pages

Monday, August 13, 2018

Bacalah Mujahit Mujahil :Dakwah Lembut Atau Dakwah Keras?,


Dakwah Lembut Atau Dakwah Keras?
================
1. Ramai yang bertanyakan tentang pendekatan yang terbaik dalam menangani isu LGBT ini. Ada yang mencadangkan supaya kita berlembut seperti Ustaz Ebit Lew dan Mufti Wilayah, manakala sebahagian pula mencadangkan supaya kita mengenakan pendekatan yang keras mempertahankan prinsip Islam dalam mendekati kumpulan aktivis ini.

2. Melihat pada Sirah Rasulullah ﷺ, Baginda menggunakan kedua-dua pendekatan ini. Adakalanya Baginda ﷺ berlembut, adakalanya Baginda berkeras. 

3. Ketika di Mekah, Rasulullah ﷺ tidak memiliki kuasa dan fasa dakwah masih lagi berada diperingkat yang asas. Pendekatan Rasulullah ﷺ sangat lembut dalam tempoh ini. Sehinggakan Allah menegur Rasulullah ﷺ apabila Baginda bermasam muka kepada Abdullah ibn Ummi Makhtum. Begitu teliti dakwah diperingkat ini sehingga bermasam muka pun ditegur oleh Allah. Insiden ini direkodkan di dalam surah Abasa.

4. Ketika di Mekah, para sahabat Nabi ﷺ diseksa, Qurasyh meletakkan perut unta ketika Rasulullah ﷺ sedang solat malah berhasrat untuk membunuh Baginda. Semua ini dihadapi Rasulullah ﷺ dengan sabar, tabah dan tidak berkeras. 

5. Tetapi lain halnya di Madinah. Apabila Rasulullah ﷺ telah memegang tampuk pemerintahan, Rasulullah ﷺ dilihat sangat menjaga prinsip dan pendirian Islam. Ketika seorang perempuan Muslimah diselak kainnya sehingga terdedah auratnya, seorang Muslim datang mempertahankan maruah perempuan Muslimah ini. Pemuda Muslim ini kemudian dibunuh oleh sekumpulan yahudi lalu Rasulullah ﷺ mengarahkan tentera Islam memerangi Yahudi Bani Qainuqa’ ini. Maka tercetuslah Perang Bani Qainuqa’.

5.1 Nah lihatlah! Demi mempertahankan maruah seorang Muslimah, peperangan telah tercetus! Hari ini Muslimah kita hendak mengenakan tudung di hotel pun masih menjadi isu. Pramugari disarankan berpakaian sopan dikatakan jumud. Lemah sangatkah kuasa Muslim?

6. Malah ketika pembukaan kota Mekah, Rasulullah ﷺ mengarahkan mereka yang mencerca dan menghina Islam ini dibunuh sekalipun mereka bersembunyi disebalik kelambu Kaabah. Tindakan keras ini sangat menggerunkan hati musuh untuk mempermainkan Islam. Lihat bagaimana Rasulullah ﷺ menggunakan prinsip yang keras bagi memastikan Islam tidak dipermainkan. 

7. Melihatkan kepada pendekatan dakwah yang berbeza ini, kami merasakan bahawa setiap individu Muslim seharusnya berperanan sesuai dengan keadaan dirinya. Sekiranya beliau orang awam, barangkali pendekatan terbaik buat dirinya adalah dengan menyantuni dan menasihati kumpulan LGBT ini. Orang awam tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang dan tidak boleh berkeras apatah lagi mendiskriminasi mereka.  

8. Namun, sekiranya beliau adalah seorang yang mempunyai pengaruh, beliau seharusnya menggunakan pengaruh tersebut untuk mendaulatkan Islam. Dan sekiranya beliau adalah seorang yang berkuasa, beliau boleh menggunakan kuasanya untuk bertegas memartabatkan hukum seperti yang disarankan di dalam al-Quran dan hadith.

Semua kita harus berperanan, bukan Pak Menteri sahaja. 

Moga Allah membimbing dan merahmati kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

29 comments:

  1. Ya..semua main peranan bkn harap kerajaan saja..hanya machaii2 najib terus serang kerajaan guna isu lgbt..bkn nk bagi resolusi cara penyelesaian tapii hanya tahu sebut babi anjing saja..prOoTt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis tu nak panggil apa kalau dah perangai macam babi dan anjing Jee. Bukan tu je, perangai setan pun ada.

      Delete
    2. PH mungkir janji.
      PH pembohong.

      Delete
    3. Ted dah mental tu... Mental calar. Tak boleh nak jawab dahhh

      Delete
  2. Akhir zaman bila pemimpin dilantik dikalangan mereka yg jahil dan bodoh memimpin.. asas tertubuh ketajaan pun atas sentimen fitnah jijik.. maka rakyat jadi mangsa pemimpin yg bodoh bodoh ini...Ted dan macai kunyitomato contoh rakyat paling bodoh memilai pemimpin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sudah2 dgn akhir zaman..elok ko mampos jerr..hidup bkn bawa keuntungan pun pada rakyatt..

      Delete
    2. Kau nak menafikan bhw akhlak dan trend lgbt ni bukan trend akhir zaman ke? Rupanya kau tak percaya pd hari kiamat. Eloklah sangat lah tu. Patutlah beria-ia defend lgbt.

      Delete
    3. ted manoff, kita boleh bersama PH dalam perkara yg benar, bukan melulu mempertahankan atau menjaci jalan bagi mengiakan apa saja yg PH buat walaupun benda tu salah

      yang benar kata benar, yang salah katalah salah, LGBT salah cuba berani kata salah, pasti org respect Ted Manoff, tapi membabi buta sokong itu jadikan kita macam balaci tak ada otak, jangan letakkan taraf kita begitu rendah higga semua PH buat itu betul

      ted manof jom kita kembali kepada kewarasan

      Delete
    4. Ko ajak manof menjadi waras..silap lew..ini dh tua bangja nnti..anak2 semua lgbt..tk kawin2..tkder zuriat..dia suka sangat..bertrpuk tangan

      Delete
  3. Habis yg mujahid bg pondan masuk tandas perempuan tu kenapa? Mcmana nk betulkan tudung dlm tandas? Aurat tu

    ReplyDelete
  4. Malaysia Darul LGBT...

    Doonia akhir zaman... bila pemimpin bangang bengap dan bodoh bodoh di pilih umtuk jadi penguasa...

    Pemimlin yg bodih dan bangang mengunakan fitnah jijik untuk jadi penguasa.. akhirnya rakyat jadi mangsa

    Kerajaan yg diasaskan oleh sentimen fitnah jijik tak kekal lama.

    Doa senjata ummat Islam yg di tindas dan dimanipulasi oleh oemimpin yang bodoh bebal ini supaya golongan dan pengikut dihancurkan..

    #bangkitlawanfitnah... insyallah syahid...!!

    ReplyDelete
  5. Kepada puak2 jumud, macai2 harami najib (yg ada diantaranya suatu ketika dulu penulis cerpen cerita lucah alam cyber sebelum bertukar kerjaya menjadi macai harami najib) termasuklah CG penyokong isma, bermohonlah kepada Allah agar tidak dilaknati oleh Nya.

    Mengadu dombakan, memperbesarkan, mereka cipta, memaki hamun, membuat fitnah maka terimalah habuan masing2 di negeri akhirat akibat perbuatan masing2,

    Tidak sekali kali matlamat menghalalkan setiap perbuatan kamu, baca kenyataan rasmi JAKIM dan Mujahid seperti berikut....

    KENYATAAN MEDIA TERBARU YB DATO DR MUJAHID YUSOF RAWA

    1. Sekali lagi, merujuk kepada pertemuan saya bersama wakil transgender Jumaat lalu. Saya sentiasa terbuka untuk membincangkan isu yang sensitif. Saya berpandangan kita boleh dekati isu ini dengan dua cara pendekatan sama ada ia dilakukan secara ‘engagement’ atau ‘confrontational’. Kedua-dua bentuk pendekatan itu bagaimanapun mempunyai manfaat dan mudaratnya yang tersendiri. Namun sebagai menteri dan mewakili institusi agama bagi kerajaan persekutuan, pada hemat saya pendekatan secara ‘engagement’ yang lebih lunak dan lembut lebih sesuai dan ‘rahmah’ malah ia bukan satu perkara baru dalam teknik-teknik berdakwah yang boleh berubah dengan penilaian situasi, tempat dan masa.

    2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri telah pun menjalankan kerja-kerja dakwah secara ‘engagement’ terhadap pelbagai kumpulan sasaran, terutamanya dalam isu transgender. Untuk rekod, JAKIM telah pun mendekati komuniti berkenaan sejak lapan tahun yang lalu, untuk mengeluarkan mereka dari kancah industri seks sebagai objektif pertama dan seterusnya memberi bimbingan ilmu dan keagamaan bagi perubahan sepenuhnya. Ditegaskan lagi, bahawa menggunakan pendekatan dakwah secara engagement bukan bermakna saya atau kerajaan menyokong perlakuan mereka, tetapi sebagai kerajaan, kami perlu memastikan agar tiada pihak yang semakin menjauhkan diri disebabkan pendekatan keras dan menghukum di peringkat awal.

    3. Saya juga menyedari telah berlaku sedikit kekhilafan semasa sidang media Jumaat lalu ketika menjawab soalan yang diajukan wartawan terutamanya mengenai penggunaan tandas awam dan beberapa perkara lain. Saya menjawab soalan wartawan yang diajukan secara spontan dan sepintas lalu. Ia bukan kenyataan muktamad mahupun arahan, ia sekadar respon spontan saya. Ingin saya tegaskan, tiada arahan atau keizinan daripada saya untuk transgender berkongsi tandas awam dengan wanita, sebaliknya hanyalah “maybe..” dan “if…” kerana ia boleh melibatkan pelbagai bentuk situasi dan keadaan. Demikian juga hal berkaitan saf solat. Semua hal tersebut sesuai dibicarakan lanjut kelak oleh pihak mufti sebagai keputusan terbaik. Apapun, saya memohon maaf kepada pihak yang berasa terancam (offended) dengan kekeliruan yang telah berlaku dan juga menarik semula kenyataan yang kurang sesuai.

    4. Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa pendirian saya selaku menteri, kekal bahawa kita langsung tidak bersetuju tindakan yang dilakukan golongan transgender merangkumi lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya, penukaran jantina, perlakuan menyerupai wanita dan yang sebaliknya dan juga kecenderungan seks sama jenis. Tiada sama sekali pengiktirafan atau berkenan untuk mempromosi terhadap semua perlakuan tersebut.

    Bersambung....

    ReplyDelete
  6. Bersambung dari atas.....

    5. Berdasarkan kesimpulan dan dapatan dari kajian JAKIM selama lapan tahun dan juga beberapa kajian ilmiah antaranya oleh Dr Izwan Yusof, Teh Yik Koon dan Prof Madya Dr Rafidah Hanim, saya telah menyimpulkan kesukaran golongan transgender mendapatkan pekerjaan disebabkan peraturan oleh majikan, serta adat dan budaya merupakan antara faktor mendorong mereka untuk menjadi pekerja seks kerana menganggap mereka tidak diterima oleh masyarakat. Kita tidak boleh nafikan hak asas pelaku selaku manusia untuk didekati, dibimbing, mendapat pekerjaan yang sesuai, mendapat pelanggan bagi perniagaan, rawatan apabila sakit, bantuan apabila memerlukan, tiada dihina dan dikutuk ketika ingin mendapatkan hak asas (basic rights) yang tersebut di atas hingga akhirnya terus membenci agama dan manusia lain. Itulah hak asas yang wajar dinikmati oleh seluruh warganegara. Selagimana, penunaian hak itu tidak mengancam hak yang lain secara jelas. Berdasarkan pengalaman JAKIM menyantuni komuniti juga, JAKIM mendapat maklum balas dari komuniti transgender tentang isu diskriminasi misalnya penolakan keluarga, stigma masyarakat, ejekan dan buli, stigma agamawan, sukar mendapat pekerjaan kerana tidak memenuhi peraturan majikan yang menetapkan berpenampilan seperti identiti yang tercatat dalam kad pengenalan.

    Bagaimanapun, JAKIM juga menerima maklum balas dari komuniti transgender yang mempunyai kerjaya yang baik, masih tinggal bersama keluarga, dapat peluang belajar dan mendalami agama misalnya melalui program yang dilaksanakan oleh JAKIM dan lain-lain, kerana mereka bersedia bertoleransi dengan nilai norma, budaya, agama, undang-undang yang dianut oleh bangsa Malaysia.

    6. Keperluan untuk mendekati golongan transgender dan memahami selok belok kaedahnya supaya dapat menarik mereka menjinakkan diri dengan ilmu agama sehingga akhirnya keluar daripada perlakuan yang dilaknati oleh Rasulullah SAW adalah suatu tuntutan dakwah. Kita tidak boleh hanya melaknat dan memulaukan tanpa ada pihak khususnya pihak berwajib yang mendekati dan memberi peluang secara lunak dan bersasar. Sudah tentu, saya menerima hadis-hadis sahih yang melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya, namun pada hemat saya, ia lebih sesuai dalam bentuk dakwah umum seperti dalam khutbah Jumaat tanpa sebarang dikhususkan kepada identiti tertentu. Namun dalam konteks dakwah fardiah (individu), pendekataan secara al-nasihah bil hikmah perlu dilakukan tanpa mendahulukan ancaman dan laknat sebelum menjelas dan mendekati. Demikian metodologi dakwah yang diajar di dalam al-Quran apabila Nabi Musa AS diperintahkan mengadap Firaun dengan kata-kata yang lemah-lembut (Taha: 43-44) dan hadis tentang cara Rasulullah SAW menasihati pemuda yang datang meminta izin untuk berzina, baginda melarang Sahabat mencela seorang Sahabat lain yang ditangkap kerana meminum arak dan lain-lain lagi.

    7. Berdasarkan beberapa kajian oleh pihak JAKIM juga, komuniti LGBT Muslim di Malaysia terbahagi kepada tiga kategori dan kategori yang perlu diberi penekanan serta bimbingan ialah golongan yang mahu berubah atau berhijrah serta yang mengakui bahawa perlakuan mereka menyalahi agama. Bagi kategori yang ketiga (iaitu yang menganggap perlakuan mereka disebabkan naluri semula jadi dan tidak rasa bersalah) perlu digerakkan dialog berterusan untuk sama-sama saling memahami agar mereka tidak terus terpesong. Hanya selepas itu, pendekatan lain wajar disusun dan dimulakan.

    Bersambung.....

    ReplyDelete
  7. Bersambung dari atas....

    Akhir sekali, berhentilah dari memanipulasi kenyataan saya dengan fitnah atau kesimpulan yang tidak pernah saya maksudkan. Tiada pula saya bersifat lunak dan lembut tanpa batasan dan perancangan. Tugas menghukum, bukan tugas kita. Sesungguhnya Allah sahaja yang berhak untuk menilai seseorang hambaNya. Kita perlu menyelamatkan, bukan hanya cekap dan pantas dalam mencaci, melaknat dan menyisihkan kerana ruang taubat sentiasa terbuka selagi nyawa belum sampai ke hujungnya. Negara dan pemimpin yang rahmah, perlu mengutamakan yang lunak sebelum keras lagi menjauh dan menambah benci terhadap Islam. Kita masyarakat berhentilah menjadi masyarakat yang menghukum. Bantu dan bimbing. Komuniti transgender juga perlu berhenti menuntut hak yang menyanggahi nilai norma, budaya, agama,undang-undang yang dianut bangsa Malaysia. Dengan itu, masyarakat lebih sejahtera.

    Rahmatan lil a'lamin

    Perjalanan ke Makkah al-Mukarramah,
    KLIA, Sepang.

    DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA
    MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (AGAMA)

    13/8/2018

    P.S

    Admin CG jangan delete komen ini, jika kamu golongan yg benar.

    ReplyDelete
  8. Jom ramai2 kembali merujuk Al Quran. Lelaki, perempuan dan khunsa, khunsa yg lebih kepada lelaki guna tandas lelaki, yang lebih kepada wanita guna tandas wanita, bergitu juga dalam hal2 kehidupan yang lain hinggalah saat kematian dan pengebumian. Kalau tidak isu akan berpanjangan. Isu sebenarnya bukan golongan ini, isu sebenar adalah golongan SONGSANG LBG Lesbian, Biseksual dan Homoseksual YANG WAJIB KITA PERANGI!!!!

    ReplyDelete
  9. Kenyataan yg mujahit buat tu bujan benda baru pun... nak fitnah pala butuh apanye... kerajaan dulu oun dah buat dah impliment dan dah lakukan..

    ada cara hikmah dakwah lemah lembut. dan ada yg ditangkap secara fizikal
    pun... semua dah buat dahhh..


    tapi tak tunduk pada golongan liberalisma G25 COMANGO Marina Gereja (mentang mentang kepala perompak kepala bapak ) dia...

    Masa kepala bapak Marina Gereja dulu jadi PM semua dah buat tapi tak tunduk pada kuasa asing pun....!!!

    anon 10.01 ko nak citer ape srbrnonyer... klu jenis pemimpin bodoh bodoh ni yg ko pangkah dulu dengan ko pun bangang...

    haaaa apa lagi... tepukkk.. tepuk..!!

    ReplyDelete
  10. Kepada kaum jumud termasuklah penulis artikel diatas, bagaimanakah agaknya jika terdapat salah seorang anggota keluarga kamu yg berlainan dan berlawanan sifat nalurinya?

    Adakah kamu akan merembat merotan menghukum kaum ini sedangkan mereka tiada kesalahan dari segi hukum agama? Sebagai contoh belum lagi, tiada bukti sahih melakukan seks songsang sudah dijatuh hukum?

    Apa jenis manusia yg beragama islam kamu ini?

    Ambil contoh, persatuan ISMA, penerima dana dan habuan dari umno (yg mengharapkan ahli ISMA menyokong seterusnya mengundi umno pada PRU14) terang dan jelas pemimpin2 umno melakukan kemungkaran dan dilaknat Allah.

    Sebaliknya apabila tiba PRU14, tanpa segan silu majoriti ahli2 ISMA ini, mereka menyokong dan mengundi parti PAS yg terang dan jelas adalah munafik, sesat lagi menyeleweng!

    Apakah pula kategori ingin diberi kepada penyokong2 ISMA ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila di ajak ikut cara rasulullah dikatakan jumud. Habis tu nk ikut logik akal ke? Atau ikut cara barat ke? Sifat naluri berlawanan/songsang perlu di rawat bukan diiktiraf. Kembali ke fitrah kejadian manusia. Lelaki menyerupai wanita dan berpakaian seperti wanita adalah terang2 salah dari segi hukum agama. Kalau tak mau di label sebagai kesalahan, berpakaian lah seperti lelaki kalau fitrah tu lelaki. tak perlu nk bersolek macam wanita atau berambut panjang. Naluri berlawanan perlu di rawat. Artikel kat atas tak menyuruh pun merembat merotan sebagai hukuman cuma cara pendekatan dakwah untuk golongan ini.

      Betul ke PAS jelas munafik, sesat lagi menyeleweng? cakap tanpa bukti dikira fitnah.

      Delete
    2. 12.06 adakah penerangan mujahid seperti dinyatakan 9.55, 9.59, 10.01 lengkap atau tidak?

      Ulang lagi sekali, lengkap atau tidak?

      Delete
    3. "Betul ke PAS jelas munafik, sesat lagi menyeleweng?"

      Amanat hj hadi, ibrahim libya "syahid", video itu besi kes liwat anwat ibrahim, nik abduh dan audionya, terbaru (sebenarnya dah lama dah) orang asli menuntut hak mereka.

      Betul ke ibrahim libya mati syahid?

      Delete
  11. Sanggupkah anda berkongsi restoran, tandas, panggung wayang atau tempat2 awan yang lain jika mengetahui disebelah anda terdapat pesakit HIV yang telah menunjukkan tanda2 kronik tahap 13? Rasanya majoriti rakyat biasa akan berkata TIDAK? Walaubagaima pun SYABAS diucapkan kepada para doktor2 yang selalu engage dan rapat dengan mereka malah meyantuni mereka dengan baik. Syabas juga kepada doktor yang telah berkongsi pengalaman dan ilmu tentang pesakit HIV dengan rakyat terbanyak. Harap2 lepas ini ADA PEMANDI2 MAYAT HIV YANG DAPAT BERKONGSI PENGALAMAN DAN KESUKARAN MENGENDALIKAN JENAZAH MEREKA, mungkin ramai lagi anak2 muda yang masih tidak mengetahui SOP tesebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10.27 penulis ini mempunyai abang yg menghidap HIV dan telah pun meninggal dunia,berkongsi kehidupan, pengalaman dengan pengidap HIV?

      Adakah kamu fikir ianya menjijikkan?

      Delete
  12. Sanggupkah Ahli2 Parlimen duduk didalam dewan yang mulia jika mengetahui salah seorang dari mereka adalah pesakit HIV yang telah menunjukkan tanda2 kronik tahap 13?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persoalan "sanggupkah" menjurus kepada sifat menjijikkan?

      Delete
  13. Emak doktor, ayah doktor, tapi anak pejuang tegar LBG, mungkin emak dan ayah yang faham benar dengan kesukaran merawat pesakit HIV tersalah memberi CONSULTATION kepada anak mereka? Apa2 pun keluarga mereka yang lebih mengetahui?

    ReplyDelete
  14. 10.36

    ko kata tak ade sapa yg tunduk dan syubahah ko kata... yg kerajaan ambil tindakan taratertib pada Dr Iilyani ko tak rasa ke yang mujahit ketajaan kepala perompak mahafitnah marina gereja tunduk pada LGBT..?

    fikir guna otak.. bukan guna bontot ko tu pasal merecik tomato masam kat macai bodo mcm kau...

    haaaa .. tepuk.. anon 10.36 tepuk..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr Ilyani kalau tak bersalah jangan takut, ini bukan zaman najib, pengadu buat aduan, najib menyamun, sebaliknya pengadu dan peguamnya pula disumbat ke dalam.

      Delete
  15. Dr Illyani mme tak bersalah pun wat apa nak takoot yg baruanya dusebabkan Marina Gereja tu anak kepala fitnah dann penyamun Mesia apasal dikenakan tindakan tatatertib..?

    Haaaa tepukkk...!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com