pages

Saturday, July 7, 2018

Zam cadang Menteri Agama baru TUTUP Sekolah Tahfiz


Bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin hari ini mencadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama, Datuk Mujahid Yusof Rawa menutup semua sekolah tahfiz yang didakwanya tidak memberi masa depan kepada generasi baru umat Islam.

Beliau yang dikenali sebagai Zam berharap ahli Parlimen Parit Buntar itu berani dan tegas membawa umat Islam kepada realiti dan keperluan terhadap sikap dinamik serta menolak kearaban sebagai keislaman.

“Cegahlah sekolah-sekolah agama menjadikan pakaian Arab sebagai uniform sekolah.

“Galakkan memakai songkok, berseluar dan berkemeja. Cegah kopiah dan berjubah. Sunnah nabi tidak ada lagi dalam jubah yang telahpun dimodenkan oleh ‘Commercialism’,” tulisnya di blog hari ini.

April tahun lalu, Zam menerusi catatan di blognya pernah menyarankan semua sekolah tahfiz swasta digantung atau ditutup serta-merta kerana ia bertumbuh liar, bersistem kuno dan tidak bertamadun yang mungkin membawa tragedi lebih besar.
Zam mencadangkan kerajaan mengharamkan semua sekolah tahfiz swasta, susulan kematian pelajar tahfiz berusia 11 tahun, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi selepas kehilangan kedua-dua kakinya akibat jangkitan kuman dan pembekuan darah pada April 2017.

Thaqif dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 19 April 2017 selepas pembantu warden asrama Madrasah Tahfiz Al-Jauhar di Kampung Lukut, Kota Tinggi, didakwa memukul Thaqif dengan paip getah.

Bagaimanapun, 3 bulan kemudian, laporan bedah siasat mengesahkan Thaqif meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus, bukannya trauma atau kecederaan akibat dipukul.

Sementara itu, Zainudin turut menyokong kenyataan Mujahid berhubung parti politik yang menggunakan agama atau perkauman untuk kepentingan mereka tidak lagi relevan di negara ini.

“Pandangan agama progresif seumpama inilah yang menampakkan kepimpinan berharapan untuk membawa umat Islam Malaysia keluar daripada amalan agama jumud yang dipromo oleh PAS sekian lama dengan sokongan orang-orang agama yang tidak mendapat pendedahan.”

Hari ini, Malaysiakini memetik Mujahid sebagai berkata, beliau tidak menolak Islam, tetapi agama itu tidak terhad kepada kepartian semata-mata.

“Islam itu adalah satu cara hidup. Islam itu ialah al-din (agama). Kalau letak Islam hanya kepentingan parti, guna ayat al-Quran untuk mengukuhkan bahawa dia mewakili Islam, itu ‘misrepresentation’.

“Kita perlu menjadikan Islam itu menjangkau lebih sekadar politik. Islam bukan hanya kepartian, tetapi Islam ada satu prinsip besar yang memandu sebagai satu panduan kehidupan yang mencakupi ibadah, muamalat, kenegaraaan, undang-undang.”

8 comments:

  1. Partly setuju

    Patut ada national college of tahfiz school with correct curriculum and appeal. No arabianisation of the institution.

    Muslims like to indulge in superficialitiy and unavoidably hypocrisy of hingest level.

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  2. sekolah dan institut thafiz dah.mrlambak ujud masa zaman BN lagi darul al quran satu contoh.. yg bangang masih nak buat pondok kat.gunung ganang wat apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ingat institut tahfiz kjaan cukup ke tampung permintaan daripada kalangan rakyat malaysia ni? Nak masuk pun byk tapisan. Bukan semuanya lepas kalau ikut requirement kementerian pendidikan. So yg xdapat masuk institut tahfiz kjaan akan mencari tahfiz swasta. Xperlulah ko membangangkan org2 yg bersusah payah membuka tahfiz persendirian.

      Delete
  3. lg tinggi lg senang online,

    ReplyDelete
  4. Tutup sekolah cina dan tamil sekali
    Berani ke zam tulis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaa saya berani.....apa takut?

      Dari segi contribution both these vernacular schools had n have produced professionals of all fields irrespective of race.

      Tahfiz?????????
      Arabianisation?????????

      Malaysian are multiracial....

      Wwllahuaklam

      Delete
    2. betul jugak, kat kelang yg ramai masuk geng sapa ek,yg ramai pakai tatoo kerjanya modify mesin cepat kaya tu sapa ek,kalau naik motor guna roda satu jer..tu melayu,

      Delete
  5. Pendidikan agama dan tahfiz tidak pernah jumud..

    Yg jumud adalah mungkin pemikiran tenaga pengajar dan sukatan yg tdk dipantau..

    Maka, menutup sekolah tahfiz adalah cara paling mudah dan tidak perlu berfikir..! Ini bukan cara pemimpin harus bertindak..!

    Pemimpin kena bfikir lebih baik dari rakyat kebanyakkan..!

    Tidak perlu tutup sekolah tahfiz..! Tetapi perlu dipantau..! Pemimpin harus bfikir dgn rasional...! Jika pemimpin mengambil langkah mudah menutup sekolah tahfiz tanpa ingin mengambil langkah2 lain yg lebih bkesan.. maka, pemimpin itu lah yg sebenarnya jumud..!

    Sekolah biasa pun jika tidak dipantau pasti akan ada byk kelemahan.. apakah langsung tdk ada gejala sosial berlaku di sek biasa..?? Apa maksiat dan jenayah tdk pernah dilakukan oleh para pelajar dari sekolah biasa..??

    Pasti pernah bukan..?? Maka, apakah sekolah biasa itu juga turut jumud...????!!

    PEMIMPIN KENA WASPADA..!! BAWA MALAYSIA KE ARAH MALAYSIA BARU YG DIBERKATI ALLAH.. BUKAN DILAKNATI ALLAH..!!

    Pemimpin harus mempertahankan islam, melayu dan negara..! & Hak kaum lain tidak dipinggirkan demi perpaduan hidup bersama..!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com