pages

Thursday, July 19, 2018

UEC RASIS, Tempoh Masa Untuk Maszlee hampir TAMAT, Himpunan Besar-besaran akan digerakkn



MAJLIS Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan bersama-sama gabungan 300 NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah bersiap sedia untuk menggerakkan himpunan bantahan rakyat secara besar-besaran kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang tegar dan tidak mahu menarik balik kenyataan beliau mengiktiraf UEC yang beliau telah buat pada 12 Julai lalu di PICC Putrajaya.
Himpunan ini akan disertai oleh semua lapisan tokoh-tokoh pendidikan, bahasa, ahli akademik, NGO-NGO, tokoh sejarah, ahli masyarakat dan ahli-ahli politik.
Himpunan bantahan ini merupakan simbol sejarah kepada rakyat dan negara bahawa UEC tidak sekali-kali dibenarkan untuk diiktiraf di dalam sistem kerangka Pendidikan Kebangsaan.
Diseru semua pimpinan dan rakyat yang cintakan Bahasa Kebangsaan dan Sistem Pendidikan Kebangsaan agar dapat bersama-sama dalam perhimpunan yang bersejarah ini.
MAPPIM dan UMMAH menyangkal dakwaan Menteri Pendidikan yang menyatakan bahawa golongan yang menentang UEC adalah 'prejudis', ini suatu kenyataan seorang Menteri yang menghina pejuang bahasa, pendidikan dan sejarawan.
Maka MAPPIM dan UMMAH mencabar dan bersedia menyediakan tempat kepada Menteri Pendidikan untuk berdebat pada bila-bila masa dengan tokoh-tokoh bahasa, pendidikan, sejarah, undang-undang dan NGO-NGO bagi melihat secara objektif dan berfakta bagaimana UEC akan memberi kesan dan malapetaka kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Sikap tegar Menteri Pendidikan untuk mengiktiraf UEC sehingga masih lagi tidak membayangkan untuk menarik semula kenyataan beliau sehingga tempoh yang diberikan (7 hari - sehingga 21hb Julai ini) akan meningkatkan lagi semangat rakyat untuk berhimpun pada 28hb nanti.
MOHD ZAI MUSTAFA
Ketua Eksekutif MAPPIM
Ahli Jawatankuasa Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) - HARAKAHDAILY 18/7/2018



3 comments:

  1. Melayu bangsat keturunan atok tua bangka ini sudah sampai ke noktah terakhir....

    ReplyDelete
  2. Semua nk jaga tembolok dan nk bodek PM m'sia si eguana enh

    ReplyDelete
  3. melayu yg terkinja kinja dlm hal UEC cerdik pandai Cina pulak yang pertahankan perlembagaan negara berkenaan hal bahasa...

    mana pergi pejuang peludah bahda Budak Si samat sait... kote kena ludah balik


    kah kah kah... harap mazleee jahanam bahasa... harap atok kau... haramjadah smpi mampos ...


    kah kah kah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com