pages

Wednesday, August 1, 2018

Jangan main-main sama Melayu


Apabila Kadok dapat kuasa, tuan tanah pula jadi pendatang. 

Petualan bawa ideologi Karl Marx bobrok tanpa agama nak dirai menjadi pejuang. 


Bila juak-juak memegang takhta, Ahmad Maslan kini terlihat bijak. 


Eloknya Tunku tak perlu tukar nama jadi Malaysia. 


Biar kekal sampai hari ini tanpa toleransi dan berbagi, tanah kita pijak kekal  namanya Tanah Melayu. 


Orang Melayu kini berpecah banyak tetapi ingat baik-baik, jika Agama, Bangsa dan Raja disentuh dan diusik, orang Melayu mampu bersatu semula sekelip mata. 


Jangan main-main sama Melayu.

.
SAIFUL NANG

Bila mengulas tentang politik orang suruh diam-diam sahaja dan jangan komen, kau bukan ahlinya. Kalaulah politik itu kebangsatannya hanya berlegar di kalangan mereka serta keluarga mereka dan tidak melibatkan kehidupan rakyat, tidak menyebab kenaikan cukai, tidak menjadikan RM jatuh, tidak sampai hantar anak belajar di Australia pun tersenak perut AUD besar dan RM makin ciput, tidak menyebabkan inflasi, tidak buat AJK surau bergaduh nak naikkan imam parti UMNO, PAS, PPBM atau imam DAP dan tidak mengganggu sistem kehidupan manusia yang aku sendiri termasuk dalam kalangan manusia itu...boleh lah aku senyap. 

Kamu sendiri ada hak bersuara, kenapa kamu kekang orang lain untuk bersuara. Dulu yang sokong kerajaan lama, dipanggil pemakan dedak ataupun Machai. Yang sokong pembangkang dulu dikatakan pejuang. Hari ini, parti yang diperjuangkan pejuang dah jadi kerajaan. Adakah pejuang kini pemakan dedak ataupun Machai? Sampaikan bila disentuh sikitpun polisi yang baru, terus bersilat macamlah kerajaan baru ini maksum semua perkara. Lagi menarik, kerajaan yang dikritik boleh menerima kritikan tetapi "pejuang" yang kini "Machai" pula yang naik darah. 

Kita sokong biarlah berilmu. Bukan menurut sahaja apa yang pemimpin kita buat tanpa timbang tara. Dalam solat berimam, makmumpun boleh tegur imam yang salah, tak kanlah aku tegur imam tiba-tiba kau jadi makmum sebelah pulak naik angin?

Sebab tu malas nak menulis. Kalau dulu menulis, boleh elak-elak lagi tak kena orang. Tapi sekarang, kalau menulis...elak macammanapun mesti ada yang terkena juga. 


SAIFUL NANG

5 comments:

  1. Macai PH kata jgn banding 60 th dgn 80 hari... Kalau semua nk tunggu 60 tahun itu dah babi 20 keturunan

    Nak mansuh ptptn tunggu 60 tahun... Nak bg pendidika percuma tunggu 60 tahun
    Nak turunkan harga barang tunggu 60 tahun
    Nak buat rumah kos rendah tunggu 60 tahun
    Naknaikkan gaji penjawat awam tunggu 60 tahun
    Nak turunkan kos hidup tunggu 60 tahun
    Nak JATUHKAN Islam, hak melayu dan raja TAK TUNGGU 60 tahun, TERUS BUAT
    Nak JATUHKAN bahasa melayu TAK TUNGGU 60 tahun, TERUS BUAT
    Nak Hancurkan MARA, TAK TUNGGU 60 tahun, TERUS BUAT
    Nak angkat PENDATANG jadi PRIBUMI TAK TUNGGU 60 tahun TERUS BUAT
    Nak Iktiraf Pendidikan JAHAT LAWAN Dasar Pendidikan Negara TAK TUNGGU 60 tahun TERUA BUAT
    Nak iktiraf LGBT, KOMUNIS, SYIAH, AJARAN SESAT Tak tunggu 60 tahun TERUS BUAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasad dan hasut. Itu tipikal melayu. Tengok apa saiful nang tulis dengan kau tulis. Saiful nang cakap.."dan tidak mengganggu sistem kehidupan manusia yang aku sendiri termasuk dalam kalangan manusia itu...boleh lah aku senyap". Pentingkan diri sendiri. Kau pula tulis..semua kau tambah 60 tahun. Melebih-lebih. Tambah cerita. Setakat letak gambar pakai stanjak dan selit keris, sapa-sapa pun boleh. Jangan nak kaitkan dengan semua melayu lain. Ingat..mandat politik 5 tahun. Beri peluang mereka memerintah dan ubah sistem celaka yang menipu bangsa sendiri. Memang boleh sesiapa pun bersuara, tapi memalukan bila kaitkan dengan tidakan kamu dengan semua orang melayu.

      Delete
  2. This post is really a nice one it assists new the web visitors, who are wishing in favor of
    blogging.

    ReplyDelete
  3. Jgn main2 sama melayu...fuhhh sembang lebat bila hulur rm hilang terus maruah..

    ReplyDelete


  4. Mahathir, apabila ditanya berkaitan dengan pelajaran komunisma hendak di ajar di sekolah 2, terus menjawab, mereka juga akan diajar bagaimana kerajaan kapitalisma. Sosialia dan secara sini menambahkan lagi kleptokrasi berfungsi.

    Aku hanya ingin menambah satu lagi jenis kerajaan iaitu 'kazabtokrasi', kazab berasal dari perkataan Arab yang bermakna menipu, berbohong, mungkir janji, itulah kerajaan PH sekarang yang memperoleh kuasa melalui pembohongan kepada rakyat dengan pelbagai janji2 manis yang di mungkiri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews