pages

Friday, August 10, 2018

Jangan takut singkir Najib - Rahim Tamby Chik


KUALA LUMPUR 9 Ogos - Ahli dan kepemimpinan UMNO akan menerima padah sekiranya masih malu untuk membuka mulut dan masih takut serta gentar bersuara terhadap salah laku mana-mana pemimpin demi kebaikan, kebenaran serta perubahan masa depan Melayu.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik berkata, keberanian pemimpin UMNO menyatakan pendirian dan menegakkan kebenaran dapat menebus rasa benci rakyat kepada parti akibat kleptokrasi dan rasuah.

"Malah ada juga yang berpendapat jika UMNO benar-benar berazam untuk berubah dan memperbetulkan imejnya yang rosak musnah di kaca mata ahli-ahli dan rakyat jelata, kepemimpinan mesti berani membuat keputusan untuk menyingkirkan keahlian bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tanda komitmen perjuangan parti.

"Rakyat akan menghargai bahawa dalam perjuangan untuk negara, kebijaksanaan dan tanggungjawab agung UMNO adalah memilih kepentingan rakyat sebagai keutamaan nasional yang jauh lebih besar dari hanya terkial-kial mempertahankan kepentingan mana-mana individu tertentu," katanya dalam perkongsian di akaun Facebook miliknya, hari ini. - UTUSAN ONLINE



13 comments:

  1. Betul! Tepat! Kata ² T S Rahim.Tapi perangai mendewakan kan Najib masih tebal dalam sanubari pemimpin ² umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. No money, no sokongan,itulah umno

      Delete
    2. Silap. Sbb ko bkn org melayu. Ko mana faham semangat setiakawan kalangan UMNO mrk masih saling membantu merentasi semngt kepartian. Takbsalah malah wajar dipuji. Bukan najib yg bertanding. Abaikan kata2 Rahim thamby yg dah luput dan sedang mencari kapal.

      Delete
    3. Mendewa kn atok pn masih ramai dlm umno..dari amgin bertiup..ada 5-6 ekor bermastautin dlm umno..menunggu peluang menguntungkan terhidang..dlm keadaan atok tak stabil dari degi kedudukan dan kesihatan..mangkuk2 tu ambil jln selamat...

      Delete
  2. Kalau macamtu mana adab melayunya. Najib belum lagi dibukti kesalahannya oleh mahkamah. Kita anggap di orang kena tuduh shj.

    Anwar dituduh Madey juga dan akhirnya madey juga yg beria ia jumpa agung minta Anwar diampunkan. Kenapa? Madey tak boleh dipercayai.
    Ingat! Madey lah org yg memperkenalkan undang2 rimba menurut penyokong Anwar. Madey jugalah org yg menjatuhkan ramai pesaing kuasanya dengan cara yg licik. Jgn lupa tu.

    Semangat setiakawan mesti ada sehinggalah Najib didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah,.maka barulah sebaiknya kita akan berpisah sebagai rakan politik tetapi tidak berpisah sebagai rakan seperjuangan. Apatah lagi sebagai sedara seislam tetap kekal. Itu baru betul.
    Jadi Rahim thamby tak layak utk berckp atau menasihati UMNO. Lbh baik nasihati Madey yg mengkhianati melayu. Pengganas kafir LTTE yg terang terang ada bukti pun dia tak daya nak dakwa. Tapi org melayu? Madey bersungguh2 nak dakwa, aibkan sampai keturunanya sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi matilah kau

      Delete
    2. Nama pun mat jering berbau busuk. Konfom ko bukan melayu. Mgkin seketurunan mamak madey Tak faham adab perjuangan org melayu. Aibkan melayu. Senyap bila india kata melayu pendatang menghina melayu.

      Delete
    3. Mat jering..sila meninggal..

      Delete
  3. Banyak kebenara apa yg Rahim Tambichik kata kan, tapi kenapa baru sekarang nak ampuh TunM atau nak buli Najib serupa macam KJ laku kan pukul Najib selepas Najib di ikat kaki dan tangan,,
    Jgn lupa Rahim guna Ferrari 355 Mercedes SL300 semasa menjadi CM , lain lain tak perlu cerita
    Sebenarnya yg terbaik Najib harus berkempen seluruh Malaysia memberitahu rakyat bahawa beliau sebagai manusia biasa telah melaku kan kesilapan terbesar sehingga UMNO BN rebah kebumi
    Dan biar kan kerajaan baru mengunakan perundangan untuk menghukum beliau
    Najib minta maaf pd rakyat Malaysia khususnya yg Melayu tertama yg tua tua yg pernah berjuang bagi mendapat kemerdekaan negara serta yg memperkuat kan umno
    Najib akui kesalahan minta rakyat hukum beliau dan biar kan perundangan negara juga menghukum beliau
    Akhir sekali minta rakyat hukum beliau dan jangan hukum UMNO parti keramat yg tidak boleh di nafi kan jasa budi kod bumi yg bernama Malaysia
    Najib harus mengaku yg beliau serta kawan2 telah melaku kan kerosakan kpd umno
    Dan berjanji akan sedia menerima hukuman dan akan memberi tekanan pd kwn kwn dan penyamun yg ada di dalam umno agar melepas kan jawatan,m

    Mintak rakyat hukum beliau dan jgn hukum umno
    Boleh kah Najib berjiwa besar?

    Kalau ini berlaku secara baik insyaallah kekuatan UMNO BN akan menyinar semula,
    Abaik kan parti pemerintah sekaran PH
    Biarkan mereka dgn cara mereka mentabir jgn di campuri urusan mereka
    Semua suka atau tidak sedar dan tahu PH tidak sekuat mana kerana asas dan akar umbi nya tidak berdiri di atas satu bumi yg nyata,,
    Percayalah mereka mempunyai mimpi yg berbeza dendam sesama sendiri dab biar kan mereka mabuk dan akhir berkelahi sesama sendiri
    Parti PH parti yg banyak kepala satu kapal tidak boleh ada banyak kapten kecuali kapal Jho Lo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, org UMNO yg meneruskan perjuangan ini tahu Najib tegap.bertgjwb kpd apa yg berlaku pd UMNO.

      Termasuklah org tua tu juga bertgjwb merosakkan UMNO. 22 tahun dia bertgjwb MEMECAHKAN UMNO menjadi pelbagai parti S46, PKR, Pribumi bersatu.

      Tapi semua yg Najib buat hari ni, apa yg pemimpin baru UMNO buat hari ni adalah atas dasar setiakawan dalam parti.
      Bukan nak naikkan Najib semula.

      Era najib dah berlalu, yg belum berlalu adalah DENDAM si org tua. Selagi belum puas mengaibkan musuhnya dia akan terus memberi arahan.

      CERITA ni dah boleh habis dah, dan Najib dah bokeh didakwa spt org kena tuduh lain tapi si org tua tu tak nak cerita ni jadi biasa2 tanpa disensasikan. Korang fahamlah dendam si org tua.

      Delete
  4. Dodak tk dapek..mmacai tomato komen pendek jew..bertungkus lumus pertahan montori2 lombu..apo den dapek..macam tonok den di buat nyo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekau merapoooo apo ni? Tomato tak trending kangkong, pork u,kikiki

      Delete
  5. umno masih kuat bertahan cuma parti komponen mca dan mic yang tidak boleh diharap langsung membantu bn dalam pilihanraya. pengundi bukan melayu menolak mca dan mic.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com