SILA KLIK

pages

Tuesday, August 7, 2018

Hina Islam: 10 NGO buat laporan polis

Sepuluh badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bentong semalam berhubung status menghina, mencerca hingga menyentuh sensitiviti umat Islam yang dimuat naik di media sosial Facebook, baru-baru ini.

Status tersebut dipercayai milik individu yang dikenali Kenneth V. Wang dikesan telah memuat naik sejurus pandangan Exco Pemuda PAS, Ustaz Roslan Md Esa dengan yang dipetik Sinar Online pada 31 Julai di bawah tajuk Perkasakan Sekolah Tahfiz Berbanding UEC.

Ustaz Roslan mewakili sepuluh NGO tersebut membuat laporan polis berkata, kejadian tersebut berlaku pada 5 Ogos sewaktu beliau melayari Facebook dan mendapati pandangan beliau pada Sinar Online itu telah dikongsi oleh Kenneth dengan tulisan F*CK LAH.

"Dia meletakkan perkataan lucah (F*CK LAH), selepas itu saya lihat post orang yang sama dalam akaun Facebook Group Atheis Malaysia yang jelas menghina Islam.

"Saya juga telah melihat beberapa status lain oleh orang yang sama, antaranya menghina JAKIM tanpa asas dan menghina kitab suci al-Quran dan menghina pemakaian menutup aurat yang wajib ke atas umat Islam.

"Status tersebut telah menjadi perbualan dan perkongsian hangat di media sosial khususnya di facebook," katanya kepada Harakah hari ini.

Justeru itu, beliau bersama sepuluh pertubuhan badan bukan kerajaan tampil membuat laporan polis atas tindakan tidak bertanggungjawab tersebut yang telah menyalahgunakan ruangan media sosial dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu tersebut.

"Status sebegini adalah status tidak bertanggungjawab yang mendedahkan kepada risiko mengganggu gugat perpaduan dan keamanan dalam negara," ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/8/2018

9 comments:

  1. Jgn terpedaya..mungkin fake akaun utk cetuskan rusuhan kaum..umno mmg pakar dlm hal begini..sebab tuu tajudin rahman ckp hal nii secara terbuka masa kempen di sungai kandis..umno masih tk insaf2 lagii..fuck umno..kikiki..🤗🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg fake tu agen Dp-PH macam ted ni. Org melayu dah mula bangkit Ted. Baliklah kau pd tuan besar kau DAP tubTed. Kami tak perduli dgn ayat ayat syaitan ko.

      Delete
  2. Senyum lebar DSN kata macaii😁😀😉..esok boleh senyum lebar dpn wartawan..kikiki..😄😅😆

    ReplyDelete
  3. kah kah kah barua rase panas hati bile tahu DSN senyum lebar.. kah..kah..kah
    yang taktu dgn bayang ialah kepala perompak. Org tak buat salah dia senyum girang.. kena jail ke x itu ujian Allah.

    yang tk pernah sebut Allah tu setan besar jadi pm skg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tengok apa tindakan polis. Kerajaan DAP- PH yg polis ikut atau Agung, raja raja melayu dan perlembagaan yg polis ikut.

      Delete
  4. Lepas ni kalau betul najib didapati bersalah elok sangatlah NGO ni buat report najib dah hina islam.PM islam songlap duit tak menghina islam namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes najib Itu bkn menghina agama islam itu pemimpin langgar ajaran jslam dgn buat maksiat. Kena tau bezakan ye. Atau kamu ni sbenarnya ejen DAP nak cuba kelirukan umat Islam.

      Delete
  5. Seronok ya berada dibwh pemerintahan MAHAPARIA skrg ni.

    ReplyDelete
  6. Buatlah perhimpunan ngo islam beratus pun... Takkan ada yg dikenakan tindakkan... Sama saja dgn pemerintahan bn dulu... Ph pun dah pasang semua org mrk.. Dap dah pegang tampok pemerintahan... Semua dah ada kuasa... Buat usul tukar segala ketua
    ...tempat tempat penting semua geng dap..melayu dlm ph ni cuma meramaikan saja...tidak bersuara...
    Uec nak diterima dlm pendidikan negara... Pemimpin melayu tak bersuara... Kula kata melayu pendatang pemimpin melayu ph diam... Ramasamy jkata dah bersedia hadapi 13 mei pun semua melayu diam...
    Mahfuz omar... Mat sabu. ..yg kuat asas agama pun diam.. Akur semua dgn cara dan langkah dap buat..
    Masa berkempen dulu lain dah menang jadi lain...
    Kak wan pun lgsg tak beri pandangan... Azmin... Nurizzah... Lgsg tak kisah bila hak melayu diperleceh dan diperlekeh... Seolah olah mereka bukan lagi berbangsa melayu.. .Semua nak jadi bangsa malaysia... Saranan dan tekanan dari dap...
    Lupakah kita sejarah zaman bijih timah dulu bila dua puak pelombong cina ghee hin dan hai san ...yg datang dari tongsan... Sesama bangsa pun nereka bergaduh berperang... Apa tah lagi dengan bangsa lain... Pada dap ni seteru mereka yg paling utama melayu dan islam.. .Dari pelbagai sudut mereka serang.. .yg bagusnya pemimpin melayu ph pun ikut sama..
    Kepada rakyat melayu yg mengundi pru 14...kita harapkan adalah pembaikkan bila pemerintah baru rupanya kita semua umpama kata peribahasa buang tangga hayun kaki...

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com