kekal bahawa kita langsung tidak bersetuju tindakan yang dilakukan golongan transgender merangkumi lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya, penukaran jantina, perlakuan menyerupai wanita dan yang sebaliknya dan juga kecenderungan seks sama jenis. Tiada sama sekali pengiktirafan atau berkenan untuk mempromosi terhadap semua perlakuan tersebut.
5. Berdasarkan kesimpulan dan dapatan dari kajian JAKIM selama lapan tahun dan juga beberapa kajian ilmiah antaranya oleh Dr Izwan Yusof, Teh Yik Koon dan Prof Madya Dr Rafidah Hanim, saya telah menyimpulkan kesukaran golongan transgender mendapatkan pekerjaan disebabkan peraturan oleh majikan, serta adat dan budaya merupakan antara faktor mendorong mereka untuk menjadi pekerja seks kerana menganggap mereka tidak diterima oleh masyarakat. Kita tidak boleh nafikan hak asas pelaku selaku manusia untuk didekati, dibimbing, mendapat pekerjaan yang sesuai, mendapat pelanggan bagi perniagaan, rawatan apabila sakit, bantuan apabila memerlukan, tiada dihina dan dikutuk ketika ingin mendapatkan hak asas (basic rights) yang tersebut di atas hingga akhirnya terus membenci agama dan manusia lain. Itulah hak asas yang wajar dinikmati oleh seluruh warganegara. Selagimana, penunaian hak itu tidak mengancam hak yang lain secara jelas. Berdasarkan pengalaman JAKIM menyantuni komuniti juga, JAKIM mendapat maklum balas dari komuniti transgender tentang isu diskriminasi misalnya penolakan keluarga, stigma masyarakat, ejekan dan buli, stigma agamawan, sukar mendapat pekerjaan kerana tidak memenuhi peraturan majikan yang menetapkan berpenampilan seperti identiti yang tercatat dalam kad pengenalan.
Bagaimanapun, JAKIM juga menerima maklum balas dari komuniti transgender yang mempunyai kerjaya yang baik, masih tinggal bersama keluarga, dapat peluang belajar dan mendalami agama misalnya melalui program yang dilaksanakan oleh JAKIM dan lain-lain, kerana mereka bersedia bertoleransi dengan nilai norma, budaya, agama, undang-undang yang dianut oleh bangsa Malaysia.
6. Keperluan untuk mendekati golongan transgender dan memahami selok belok kaedahnya supaya dapat menarik mereka menjinakkan diri dengan ilmu agama sehingga akhirnya keluar daripada perlakuan yang dilaknati oleh Rasulullah SAW adalah suatu tuntutan dakwah. Kita tidak boleh hanya melaknat dan memulaukan tanpa ada pihak khususnya pihak berwajib yang mendekati dan memberi peluang secara lunak dan bersasar. Sudah tentu, saya menerima hadis-hadis sahih yang melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya, namun pada hemat saya, ia lebih sesuai dalam bentuk dakwah umum seperti dalam khutbah Jumaat tanpa sebarang dikhususkan kepada identiti tertentu. Namun dalam konteks dakwah fardiah (individu), pendekataan secara al-nasihah bil hikmah perlu dilakukan tanpa mendahulukan ancaman dan laknat sebelum menjelas dan mendekati. Demikian metodologi dakwah yang diajar di dalam al-Quran apabila Nabi Musa AS diperintahkan mengadap Firaun dengan kata-kata yang lemah-lembut (Taha: 43-44) dan hadis tentang cara Rasulullah SAW menasihati pemuda yang datang meminta izin untuk berzina, baginda melarang Sahabat mencela seorang Sahabat lain yang ditangkap kerana meminum arak dan lain-lain lagi.
7. Berdasarkan beberapa kajian oleh pihak JAKIM juga, komuniti LGBT Muslim di Malaysia terbahagi kepada tiga kategori dan kategori yang perlu diberi penekanan serta bimbingan ialah golongan yang mahu berubah atau berhijrah serta yang mengakui bahawa perlakuan mereka menyalahi agama. Bagi kategori yang ketiga (iaitu yang menganggap perlakuan mereka disebabkan naluri semula jadi dan tidak rasa bersalah) perlu digerakkan dialog berterusan untuk sama-sama saling memahami agar mereka tidak terus terpesong. Hanya selepas itu, pendekatan lain wajar disusun dan dimulakan.
Akhir sekali, berhentilah dari memanipulasi kenyataan saya dengan fitnah atau kesimpulan yang tidak pernah saya maksudkan. Tiada pula saya bersifat lunak dan lembut tanpa batasan dan perancangan. Tugas menghukum, bukan tugas kita. Sesungguhnya Allah sahaja yang berhak untuk menilai seseorang hambaNya. Kita perlu menyelamatkan, bukan hanya cekap dan pantas dalam mencaci, melaknat dan menyisihkan kerana ruang taubat sentiasa terbuka selagi nyawa belum sampai ke hujungnya. Negara dan pemimpin yang rahmah, perlu mengutamakan yang lunak sebelum keras lagi menjauh dan menambah benci terhadap Islam. Kita masyarakat berhentilah menjadi masyarakat yang menghukum. Bantu dan bimbing. Komuniti transgender juga perlu berhenti menuntut hak yang menyanggahi nilai norma, budaya, agama,undang-undang yang dianut bangsa Malaysia. Dengan itu, masyarakat lebih sejahtera.
Rahmatan lil a'lamin
Perjalanan ke Makkah al-Mukarramah,
KLIA, Sepang.
DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (AGAMA)
13/8/2018

20 comments:

  1. ISUNYA golongan LGBT jadi keutamaan Mujahid bila jd menteri, sepatutnya yang lain OKU, orang asli dan lain2

    Kita faham ini semua kerana arahan amerika yg bagi dana kepada PH untuk hancurkan Islam dan melayu di Tanah Melayu ini kerana kebangkitan Islam akan bermula di asia tenggra dan bukanny adari negara arab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Amerika tahu kebangkitan Islam akan bermula dari sini yang akan dipimpin sesorg Muhammad bin Abdullah dlm memerdekakan Baitulmaqdis Al Aqsa, jom ramai2 didik anak2 cucu2 dgn ajaran Islam sebenarnya, rakyat percaya majoriti orang2 Islam Malaysia benci kepada LBG, ayuh sama2 kita perangi golongan songsang ini...

      Delete
  2. TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN, MUJAHID TERPAKSA IKUT ARAHAN NEW WORLD ORDER AMERIKA YANG MAHU HANCURKAN ISLAM, LGBT SATU2NYA CARA YG AMPUH,

    DANA PRU14 KEPADA PH DAH BG, SEKARANG PH BUAT KERJA UNTUK MEREKA, HAHA TEPUKKKK

    ReplyDelete
  3. "Tugas menghukum, bukan tugas kita. Sesungguhnya Allah sahaja yang berhak untuk menilai seseorang hambaNya" KATA MUJAHID

    INI BERSIKAP LUNAK LA NI, KO TU PEMERINTAH BUKAN ORANG AWAM
    ORANG AWAM AMBIL PENDEKATAN LUNAK, KO KERAJAAN KENA TEGAS, SALAH TETAP SALAH, HARAM TETAP HARAM

    BANGANG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kita yang layman pun tahu bende2 mudah ni, sebab itu didunia ini kita ada mahkamah syariah yang dihakimi oleh YANG MULIA TUAN2 HAKIM!!! Susah sangat ke?

      Delete
  4. Dakwah Lembut Atau Dakwah Keras?
    ================
    1. Ramai yang bertanyakan tentang pendekatan yang terbaik dalam menangani isu LGBT ini. Ada yang mencadangkan supaya kita berlembut seperti Ustaz Ebit Lew dan Mufti Wilayah, manakala sebahagian pula mencadangkan supaya kita mengenakan pendekatan yang keras mempertahankan prinsip Islam dalam mendekati kumpulan aktivis ini.

    2. Melihat pada Sirah Rasulullah ﷺ, Baginda menggunakan kedua-dua pendekatan ini. Adakalanya Baginda ﷺ berlembut, adakalanya Baginda berkeras.

    3. Ketika di Mekah, Rasulullah ﷺ tidak memiliki kuasa dan fasa dakwah masih lagi berada diperingkat yang asas. Pendekatan Rasulullah ﷺ sangat lembut dalam tempoh ini. Sehinggakan Allah menegur Rasulullah ﷺ apabila Baginda bermasam muka kepada Abdullah ibn Ummi Makhtum. Begitu teliti dakwah diperingkat ini sehingga bermasam muka pun ditegur oleh Allah. Insiden ini direkodkan di dalam surah Abasa.

    4. Ketika di Mekah, para sahabat Nabi ﷺ diseksa, Qurasyh meletakkan perut unta ketika Rasulullah ﷺ sedang solat malah berhasrat untuk membunuh Baginda. Semua ini dihadapi Rasulullah ﷺ dengan sabar, tabah dan tidak berkeras.

    5. Tetapi lain halnya di Madinah. Apabila Rasulullah ﷺ telah memegang tampuk pemerintahan, Rasulullah ﷺ dilihat sangat menjaga prinsip dan pendirian Islam. Ketika seorang perempuan Muslimah diselak kainnya sehingga terdedah auratnya, seorang Muslim datang mempertahankan maruah perempuan Muslimah ini. Pemuda Muslim ini kemudian dibunuh oleh sekumpulan yahudi lalu Rasulullah ﷺ mengarahkan tentera Islam memerangi Yahudi Bani Qainuqa’ ini. Maka tercetuslah Perang Bani Qainuqa’.

    5.1 Nah lihatlah! Demi mempertahankan maruah seorang Muslimah, peperangan telah tercetus! Hari ini Muslimah kita hendak mengenakan tudung di hotel pun masih menjadi isu. Pramugari disarankan berpakaian sopan dikatakan jumud. Lemah sangatkah kuasa Muslim?

    6. Malah ketika pembukaan kota Mekah, Rasulullah ﷺ mengarahkan mereka yang mencerca dan menghina Islam ini dibunuh sekalipun mereka bersembunyi disebalik kelambu Kaabah. Tindakan keras ini sangat menggerunkan hati musuh untuk mempermainkan Islam. Lihat bagaimana Rasulullah ﷺ menggunakan prinsip yang keras bagi memastikan Islam tidak dipermainkan.

    7. Melihatkan kepada pendekatan dakwah yang berbeza ini, kami merasakan bahawa setiap individu Muslim seharusnya berperanan sesuai dengan keadaan dirinya. Sekiranya beliau orang awam, barangkali pendekatan terbaik buat dirinya adalah dengan menyantuni dan menasihati kumpulan LGBT ini. Orang awam tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang dan tidak boleh berkeras apatah lagi mendiskriminasi mereka.

    8. Namun, sekiranya beliau adalah seorang yang mempunyai pengaruh, beliau seharusnya menggunakan pengaruh tersebut untuk mendaulatkan Islam. Dan sekiranya beliau adalah seorang yang berkuasa, beliau boleh menggunakan kuasanya untuk bertegas memartabatkan hukum seperti yang disarankan di dalam al-Quran dan hadith.

    Semua kita harus berperanan, bukan Pak Menteri sahaja.

    Moga Allah membimbing dan merahmati kita semua.

    Dr. Ahmad Sanusi Azmi

    ReplyDelete
  5. JAWAPAN MENTERI PUN SETARAF TED MANOFF JE, ADUIHAI

    ReplyDelete
  6. Ramaiinya ostat dlm nii..puii💦💦🗯

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekor je babi sesat dalam ni.. puii..

      Delete
  7. Maaak aaii.Mintri Agama lunak bicara lembut gigi dari babi memyondol..

    Semua pendekatan bileh diterima pakai yg jadi. ko dan macai macai kau kata tak tunduk pada LGBT..

    Bila Dr Illyani cukup sopan dan beretika menulis.berkenaan.LGBT tapi ko tunduk pada kerajaan bila dikenakan tindakan tatatertib .... mentang mentang anak pada kepala perompak penyamun Negara yerus diambul tindakan..

    cakap lain ko buat lain...

    macai.macai tomato... haaa tepukk...!!

    ReplyDelete
  8. SELAMAT TINGGAL KRONI NAJIB & UMNO:


    KUALA LUMPUR - Biro Tatanegara (BTN) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dimansuhkan serta merta.

    Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebentar tadi.


    SILA CARI KERJA LAIN..KIH KIH KIH

    ReplyDelete
  9. Mujahid menteri gile. Pelik betul. Yg selalu duk sibuk pasal LGBT tu kenapa? Kau pun LGBT ke? Dah takde isu lain ke? Cakap pun dah tak betul.

    ReplyDelete

  10. Hanya di Malaysia sahaja yang kena rompak RM 18 bil melolong2 tatapi tidak mengambil apa2 tindakan

    Yang (dituduh) merompak pula ambil tindakan buat lapuran polis kerana merompak...

    Gila babi punya Malaysia baru.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairulryezal osmanAugust 13, 2018 at 1:23 PM

      Pihak polis sdg siasat,lebih baik kau diam saja.

      Delete
  11. berapa punya lama la nak tangkap jolooo...?

    bodo punya tua bangka kepala perompak

    ReplyDelete
  12. Lil alamin sering kali diguna digubal dlm difinasi yang salah ye tuhan semesta Alam semua ciptaannya kewujudtanya lahiliahnya adalah lisan lisan ciptaan semua yang melata adalah Lil alamin occey better u occey semua kitab kitab didunia perjanjian2 baru dan lama kembalilah manusia itu dlm keadaan manusia berkeadaaan Adam dan hawa wujud Adam dari sifat hawa diwaktu kembali juga berkeadaaan sebagai Adam dan hawa new u listen carefully politicians people don't care who they are jangan la diubah alquran seperti kaum kaum terdahulu mengubah mengubal zhabur thawrude injil akibatnya hidup dlm keadaan tampa pedoman dan lahirlah pemikir pemikiran berlogika logik akal sebahagian dari mereka ada yg dikenali atheistsm ada yg dipangil sang dewata berfikir tampa batas dan Nas manusia asal dari bewok ya atau tidak yg angok angok yg geling geling pemiran pemikiran seperti ini sebenarnya mengagas bernahu seperti wabak kesannya akan datang sebagai contoh liberalsm ini sebagai contoh lesbianism transgender mengatakan Hai dunia dan dunia tampa sempadan kami hadir tentang hak hak hak asasi kami kami juga bernaluri apa yg berlaku ini salah tuhan lalu kami memohon diadili now u listen apa yg berlaku ini adalah watak pendusta penyakit org org terdahulu dari aku dan kamu penyakit aklaqkan tiada keimanan jika tiada aklak trangander adalah wabak humanity mengagas dunia Islam sehingakan barakah alquran itu hilang aku nampak apa yg anda tidak nampak susah menjadi aku hendak ku pendam jiwa terluka hendak dilontar di fitnah musafir gila.. Bidang bidang rangkaian sosial yg org Muslim adalah kerja tangan zionis technology yg in production capitalism milik military yahudi setiap hari saat mengagas org Islam dan dan alquran itu berkeadaaan benar sering mengigati diingati tiada alquran lagi selepas ini tiada dua dan tiga kita yg membentuk diri masyarakat samaada islamkah islamiahkah berilmiahkah atau yahudi dan nasrani ataupun agama agama terdahulu penyembah berhala diantara yahudi nasrani ada yg beriman antara nyatakan dan tidak kabur dimalam hari sesekali cahaya bulan menampakan maknanya dikit dikit.. Pabila alquran berbica hai yahudi janganla melampaui batas maknanya seluruh umat manusia akan dipengaruhinya kecuali org org yg beriman tidak rusak ahklaqnya..apa apa yg berlaku kesanya adalah pada jenerasi kita berada dilandasan ketermadunan mana.. wainaminqum takobal ya Karim...
    By.. Rozszell@wworld victims

    ReplyDelete
  13. Woi mnteri setan! Stop to talking about this stupid issue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KEPALA BAPAK KAU

      Delete
    2. Dua kali lima nih

      Siapa bapak siapa anak?

      Delete
  14. Ki ki ki..sukar dapat pekerjaan..puuuiii...kalau lelaki pakai baju perempuan..reject la..ada org kg..dulu lln..panjat tiang lagi..elok jew berkerja..

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com