pages

Sunday, August 5, 2018

[KENALI MUSUH SEBENAR] Ustaz Engku Ahmad Fadzil : Penyatuan UMMAH mesti libatkan semua ahli politik Islam melangkaui parti






(1) MaasyaaAllah TabaarakalLaah, sangat baik cadangan yang diutarakan oleh sahabat saya Dr. Aznan Hasan hafizhohulLaah di dalam posting beliau Ahad 29hb Julai 2018 yang lalu (scroll down untuk membaca posting penuh beliau)

(2) Cuma secara peribadi, saya mencita-citakan kerjasama sesama saudara2 seagama secara lebih menyeluruh lagi melangkaui hanya dua parti UMNO dan PAS sahaja pergi kepada merangkumi seramai mungkin ahli-ahli politik beragama Islam melangkaui sempadan kepartian yang sempit baik dari BN, PH atau GS melangkah ke dataran persaudaraan agama yang luas.

(3) Maknanya, asalkan ahli politik itu beragama Islam, beliau rela dan iltizam menjunjung kepentingan agama Islam dan ummat tinggi di atas dan menjadikan parti politik yang dianggotainya sebagai alat untuk memelihara dan memperkasakan agama, BUKAN sebaliknya menjadikan agama sebagai alat dan topeng untuk meraih keuntungan politik.

(4) Ketika membentangkan slides tentang kedaulatan Islam dan ancaman2 perpecahan politik, saya sering menyeru kepada para hadirin agar ummat Islam tanpa mengira parti politik mereka, meletakkan kepentingan Islam di atas mengatasi kepentingan politik.

(5) Sudah masanya meninggalkan budaya politik lama benci membenci, dendam mendendami, ungkit mengungkit dosa2 silam dan saling soal mempersoalkan keikhlasan masing-masing.

(6) Sudah2 lah menganggap saudara seagama, seakidah dengan kita sebagai seteru numero uno, sebagai musuh nombor satu yang ingin dijauhi dan diperjatuhkan semata-mata kerana berbeza platform politik.

(7) Sikap politik pecah belah yang sanggup "meludahi ke muka" usaha2 perdamaian atas alasan dosa2 silam dan di dalam "ghuruur" tipu daya politik kepartian, hakikatnya membuka rekah dan jurang untuk kemuliaan Islam dilihat jatuh menjunam dan kepentingan ummat dibenam terus tenggelam.

(8) Tidak salah kita pelajari kematangan politik bangsa Cina yang seolah-olah menggunakan strategi takraw, membahagi2kan tugas kepada tekong, feeder dan killer yang bakal melakukan lipat maut, asalkan tujuan dan matlamat serta kepentingan bangsa, bahasa dan budaya mereka tercapai, berbanding sikap sebahagian pemain2 politik kita yang sanggup "lipat maut", rela "kill" bola ke gelanggang sendiri, malah ada yang lebih rela "lipat net" terus, biar sama-sama tak merasa.

(9) Demi kuasa yang menjadi wasilah kepada cita-cita bangsa, mereka malah sanggup "memaafkan" dan "melupakan" kesalahan2 musuh ketat mereka dahulu berbanding sebahagian pemain2 dan penyokong2 politik Islam yang sanggup secara langsung atau tidak langsung menjayakan agenda2 yang merugikan agama dan ummat demi memanjangkan dan mengekalkan sebuah persengketaan.

نسأل الله العفو والعافية والإخلاص والاستقامة والتوفيق والهداية
(10) Sabtu 4hb Ogos 2018 :
KULIAH DHUHA BULANAN SABTU KE 2
(Diawalkan ke Sabtu 1)
@ Surau Jumaat An-Naim Wangsa Maju
9:30 hingga 11:30 pagi
(11) Sabtu 4hb Ogos 2018 :
KULIAH MAGHRIB BULANAN SABTU KE 1
@ Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam
KEFAHAMAN2 YANG WAJIB DIPERBETULKAN
(12) Sabtu 4hb Ogos 2018 :
KULIAH ISYAK BULANAN SABTU KE 1
@ Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13, Shah Alam
KEKELIRUAN UMAT INILAH JAWAPANNYA
(13) Ahad 5hb Ogos 2018 :
KULIAH SUBUH BULANAN AHAD KE 1
@ Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13, Shah Alam
MINHAAJUL 'AABIDIIN
___________
Jika Perpaduan UMMAH mahu direalisasikan, Melayu MUNAFIK mesti di lawan habis-habisan
_____________________
*POSTING DR AZNAN HASAN AHAD 29HB JULAI 2018*

Saya rasa buat masa sekarang, UMNO dan PAS, sebagai dua buah parti terbesar Melayu dan Islam, sepatutnya berfikir secara serius untuk mengadakan kerjasama antara keduanya. Saya mencadangkan agar berlakunya kerjasama dan bukannya gabungan kerana dengan kerjasama, gerak kerja dapat diselaraskan tanpa meleburkan mana-mana parti. Cadangan kerjasama ini mestilah turut memperincikan perkara-perkara ini:

1-Asas kerjasama ini mestilah Islam. Kedua-dua parti mestilah bersetuju dan memeterai perjanjian bahawa kerjasama ini adalah berpaksikan Islam. Mana-mana pemimpin secular yang tidak mahu menerima paksi ini, seperti Nazri Aziz dll boleh berundur diri dan jika masih mahu berpolitik, boleh menyertai parti-parti lain.

2-Kerjasama ini bukan hanya atara UMNO dan PAS. Ia mestilah juga disertai oleh NGOs Islam yang lain. Jangan dilupa. Masih ramai lagi pejuang2 Islam di Malaysia yang tidak terikat dengan mana-mana parti, tetapi memperjuangkan Islam dengan sedaya upaya mereka. Selepas kerjasama ini, mereka mesti tetap kekal di dalam NGO mereka, dan tidak bertukar menjadi ahli politik. Mereka akan menjadi check & balance dan pemantau kepada kerjasama ini.

3-Suatu sekretariat dibentuk demi menyelaraskan kerjasama ini. Sekretariat ini juga akan dinaggotai oleh NGOs Islam. Mereka juga akan dilibatkan di dalam membuat keputusan-keputusan.

4-Sebarang item kerjasama ini mestilah disebutkan dengan jelas (broad framework) dan dipersetujui bersama. Butiran kerjasama ini dinyatakan kepada umum (public) secara terbuka, sehingga sebarang ketergelinciran daripada melaksanakan butiran perjanjian ini akan dapat disemak oleh rakyat secara umumnya.

5-Kerjasama ini mestilah melakulkan deklarasi bahawa kerjasama ini akan menolak sebarang amalan rasuah sekeras-kerasnya dan bersedia untuk disiasat atas sebarang tuduhan rasuah. Pihak SPRM adalah bebas untuk menyiasat mana-mana pimpinan yang dituduh terlibat dengan rasuah. Kerjasama ini mestilah menyatakan dengan jelas bahawa mereka akan memberikan kerjasama kepada SPRM utk menyiasat mana-mana pimpinan dan kerjasama ini tidak akan melindungi mana-mana pimpinan ini.

Mungkin ada yang akan menyatakan bahawa bagaimana PAS dapat berkerjasama dengan parti UMNO yang banyak rasuahnya. Jawapannya ialah, sekarang UMNO bukan lagi menjadi pemerintah. Mereka dengan bebas dapat disiasat. Siasatlah, dan ambillah tindakan kepada sesiapa yang didapati bersalah. Takkan kita hanya mahu menuduh sahaja tanpa membawa sebarang bukti. Jangan lupa Tun Mahathir juga dituduh dengan pelbagai kes rasuah dan salahguna kuasa oleh pihak pembangkang dahulu sehinggga digelarkan “bapa rasuah”. Namun tiada sebarang tuduhan dikenakan ke atas beliau (betulkan saya jika saya tersilap). Standard yang sama juga harus dipakai kepad orang lain. Siasatlah dan dakwalah jika mereka didapati bersalah. Selagi mana tiada bukti, maka qaedah (maxim) asal “tidak bersalah melainkan dibuktikan” mestilah terpakai kepada semua orang.

Kerjasama ini pada hakikatnya akan membuka suatu lembaran baru di dalam lanskap perjuangan Islam dan melayu di Malaysia. Tenaga dapat diselaraskan dan lebih terurus. Selama ini banyak bullet yang ditujukan antara PAS dan UMNO. Dengan kerjasama ini, bullet-bullet tersebut boleh dilaraskan kepada mereka yang selalu mengganggugugat paksi kenegaraan kita, terutamanya yang berkaitan dengan Islam, melayu dan raja.

Saya rasa tidak perlulah saya menyatakan bahawa menjadi nasionalis bukanlah suatu perkara yang bertentangan dengan syarak. Nasionalis yang berpandukan kepada Islam dan mahu melihat watan kita ini ditadbir secara Islam adalah sesuatu yang mulai dan amat dituntut oleh syarak. Majmu’ Rasail Hasan al-Banna telah memberikan penjelasan yang amat jelas dalam hal ini.

Saya tahu akan berlaku pelbagai usaha untuk memastikan bahawa kerjasama sebgini tidak berlaku. Sudah tentulah kerjasama antara umat Islam di Malaysia menjadi suatu nightmare kepada mereka yang mengambil kesempatan di atas perpecahan umat Islam ini. Oleh kerana itu, mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menggagalkan kerjasama ini, bermula dengan berfikiran negative dan sinis, sehinggalah mereka akan melakukan pelbagai tindakan demi menggagalkan usaha kerjasama ini. Kerjasama ini perlu cekal di dalam menghadapi segala macam ancaman dan tribulasi sebegini.

Kerjasama ini, kemudiaannya boleh terus berkerjasama dengan mana-mana parti dan NGO yang bukan Islam, selagi mana mereka juga brsetuju dengan broad framework yang telah dimeterai. Sebagai umat teras dan majoriti, kestabilan umat Islam melayu di Malaysia adalah suatu pertanda baik kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia akan membawakan kestabilan kepada negara yang kita cintai ini. Mereka yang bukan Islam tidak seharusnya takut kepada kesatuan umat Islam di Malaysia.

Saya amat berharap pimpinan umat Islam melayu di Malaysia akan dapat berusaha untuk merealisasikan kerjasama sebegini. Ini hanya cetusan idea saya. Sesiapa yang mempunyai formula yang lebih baik seharusnya memberikan idea masing-masing untuk dipertimbangkan oleh pimpinan-pimpinan umat Islam di Malaysia. Ini adalah antara saham utama kita untuk kesatuan umat dewasa ini.

Tuan-tuan boleh mencambahkan lagi idea di atas.

Wallahu A'lam
________________________________
SELESAI POSTING DR Aznan Hasan

sumber:

26 comments:

  1. PrOoTt💨💨💦..arghhh leganya..💩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ted makin terkincit setiap kali membaca adanya cerdik pandai melayu mula menyertai kebangkitan melayu.
      Sepertimana menjerit jerit dan terkincitnya syaitan bila para ulamak mula bersatu hati mahu menegakkan agama Allah.
      Bangkitlah saudara seagamaku, jangan ikut langkah langkah syaitan yg mahu kita tidur, rasa malas, berpeluk tubuh dan sibuk hal peribadi.

      Perjuangan ni adalah hal peribadi kerana satu hari nanti anak cucu kita sendiri yg akan hidup terhina di bumi sendiri.

      Maka apakah ini bukan kerana soal keluarga kita? Hal peribadi ini paling penting sekarang. Ayuh bangkit!

      Delete
  2. aku tak pernah komen pada kau ted, jangan menghina orang2 Islam yg mahu bersatu untuk menjaga akidah yang tercemar berluasa sekarang dengan kentut kau tuu, soal najib dan rakan2 penyamunnya biar makamah menjalan tugasnya seadilnya, serta dipercepatkan proses pembicaraan tersebut.
    ingatlah masih ada wali2 Allah SWT dibumi Malaysia, jangan sampai bila kami memohon & doa2 itu bersahutan antara satu dgn lain, mungkin anda tidak boleh terkentut lagi sepanjang hayat anda, kalau berani sila cabar kami melakukan doa tersebut.
    #cicitmaulanaishak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nii semua taikk bro..benda nii xde apa pun..cuma mainan politik puak2 melayu yg klh pru lalu..

      Delete
    2. Taklah Ted, komen kamu yg sentiasa menyibuk ni tak akan memadamkan kesedaran kami. Malah kami makin yakin setiap kebenaran akan muncul syaitan mahu mengggalkannya. Maka kamu Ted, makin menyedarkan kami akan perjuangan ini adalah benar.

      Delete
  3. Strategic thinking yang sangat membina, tak perlu bergabung sekadar berkolaberasi untuk mengekalkan identiti parti masing2. APA salahnya untuk mencuba formula ini dlm PRU15, try and error? Thinking2 macam ini sangat digeruni musuh2 Islam kafir zimmi/harbi? terutama DAP. APA SALAH MENCUBA BERSAMA2 PARTI2 SARAWAK DAN SABAH PASTI ANDA AKAN BERJAYA....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Masa utk bangkit dan berusaha.

      Delete
  4. kekalahan sg kandis tak memberi apaapa kesan pada kjaann Sgor tapi perpaduan ummah sudah memberi kesan tentangan pada kerajaan mahafitnah jijik..

    perpaduan ummah di mulakan di Sg Kandisakan menerobos ke seri setia... Khalid Ibrahim ex MB Sgor calon terbaik perpeduan ummah


    KALID IBRAHIM X MB SGOR CALON SERI SETIA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat yakin pembangkang akan mencapai keputusan yang lebih baik di Seri Setia..

      Delete
  5. Sejak dapat merasai pertama kali memegang kuasa selepas berusaha sekian lama jadi mabuk taik betul sesetengah macai ni hahaha....

    ReplyDelete
  6. Apasal semua orang menggila cakap MARI BERSATU....MARI BERSATU!!!!!!
    Kita sedang berperangkah macma di Afghanistan dan negeri-negeri Arab.......???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perang acah2 jerr..bersatu kita teguh,berceraii kita kawin lagii..xgitu cikminah..

      Delete
  7. Rakyat yakini kedua2 parti mempunyai strategic thinker yang hebat2. APA salahnya anda semua bersama2 NGO2 ISLAM mulakan sessi2 engagements dalam merangka strategi, mulakan sessi2 roadshows KESELURUHAN NEGARA untuk menerangkan matlamat dan halatuju kepada akar umbi, perubahan ini kalau berjaya akan mengubah lanskap politik tanah air secara total. Ianya amat mengerunkan pihak lawan terutama DAP, MCA, Gerakan dan MIC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persoalanya mengapa lps hilang kuasa baru nk buat? Bila kuasa ditangan tk pula fikir perkara2 begini.

      Delete
    2. Persekutuan parti2 ini hendaklah juga mengadakan sessi2 engagements dengan ulamak2 terutamanya dari Arab Saudi dan menerangkan KEWAJIPAN untuk memilih pemimpin2 disemua lapisan tertinggi kerajaan dari kalangan orang ISLAM. Orang2 Melayu ini lazimnya lebih mudah untuk menerima penerangan ulamak2 dari luar. Pengetahuan tentang WAJIBNYA memilih pemimpin dari kalangan orang Islam nampaknya sudah hilang dari pengetahuan anak2 muda terutama dari kalangan TOMATOES?

      Delete
  8. Pas takut ahlinya lari ke Amanah. Amanah dapat pegang banyak jawatan menteri dan timbalan, ahli pbt pun ramai. Sedangkan pas hanya tertumpu pada kelantan dan terengganu. Lebih2 lagi bila taktik bodoh bagi ruang pada umno bertanding, contohnya di selangor..di sg kandis, apa akan jadi pada pas kota raja satu masa akan dtg..sudah semestinya ahli pas akan cabut lari sebab tiada peluang bertanding. Begitu juga di tpt lain. Lama kelamaan pas di pantai barat berkurang hampir separuh akibat berkongsi tanding dengan umno. Kerjasama bodoh namanya.

    ReplyDelete
  9. ustz engku ni jarang dikenali tak seperti ostat popular yg boleh berceramah sambil bernyanyi nyanyi senda gurau seloka gurindam teka teki sindir menyindir soal jawab bab hukum melancap paling popular ostat ostat ni lansung tak bonyi bonyi lagi dah..

    begitu juga pakar motivasi pagi pagi buta dengan menerobos minda dengan soalan potong bulu bulu hukum hakam pasal nikah kahwin adab dll.. soalan yg mencabar seperti pluralisma liberalisma lgbt gay lansung tak berani diulas dihukum.maupun disoal..

    syabas ini ustz ungku ade pendekatan berani tegas dan berprinsip..

    ostat ostat polular ni sayangkan perut anak bini dari agama dan akidah yg sedang dilachri dengan idealisma sesat..

    jumpa di seri setia perpaduan ummah tanpa idelogi parti sedang menerobos ke hadapan dengan berani...


    jumpa di seri sertia dengan calon ex MB Sgor Kalid Ibrahim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak suka betul dgn azhar derus,bkn ulama yg boleh jadi ikutan,kazim lagi lorat,cari cara baru utk dakwah,biar org tk bosan

      Delete
    2. Eloklah juga ustaz2 ini saya yakin Ustaz Azhar yg DIMAKSUDKAN, menerangkan hukum melancap, kalau tidak mungkin ada golongan TOMATOES yang menjadikan aktiviti tersebut sebagai rutin. Mungkin ramai yg terkejut kalau dikatakan ada orang2 Islam masih tidak tahu mandi wajib walaupun sudah beranakpinak?

      Delete
    3. Ramai juga orang Islam baik muda tomatoes atau tua tidak mengetahui memakan RIBA itu haram! KALAU ADA KAD KREDIT ELOK LUPUSKAN, KALAU PINJAMAN RUMAH CONVENSIONAL TUKAR KEPADA ISLAMIC BANKING, KALAU INSURAN CONVENTIONAL TUKAR KEPADA TAKAFUL. DALAM AL QURAN RIBA DISEBUT JUGA DENGAN RIBA DALAM BAHASA MELAYU, BANYAK SEKALI DICERITAKAN TENTANG RIBA. TEMPAT PENGAMALNYA ADALAH DALAM JAHANAN, AYUH TUKAR SEGERA!!!!

      Delete
    4. Mempunyai hutang terutamanya yang melibatkan RIBA AH LONG antara faktor menyumbangkan peningkatan pesakit mental disorders dan kemurungan di Malaysia, Statistik menunjukkan sejumlah 29% daripada rakyat mengidap sindrom ini, dan jumlah ini dijangka meningkat berganda2, mereka berada dimana2 sahaja dlm masyarakat, mungkin jiran anda, rakan2 atau pemandu2 mabuk diatas jalanraya...hati2, JAUHKAN RIBA HIDUP BERKAT!!!!

      Delete
  10. Najib 2x datang sg kandis. Suweyyy..itu sebab bn kalah.

    ReplyDelete
  11. Says cadangkan kalau UMNO Dan PAS berkerjasama. Perdana Menteri boleh buat giliran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju 1000%. Kalau kat UK dan Europe, mereka tak kisah sangat pasal kedudukan ini semua, terbaru menteri UK entah siapa namanya BORIS ke apa yg rambut serabai tu, just resigned...

      Delete
  12. 2tahun Hj Hadi kemudian 2 tahun Zahir hamidi atau outlaw sapa dulu

    ReplyDelete
  13. Pak le ai taksub kepartian..bukan islam diutama kan..berubah lah..dari islam jumud

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews