SILA KLIK

pages

Friday, August 10, 2018

Dakwaan LGE RM18b DIROMPAK tidak berasas


Oleh:Najib Razak

Tuduhan Lim Guan Eng kononnya BN merompak RM18 bilion daripada wang tuntutan GST adalah tidak berasas sama sekali. Sekali lagi ia adalah kenyataan politik yang tidak benar, sama seperti bagaimana Guan Eng membisu dan tidak berani memberi jawapan kepada syarikat paip gas milik kerajaan China yang membuat kenyataan global bahawa Guan Eng dan Tony Pua menipu dan cuba memfitnah mereka dengan mendakwa syarikat itu berpakat dengan kerajaan BN dalam ‘penggubahan wang haram.’

Sebagaimana kutipan cukai dan pendapatan lain, kesemua kutipan GST dibayar terus ke dalam Kumpulan Wang Amanah Disatukan kerajaan. Dari situ, dana dibayar ke dalam akaun amanah tuntutan GST setiap bulan bagi memenuhi keperluan pembayaran tuntutan secara berterusan. Ini dibenarkan oleh undang-undang dan memenuhi peruntukan Akta GST 2014, yang dibentangkan di Parlimen di mana pemimpin PH juga hadir termasuk Guan Eng sendiri, maka sudah tentu beliau tahu.

Justeru, tiada wang atau dana ‘dirompak’ kerana kutipan wang GST semua dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan.

Di bawah sistem GST, pemilik perniagaan boleh menuntut cukai input GST mereka apabila mereka membuat jualan, mengutip GST daripada pengguna akhir dan membayar GST yang dikutip kepada kerajaan.

Apa yang mungkin terjadi ialah, apabila kerajaan PH mensifarkan GST pada 1 Jun 2018, perniagaan boleh menuntut kesemua cukai input GST mereka serta merta menyebabkan semua peniaga-peniaga meluru untuk membuat tuntutan cukai input GST, sama ada mereka membuat jualan atau sebaliknya

Oleh kerana kerajaan PH kehilangan pendapatan bagi tiga bulan apabila GST disifarkan dan SST belum lagi dilaksanakan, kerajaan PH mungkin sudah membelanjakan wang dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan yang sepatutnya digunakan untuk disalurkan kepada akaun amanah tuntutan GST bagi menampung perbelanjaan bulanan kerajaan.

Akibatnya, kerajaan PH mengalami kesukaran untuk membayar tuntutan-tuntutan GST yang begitu banyak dan dibuat sekaligus dan memerlukan seseorang untuk dipersalahkan.

Sebagaimana biasa, kesalahan itu dituding ke arah kerajaan BN walaupun ia adalah kesilapan kerajaan PH sendiri.

Dakwaan kononnya BN ‘merompak’ RM18 bilion wang GST mungkin dapat dimasukkan sekali dengan ‘hutang negara RM1 trilion’ yang digunakan sebagai alasan PH untuk tidak melaksanakan janji manifesto mereka, membatalkan atau mengurangkan bantuan kepada rakyat atau membayar tuntutan GST kepada pemilik perniagaan.

Memandangkan laporan polis dan SPRM sudah dibuat dan PAC menyatakan akan membuat siasatan terhadap dakwaan ‘rompakan’ RM18 bilion ini, saya bersedia memberi kerjasama sepenuhnya sebagai bekas Menteri Kewangan agar kebenaran dapat didedahkan.

Jika dakwaan ini didapati tidak benar, maka Lim Guan Eng telah memperdaya Parlimen ketika beliau membuat tuduhan serius itu. Apabila itu berlaku, saya amat berharap Speaker Dewan Rakyat tidak lagi melindungi Lim Guan Eng kerana dewan yang mulia itu bukanlah tempat atau ruang bagi membuat dakwaan tidak berasas dan tuduhan yang bermotifkan politik.


10 comments:

  1. mentri mahababi lge..

    Cari duit tak tau.. mengabihkan duit je tau.. menteri kewangan kerjanya hari hari kira rugi kira hutang.. untung tarak..

    Nak stabilkan ringgit dah lesap 66b..
    Hutang baru setakat diketahui 22b..
    Projek up..

    Menteri pertahanan kerjanya buat heboh semua lemah teruk.. org kg kata bangsat bebenor tentera... yg seronok berselfie ngan pompuan je.. lentok leher.. ni baru tergadai negara pecah lubang semua..

    Apa kejadah menteri ph.. perabih duit zmn bn..

    MALAYSIA MEMILIH..

    ReplyDelete
  2. Dlm dewan tuduh bn merompak..
    Luar dewan kita akan siasat..
    Mintak bukti dlm dewan takdok..
    Berdalih bagi alasan..
    Menteri cap babi..

    Haaa TEPOKK..

    penat wwooo jadi macai mahakutty skg nii.. mampos le nak taichii..

    kah..kah..kah

    ReplyDelete
  3. Kahkahkahhhh..pandai betul dia nk NGAKAL kan rakyat..segalanya akn terjawB nanti..macaii2 dungu snglah ko perdaya tapii ko xkn dpt tipu rakyat lagii..kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..ape babi ni merepek ni..hoii 8.41pm
      muka ko letak kt ponggong le..

      kekekee..

      Delete
    2. Ted,

      Dlm hal ini.. berkenaan kehilangan duit rm18 billion ini..

      Apakah asas kau utk mengatakan yg rakyat tak kan tertipu lagi..? Itu jelas menunjukkan yg kau sedang mengatakan najib itu menipu.. utk kes ini lah (jgn babitkan kes lain..) Maka, apakah asas nya yg mengatakan najib atau kerajaan bn terdahulu (yg ditentang juga oleh aku pd pru lalu) itu menipu..? Mohon pencerahan utk perkara ini sahaja..

      Aku tak kata najib atau bn itu betul atau tidak salah.. dan aku juga tak kata lim guan eng itu menipu..!

      Yg pasti aku keliru..!!

      Aku berpendapat lebih adil biarkan siasat terbuka dilakukan..!

      Lihat dan tunggu keputusannya siapa yg betul..!

      Yer.. kali ni rakyat tak kan tertipu lagi..!

      Rakyat tak kan tertipu lg dgn BN mahupun PH..!

      Pemimpin menipu harus di tentang..!

      BERANI KERANA BENAR.. TAKUT KERANA SALAH..!!

      Kita lihat siapa yg salah..!


      Delete
  4. semalam madey main simulator ketapi..woww best kate die..maklum le tua kutuk da nak mampos baru blh merase main simulator.. tgh siyokk laaa tu..
    japan punye pasal..hutang 22 billion..top pun interest mau pegi 40 billion.. woww.. mahataik.. u mmg hebat lorr.. japan sudah BELI malaysia.. habislah kena jajah!


    dengar kabor china tak kasi lge masok..
    madey pon x bleh jumpe..
    hal pitnah projek paip gas..chine sudah marah lorr..

    ReplyDelete
  5. Syabas DSN telus dan tepat membalas tuduhan bodoh si gone end.
    Mentri rasuah kaki rompak mau pusing cerita konon org lain merompak mcm dia.. Damn u lge.

    ReplyDelete
  6. Itu duit gst 18 biliun..sudah guna la wei..ada transaksi...
    Mesia kan nk bankrup..gaji kakitangan belum settle..basah hancing rakyat sudah terima ka..ada ke ted..tanya jew..klu ada..mana mari itu luaitt.
    .18 b laa...habis..3 bulan tkder cukai..semua free..mana ala luaitt..

    ReplyDelete
  7. BOLEH najib ni sunbat dalam penjara dera bagi keluar semua salah laku?
    Makin biol la najib ni?

    ReplyDelete
  8. Sbb kerakusan kau dan geng lah najib... Huru hara negara melayu dan islam ni... Kau yg merosakkan dan memusnahkan hak kami...
    Kau yg biarkan negara ni dirampas oleh kaum minoriti... Kerana ketamakkan kau.. .melayu dipaksa untuk bertindak melawan kau... Akhirnya kaum minoriti menangguk di air keruh...
    5 tahun najib.. .Kau yg buat melayu dan islam jadi cemar... Belum pun 100 hari memerintah... Belang ph sudahpun mula timbul... Ini bermakna dlm masa 5 tahun ni lah.... Peluang ph yg kekuatanya terletak di tangan kaum minoriti akan merobek maruah bangsa melayu... Merampas hak bangsa melayu... Menginjak agama islam...semua disebabkan oleh kau najib....
    Nasi dah jadi bubur... Sudah terantuk baru kau nak mengadah.... Apa lagi yg bangsa melayu dan agama islam dapat berbuat untuk membela hak hak ini bila kepimpinan melayu ph sendiri hanya diam membisu... Semua kerana kau najib... Kau yg membelot bangsa dan agama kau sendiri.. .
    Segala pengorbanan tun razak dan pemimpin melayu sebelumnya kau khianati... Kau lah sebenarnya pengkhianat bangsa dan agama...

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com