pages

Saturday, August 11, 2018

Adik LGE, Anak Lim Kit Siang dilantik SENATOR, Ahli Dewan Negara

Anak perempuan kepada ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang, Lim Hui Ying dilantik menjadi Ahli Dewan Negara penggal 2018-2022.
Hui Ying yang merupakan Setiausaha DAP Pulau Pinang dan adik perempuan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diusulkan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk jawatan itu.
Selain daripada Hui Ying, DUN Pulau Pinang juga meluluskan bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff sebagai Ahli Dewan Negara yang baru.
Kedua-dua mereka akan menggantikan Siti Aishah Shaik Ismail dan Dr Ariffin S M Omar yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara pada 1 Jun 2018.
Usul pelantikan itu dicadangkan sendiri oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan disokong Dr Afif Bahardin (PKR- Seberang Jaya).
Cadangan itu kemudian mendapat persetujuan sebulat suara oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) petang tadi.
Hui Ying yang menyertai DAP pada 1999 mula berjinak-jinak dengan dunia politik dengan lebih mendalam semenjak abangnya Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2008.
Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi) dari Universiti Malaysia.
Yusmadi yang merupakan Penasihat Politik Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mempunyai Sarjana dalam Pengajian Undang-undang Antarabangsa dari American University, Washington College of Law, AS. – MalaysiaGazette

7 comments:

  1. "Adik lge,ank lim kit siang dilantik senator"

    Guna bahasa ringkaskan sng cg..nii tidak perlu sebut semua nama yg berkaitan..

    "Ank kit siang dilantik senator"

    Nk juga mention nama lge..kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau dilantik jdi pengikut kepala taik.

      Delete
  2. Dulu aku masih ingat pembangkang masa tu sangat MELAWAN NEPOTISM, sekarang mereka amalkan, politik ni mmg babi

    ReplyDelete
  3. Nepotisme at its best

    ReplyDelete
  4. kerajaan anak beranak..dari nenek sampai cucu ..semua ada

    ReplyDelete
  5. Itulah strategy family kit siang... Tapi adilkan ...sbb annuar pun ada family... Mahathir pun ada family... Lps ni ada lagi... Perlantikkan ahli keluarga ...tunngu dan lihat sajalah. ..legasi keluarga...
    Lgsg kit siang diam bila anak dia dilantik...pegang jawatan penting. ..
    Pemimpin melayu ph umpama tunggul kayu yg mati beragan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com