SILA KLIK

pages

Sunday, August 12, 2018

GUAN Eng Pertahan Golongan Miskin? Najib terkejut berselang ketawa


Saya terkejut membaca kenyataan Lim Guan Eng yang cuba memberi bukti kononnya dia juga mempertahankan golongan yang miskin. Terkejut saya berselang ketawa sebenarnya. 

Guan Eng memberi dua bukti bagi menyokong dakwaannya itu. 


Pertama, Guan Eng mendakwa kerajaan PH telah mengambil langkah tambahan bagi membayar RM400 sebagai bayaran Bantuan Sara Hidup kepada golongan B40 bulan ini.


Pembayaran BSH itu sebenarnya BR1M yang kerajaan saya luluskan dalam Bajet 2018. Ia hanya ditukar nama namun hakikatnya ia adalah cetusan inisiatif kerajaan BN. 


Malahan, jika BN menang bayaran ini sepatutnya RM800 dan bukan RM400 sahaja untuk ansuran ini.


Alasan kedua yang Guan Eng bagi ialah harga petrol tetap RM2.20 satu liter walaupun harga minyak dunia sudah naik ke tahap US$70 (RM290) satu tong. 


Katanya, ini bukti bahawa kerajaan PH sangat baik kerana masih menetapkan harga petrol pada tahap RM2.20. 


Pada September 2013, bila harga petrol RON95 dinaikkan 20sen dari RM1.90 kepada harga RM2.10 oleh kerajaan saya, harga minyak dunia ketika itu setinggi US$120 (RM400 masa itu) satu tong. 


Ketika itu, Guan Eng pernah menjerit harga petrol RM2.10 terlalu tinggi dan menuduh kerajaan saya zalim biarpun harga minyak dunia pada masa itu jauh lebih tinggi dari sekarang.


Namun ada yang tidak ingat bahawa harga RON95 juga ada turun sehingga RM1.60-RM1.70 pada tahun 2015 dan 2016. Apabila harga minyak dunia rendah, kita kembalikan kepada rakyat.


Tetapi saya pelik mengapa harga petrol pada tahap RM2.10 pada ketika harga minyak dunia ialah RM400 satu tong dianggap tindakan kejam tetapi harga petrol RM2.20 hari ini pada ketika harga minyak RM290 satu tong tidak zalim pula?


Guan Eng perlu buktikan bahawa dia benar-benar mahu membantu golongan B40 dan bukan hanya mahu menolong golongan kaya, peniaga dan ekonomi gelap untuk mengelakkan cukai atau membantu pengaliran dana haram ke luar negara.


Dia patut turunkan harga petrol seperti mereka janjikan,


 tol dihapuskan,

 turunkan harga elektrik dan gas dan bukan dinaikkan sebagaimana berlaku bulan lepas, 

naikkan gaji penjawat awam dan

 bayaran BR1M seperti kerajaan BN dahulu.

Dia juga patut menjamin harga barang tidak akan naik bila SST diperkenalkan bulan depan 


pada ketika harga barang tidak turun selepas GST telah dimansuhkan, 

menjamin bahawa bantuan dan bayaran bonus kepada peneroka, petani dan nelayan tidak akan dibatalkan 

dan lain-lain janji-janji manifesto mereka.

Saya sedia mengaku saya tersalah sangka jika Guan Eng boleh membuat demikian.


Guan Eng juga berkata bahawa Malaysia masih tidak mengalami masalah kewangan walaupun GST telah dimansuhkan.


Ya. GST baru dimansuhkan dan harga minyak dunia masih tinggi tetapi jawapan saya ialah seperti alasan yang diberikan oleh pemimpin-peminimpin PH apabila ditanya mengapa janji-janji manifesto100 hari belum ditunaikan lagi:


"Takkan hari ini kahwin, esok sudah beranak?"


-Najib Razak 

9 comments:

  1. Apa yg najib ckp dh tak penting..yg penting kapalterbang dan kpl mewah jo loq berjaya dibawa pulang..nmapaknya sungai buluh akn ada penghuni baru..yeHaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, yg penting sekarang kita nak tengok setakat mana si Guan eng celaka tu nak menipu rakyat Malaysia.

      Delete
    2. Mcm ni nampak cerdik sikit ted manoff, komen dgn waras nampak lah cerdik walau ko tk lulus spm nk jd pgw khas menteri

      Delete
    3. Jho liw tu bawak pulang.kapal watpe bukan boleh pertahan diri.

      Delete
  2. Ted kentut dah mampoos ke belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ted tngah cari kekuatan..sbb bn curi duit gst..ted jadi mangsa..ter cirit cirit..

      Delete
  3. Berak pun berkawah2 dijalan raya, ada hati nak cerita baik basuh air kencing....

    ReplyDelete
  4. Yang penting TunM nak jatuh kan Najib dan bukan nak naik kan Anwar
    Sekarang Najib dah Jatuh
    TunM pun rasa puas hati tinggàl tunggu masa bila TunM nak jatuh kan PH
    Tunggu dan lihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan jatuh kn ph..tapi jatuh kan pkr..jom beli popcorn bebanyak..drama baru nk mula

      Delete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com