pages

Friday, August 10, 2018

[JIKA BETUL TELUS] TUBUH Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) siasat "ROMPAKAN" RM18b



Saya bersetuju dengan tindakan YB Khairy Jamaluddin membuat laporan polis tentang dakwaan Barisan Nasional merompak dana amanah pembayaran balik GST.
Isunya adalah apakah siasatan polis di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamed akan bersifat neutral dan objektif?
Isunya adalah apakah siasatan polis di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamed akan bebas dari campurtangan eksekutif dan politik?
Sekiranya siasatan polis mendapati Menteri Kewangan JOSEPH Lim Guan Eng telah memfitnah atau berbohong, apakah Peguam Negara akan mengarahkan pendakwaan dibuat ke atas beliau?
Sekiranya siasatan polis mendapati Menteri Kewangan JOSEPH Lim Guan Eng telah memfitnah atau berbohong, apakah Speaker Dewan Rakyat akan menghadapkan beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen?
Saya juga bersetuju dengan saranan Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dasuki bahawa Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenainya perlu ditubuhkan.
Jumlah sebanyak RM18 billion bukanlah suatu jumlah yang kecil dan ia jauh lebih besar dari tuduhan duit 1MDB dicuri sebanyak RM2.6 billion.
Sehingga kini pun janji-janji Pakatan Harapan pada PRU 14 lalu untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja mengenai 1MDB (RCI 1MDB) dalamasa 100 hari masih tidak menampakkan komitmen dari kerajaan.
Apakah anda yakin kerajaan Pakatan Harapan BERANI untuk menubuhkan RCI bagi kedua-dua perkara di atas?
Salahkah sekiranya rakyat beranggapan bahawa kerajaan Pakatan Harapan sedang merancang untuk merompak dana amanah GST tersebut dengan membuat serangan pre-emptive bahawa Barisan Nasional telah merompaknya terlebih dahulu?
Tambahan pula, Tan Seri Irwan Siregar Abdullah telah pun meletakkan jawatan dan Menteri Kewanangan atau kerajaan berpotenai merekayasa pelbagai dokumen baru dan transaksi rompakan.
Jika penyitaan kapal EQuanimity yang telah disahkan mahkamah Indonesia sebagai tidak sah pun boleh dibawa pulang ke tanahair, inikan pula untuk merekayasa pelbagai dokumen rompakan dalam kementerian sendiri.
Tentulah lebih mudah bagi Pakatan Harapan merompak RM18 billion dengan mengkambinghitamkan Barisan Nasional
OLEH:

4 comments:

  1. Silalah tubuh rci..takut bn malu nanti mcm kes forex..kikiki..prOoTt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LGE ada bran? Takda teluq cina ni.

      Delete
    2. orang yang sudah biasa merompak.. otaknya sentiasa fikir orang lain pun sama seperti dia juga.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews