SILA KLIK

pages

Saturday, August 4, 2018

ETIKA Islam Ziarah Mayat Kafir, Lain Macam Ajaran Menteri Segala Agama


Etika dan cara menghadiri mayat orang kafir dicatatkan dalam beberapa riwayat yang ada kaitan mengenainya, di antaranya:

Maksudnya: “Muhammad bin Al-Hassan bin Harun berkata: “Abu Abdullah ditanya: “Dan adakah dia boleh menghadiri mayatnya?

“Beliau menjawab: “Ya, boleh sebagaimana yang dilakukan oleh Al-Harith bin Abu Rubai‘ah di mana dia menghadiri mayat ibunya dan dia hanya berada di tepi dan tidak berada di dekat mayat kerana mayat itu dilaknat”.

Dalam sebuah riwayat yang lain:
Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Ka‘ab bin Malik daripada bapanya: “Qais bin Syammas datang menemui Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya lagi: “Ibunya kebetulan mati sebagai seorang Kristian dan dia ingin menghadiri mayatnya”, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadanya: “Naiki kenderaanmu dan berjalanlah di hadapan mayatnya, kerana apabila engkau menunggang dan engkau berada di hadapannya maka engkau tidak dikira bersamanya”.
(Hadis riwayat Ad-Daruqutni: 2/75-76)

Berdasarkan riwayat di atas, keharusan menghadiri dan mengucapkan takziah di dalam majlis yang ada padanya mayat orang kafir hanyalah sekadar menunjukkan simpati saja dan tidak terlalu dekat dengan mayat, manakala ketika membawanya ke tempat pengkebumian pula, maka beradalah di hadapan mayat, bukan di arah belakang.

Simpati (takziah) yang ditunjukkan itu hanya sekadar mujamalah saja dan kehadiran itu pula tidak sekali-kali dikaitkan dengan agama dan akidah.

Dengan lain perkataan kehadiran itu bukan kerana mengikut acara keagamaan mereka. Dengan yang demikian bertakziah dengan menghadiri mayat orang kafir daripada kalangan keluarga atau teman rapat dalam batas-batas yang tidak termasuk dalam acara keagamaan mereka adalah diharuskan.

(Biar gambar berbicara Menteri Agama utk semua agama)

-Buletin Istiqomah

14 comments:

  1. bagi mintri semua agama ini adab dan akidah tak pentung yg penting dihormati oleh penganut lain.. baru nnpk cun

    ReplyDelete
  2. Sian kat ayah dia dalam kubur

    ReplyDelete
  3. Buat menteri semua agama ni... Kita tunggu bila dia matilah... Upacara mandi jenazah akan dihadiri oleh wakil semua agama... Solat jenazah pun sama.. .usung keranda ke perkuburan pun sama... Penjuru kanan keranda pengusung islam.. Penjuru kiri kristian... Penjuru kanan belakang budha... Penjuru kiri belakang hindu... Begitulah keadaannya sampai ke tanam dan talkin.... Begitulah baru lengkap dgn wawasan semua agama....

    ReplyDelete
  4. Suasana sebegini istilah Malaysia Bahru...Sungguh sedih kerana fahaman menjadi celaru.Semuga Allah SWT memberi petunjuk hidayah kpd kita semua...ameen.

    ReplyDelete
  5. Undi kaum kaffir lagi penting daa..betul tak mujahid?

    ReplyDelete
  6. Tuan dah baca semua kitabkah? Senang2 nak menghukum dan memperleceh tahap keagamaan orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon tuan ali bagi pencerahan kitab atau fatwa yang menbolehkan kita orang islam mengusung mayat orang kafir or kubur seperti yg dilakukan oleh Dr mujahid..

      Delete
  7. Hukum muamalat sesama manusia asalnya harus, termasuk dgn orang kafir atau mayat yg mati dlm eakafiran.

    Bukan orang yg mengatakan harus kena bagi dalil harus, sebaliknya orang yang mengatakannya haram keba bawa dalil yg mengharamkan perbuatan pegang keranda jenazah kafir. Demikian disiplin ilmu. Kalau tuan zukey boleh baca kitab arab, saya akan bagi kitab itu. Kalau tak boleh, reserve dulu sebelum membuat hukum menyesatkan orang Islam

    ReplyDelete
  8. xde ke hadith sahih yg boleh dibawak sebagai dalil? sebagaimana hadith ketika Ali r.a menyampaikan berita kematian Abu Tholib kpd Rasulullah S.A.W. Rasulullah suruh Ali pergi kebumikan Abu Tholib, walaupun baginda sendiri x pergi.

    ReplyDelete
  9. MERAI MAYAT ORANG KAFIR

    FASAL 1 - MUKADIMAH
    1. Artikel ini sebagai respon kepada tindakan Menteri Agama, YB. Dato Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang menyertai upacara pengebumian mayat orang kafir seperti yang telah disiarkan dalam sebuah artikel oleh celahgelegar.blogspot.com, pada hari Sabtu, 4 Ogos 2018. Sila rujuk : http://celahgelegar.blogspot.com/…/etika-islam-ziarah-mayat…

    2. Tajuk ini perlu diberi penjelasan terperinci kerana tindakan tersebut telah menimbulkan kekeliruan teruk terhadap kefahaman Islam, lebih-lebih lagi apabila dilakukan oleh seorang menteri beragama Islam. Cuma, tulisan ini lambat disiarkan agar ia tidak disalah erti sebagai satu serangan atau mencari publisiti. Ia adalah satu semakan ilmiah untuk kita semua.

    3. Setelah membuat semakan dan rujukan kepada pandangan para ulama Islam yang muktabar, perbincangan ini dibuat bersandarkan kepada kes-kes berikut ;-
    i- Kematian Abu Talib, bapa saudara Nabi SAW.
    ii- Kematian kepala munafiqin Abdullah bin Ubai bin Salul.
    iii- Kematian Ummu al-Haarith bin Abi Rabee`ah
    iv- Perbuatan berdiri Nabi SAW kepada mayat seorang perempuan Yahudi.

    4. Rumusan daripada semakan tersebut ialah :-
    i- Boleh menziarahi orang kafir yang sakit dengan niat untuk mengajaknya kepada Islam (dengan tujuan dakwah).
    ii- Haram menyertai upacara pengembumian seperti dalam keadaan yang telah disiarkan itu kerana ia berupa satu penghormatan kepada si kafir.
    iii- Boleh menghadiri mayat orang kafir dari keluarga terdekat atau sahabat karib dalam keadaan tidak menunjukkan pengagungan atau penghormatan kepada mayat serta tidak terlibat dengan syiar-syiar keagamaan mereka selagi ada tujuan dakwah kepada Islam.
    iv- Boleh mengucapkan takziah dengan lafaz-lafaz tertentu kepada keluarga si mati sebagai tanda hormat dan dakwah.
    v- Haram mendo'akan apa-apa kebaikan kepada mayat orang kafir kerana mereka adalah ahli neraka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf... rumusan ni enta sendiri yg buat ke...? Lg bagus jika dinyatakan rujukan yg disemak, setakat tulis je sapa2 pun blh tulis....

      Delete
  10. http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1247-irsyad-al-fatwa-ke-117-hukum-mengiringi-jenazah-bukan-islam

    Harap2 sgt la yg keji dan kutuk Dr Mujahid tu baca fatwa Mufti WP dlm soal ni.... pandai2 la gi mintak ampun dgn Dr Mujahid tu ye sblm dipanggil mengadap llahi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah baca

      Pendapat yang tidak membenarkan umat Islam untuk turut serta mengiringi jenazah bukan Islam menggunakan dalil-dalil seperti berikut:

      Berdasarkan kisah kematian Abu Talib, bapa saudara Nabi ﷺ yang meninggal dunia dan Baginda ﷺ bersabda kepada Ali RA:
      اذْهَبْ فَوَارِ أَبَاكَ ثُمَّ لاَ تُحْدِثَنَّ شَيْئًا حَتَّى تَأْتِيَنِي

      Maksudnya: Pergilah dan tanamlah ayahmu kemudian jangan kamu lakukan sesuatu sehingga kamu datang menemuiku.

      Riwayat Abu Daud (3214) & al-Nasa’ie (2006)



      Rasulullah ﷺ hanya mengarahkan Ali RA untuk mengebumikan ayahnya (Abu Talib) bahkan Rasulullah ﷺ tidak pula hadir untuk mengiringi jenazah bapa saudaranya itu dan tidak pula hadir pada hari pengebumiannya.

      Zahir daripada pendapat al-Imam Malik Rahimahullah juga yang mana disebutkan di dalam al-Mudawwanah. Telah berkata al-Imam Malik Rahimahullah: “Tidaklah seorang muslim itu memandikan jenazah ayahnya jika matinya itu di dalam kafir, tidaklah juga mengiringi jenazahnya, tidaklah juga memasuki ke dalam kuburnya…” [Lihat al-Mudawwanah. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1/261]
      Ianya juga zahir daripada pendapat mazhab al-Hanbali yang mana di dalam Syarh al-Muntaha al-Iradat menyebut: “Tidaklah seorang muslim itu memandikan jenazah orang kafir kerana larangan memberikan muwalah (kesetiaan) kepada mereka kerana di dalamnya terdapat unsur mengagung dan menyucikan mereka. Ianya seperti solat ke atas mereka”. Seterusnya disebutkan: “Tidaklah dikafankan mereka, tidak disolatkan mereka dan tidak juga mengiringi jenazah mereka”. [Lihat Syarh al-Muntaha al-Iradat. ‘Alim al-Kutub, 1/347]

      Delete
    2. "kami nyatakan di sini bahawa isu ini adalah isu khilafiyah yang memerlukan kepada tarjih" - kata mufti

      jadi tidak berstuju cara mujahid, apa masalah, memang menepati kehendak Islam juga, kenapa perlu pergi minta maaf kepad amujahid, kenapa??? lainlah perkara ini tidak khilaf

      Delete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com