SILA KLIK

pages

Friday, July 13, 2018

UEC: Degil TAk Nak Ikut Pendidikan Kebangsaan, Itu yang Patut jadi ISU, bukan sibuk nak iktiraf


UEC: Antara Tidak Tahu Dan Buat Tidak Tahu

Oleh: ARIF ATAN

"Saya mengajar homeschool IGCSE. salah seorang pelajar saya bekas aliran UEC. ibu bapa mereka menukar sekolah kerana anak mereka tidak mahir berbahasa English dan Melayu. Sampai sekarang sudah 7 bulan, anak murid saya tidak mahu bercakap dengan saya menggunakan bahasa Melayu. Bersungguh saya mengajar dia bahasa Melayu. Dan dia tidak ada minat langsung dengan bahasa Melayu. 

Bukankah dengan bahasa, kita akan jadi lebih rapat bukan? dia langsung tidak mahu berkomunikasi dengan saya dan pelajar yang bukan berbahasa mandarin."

Itu antara reaksi mereka yang bergelumang dan berdepan sendiri dengan hakikat sikap murid asuhan UEC. Mungkin Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tidak tahu. Mungkin pula Timbalannya, Teo Nie Ching buat-buat tidak tahu. Mungkinlah. Kita pun tidak tahu.

Mengiktiraf Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) sebenarnya satu langkah ke belakang kerana UEC datang dari sistem pendidikan berasaskan perkauman bukan berteraskan kebangsaan bagi sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat.

UEC lahir dari sekolah vernakular Cina warisan zaman penjajah yang tidak diiktiraf pendidikan kebangsaan. Mengiktiraf UEC bersifat kontradik dengan semangat Malaysia Baru dan ketika satu dunia bercakap tentang Revolusi Industri 4.0.

Mengiktiraf UEC sekaligus memberi isyarat bahawa kerajaan PH akan memberi muka kepada lebih banyak lagi tuntutan perkauman yang hanya meningkatkan lagi darjah prejudis antara rakyat berbilang kaum bahkan mencabar semangat Perlembagaan.

Syarat mesti lulus mata pelajaran Bahasa Melayu bagi menghalalkan UEC untuk diiktiraf hanya solekan semata-mata sebabnya kurikulum dan format soalan penguasaan Bahasa Melayu bagi UEC jauh lebih rendah arasnya berbanding Bahasa Melayu SPM.

Bandingkan saja format Bahasa Melayu UPSR bagi kertas Penulisan dan Pemahaman antara Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Kalau mata pelajaran Bahasa Melayu bagi SMPC, apa tah lagi.

Dari segi roh dan praktikalnya, lepasan UEC berkiblatkan semangat Cina melangkaui jati diri sebagai anak Malaysia. Bayangkan bagaimana pemegang sijil UEC mahu hidup di universiti awam (UA) atau bekerja dalam perkhidmatan awam, atau UA dan sektor kerajaan akan datang perlu diubah ikut nilai pemikiran mereka yang tidak fasih berbahasa kebangsaan dan berkiblatkan Taiwan?

Sudah puluhan tahun Dong Zong menuntut supaya kerajaan memberi ruang lebih luas kepada pendidikan kaum Cina dengan mengenakan tekanan demi tekanan perkauman melalui pelbagai tuntutan menjelang setiap kali pilihan raya.

Sejarah asal usul lahirnya UEC mesti diketahui apa lagi di pihak kerajaan PH kerana setiap polisi yang hendak dibuat bukan sekadar untuk memancing undi kaum setiap kali pilihan raya tetapi paling penting kestabilan negara dan pengukuhan negara bangsa untuk jangka panjang.

Jadi, kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini jangan malas mengkaji sebelum membuat keputusan. Kerajaan PH perlu meneliti susur galur perjuangan pendidikan Cina termasuk bagaimana wujudnya sijil UEC ini yang merupakan hasil 'perjuangan' menolak sistem pendidikan kebangsaan.

Itu realiti, kerajaan dan penyokong PH tidak harus nafi. Laungan Malaysia Baru juga tidak ada makna jika kerajaan PH tunduk pada tuntutan perkauman ketika banyak lagi manifesto Harapan belum nampak tunas pun lagi.

Sebaliknya, jika PH cepat-cepat mengiktiraf UEC sekalipun terang-terang boleh menjejaskan usaha memupuk perpaduan melalui pendidikan kebangsaan, hanya akan membenarkan dakwaan sebelum ini bahawa PH atau pemimpin-pemimpin Melayu dalam PH adalah alat atau tunggangan DAP.

Adakah itu yang PH mahu ketika kerajaan pasca PRU-14 terbina pun atas sokongan undi Melayu yang relatif jauh lebih rendah berbanding bukan Melayu?

Bahkan, kalau PH terpaksa mengiktiraf UEC dengan sebab terhutang budi dengan pengundi Cina pada PRU-14, jelas itu juga anggapan yang terlalu naif politik. PH buat pertama kali berjaya tumbangkan BN di peringkat Persekutuan kerana turut mendapat sokongan pengundi Melayu bukan hanya Cina semata-mata.

Kalau PH tidak mengiktiraf UEC pun dengan hujah tegas mengutamakan kepentingan kebangsaan dan menumpukan usaha menggilap perpaduan nasional melalui pemerkasaan sebenar sekolah kebangsaan, mustahil PH akan hilang majoriti sokongan bukan Melayu terutama pengundi Cina.

Tapi kalau PRU-15 nanti, pengundi Cina boleh pula majoritinya menolak PH atas alasan kerajaan tidak mengiktiraf UEC seperti termaktub dalam buku Harapan, itu isyarat jelas untuk kita semua sebagai RAKYAT yang mencintai tanah air ini satu-satunya, BANGKIT tidak memberi muka langsung kepada bermacam-macam desakan perkauman sejak zaman merdeka lagi yang sebenarnya mengancam penerapan nilai-nilai kebangsaan yang telah lama disepakati untuk masyarakat berbilang kaum hidup rukun damai.

19 comments:

  1. Kita nii golongan bawahan saja..tak kira bn atau ph orang cinalah yg byk untung..merekalah kingmaker yg sebenar..manifesto bn pun akn iktiraf sijil uec jika mng pru lalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ted..ko tu yang bahlol.. sape suruh ko kasi undi dapig menang.. BODOH!

      Delete
    2. tedbabi..
      ko golongn babi bawahan..
      ayat ko mcm da kasi kangkang bini ko kt cine..king maker.. ??

      Delete
    3. Setuju dengan ted manifesto umno najib bn aritu dah setuju iktiraf uec.

      Delete
    4. tedmahababi..ko komen ko balas ko jilat sendiri.. sial la lu.. bodo anjing ph!

      Delete
  2. PH barua cina DAP.

    ReplyDelete

  3. madey kepala perompak

    ReplyDelete
  4. ted .. kt mne aku blh jumpe ko.. tangan lebar aku lame dh xhinggap kt kepale org.. ade brani?

    telor ko bini ko simpan dlm laci??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai ko ingat tangan lebar ko je? Dah sumbat wang harta rakyat ada hati nak tangan orang?

      Macai2...��������

      Delete
  5. Belum 5 tahun, baru 2 bulan sudah ketara betapa parti sipolan itu paling champion dalam mencatur kuasanya dalam kerajaan baru.

    Kuasa melayu hanyalah cebisan berdehem yang bunyinya sungguh perlahan, bila tuan besarnya terbatuk, menggelabah habis Melayu-melayu 'lick ass' sambil tidak berbunyi.

    Amat lucu bila kita tidak mampu menyorok realiti, kuasa mutlak itu ibarat ayam dihambat anjing, anjing yang lapar sudah habis menjamu selera. Ayam dilepaskan lagi, kali ini sang dubuk pula mengambil habuan.

    Kita ibarat ayam daging yang tugasnya untuk dikokak sang perakus yang lapar.

    Siapa kita nak melawan, lebih baik makan dan bertelur, tinggu siapa pula yang akan menjadi hidangan pemakan daging.

    -HEADBOMB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ak ah, umno najib 9 tahun rembat harta rakyat dan meninggalkan hutang negara 1 trillion.

      Ada hati nak buat ecrl, hsr mrt dan lrt.

      Lrt3 kos keseluruhan 30 billion, hairan camner PH boleh kurangkan 15 billion?

      15 billion pergi ke mana?

      Delete
    2. macai makan dedak, dedak babi pun telan. mana ada hutang 1 trillion. bodoh.
      ada ke bukti sahih najib perompak harta rakyat. macam lah ramai benor rakyat bayar cukai untuk negara, yang betul2 perompak ialah madey dan pak2 menteri korupnya. nape tak siasat abi-abis?

      tu lah otak bodo. lrt3 tu skala dah kurang separuh mestilah kos pun kurang, baca sini.
      The facts:

      + Instead of 44 sets of trains with 6 cars each, the project will now be getting only 22 sets of trains with 3 cars each;
      + Lim will also shelve five stations to "save" costs and this means taxpayers around Lien Hoe, Temasya, Sirim, Bukit Raja and Bandar Botani will have to travel farther to the nearest LRT stations;
      + We taxpayers will also not get the 2-kilometre tunnel together with an underground station at Persiaran Hishamuddin, Shah Alam;
      + And, Einstein, because there will be fewer trains, the size of the depot will also be smaller lah; and
      + Instead of 2020, the new date of completion will be 2024.

      So, still think those are "savings" for taxpayers? Uneducated taxpayers (and those from Lim's planet) may rejoice. But the truth is, this is not about savings at all. This is about scaling down the LRT3 project. A project meant to overcome transport woes of ordinary, hardworking and hard-pressed Malaysians has just been downgraded!

      Delete
  6. Mari mkn dulu..sembang psl politik sampaii esok pun tk habis..

    Oh yaaa..patung tu dekat kampung portugis melaka yg 99 peratus kristen..dah lama patung tuu dibuat kenapa baru sekarang macai umno sibuk..??idris haron juling yg rasmikan..

    Dekat kelantan pun ada patung buddha terbesar puak umno ada buat bantahan takk ..


    Jemput mkn..🌮🌭🍕🍟🍔🍗🍖🌯🍳🍲🍿🍱🍱🍘🍙🍣🍢🍠🍝🍜🍛🍚🍤🍥🍡🍦🍧🍨🍩🍩🍭🍫🍰🎂🍪🍶🍵☕🍼🍯

    ReplyDelete
  7. hayat ph dijangka xlama..pbbm bakal berkubur tanpa sokongan majoriti melayu. sementara mahathir sedang berkuasa, inilah masanya untuk orang cina minta balasan atas sokongan padu kepada mahathir sebagai pm. utar di perak adalah buah tangan mahathir kepada sokongan padu orang cina pada pru 1999. orang melayu asyik bertolak ansur menyerah hinggalah tersungkur.

    ReplyDelete
  8. Dah lebih sangat ni.. CG taniah atas keberanian... Terbaraikan lagi
    Ini bukan manefesto PH tapi ini agenda bangsa,,
    Belum 100 hari tapi mcm mcm mereka dah dapat
    Org melayu macam toyol kutip kacang hijau


    Hati hati lah wahai org melayu,, jika kita leka tak sempat PRU15
    Habis semua hak melayu yg ada dalam perlembagaan di ROGOL

    apa yg tinggal hanya nama sahaja

    Apa guna kita berpijak di bumi yg nyata tapi tanah dan hak milik org lain

    Naauzubillah,,,,,

    ReplyDelete
  9. tu pasal umno dan pas perlu bermuhasabah sebelum nak terpekik terlolong....

    ReplyDelete
  10. Hapuskan sekolah pelbagai aliran wujudkan sekolah kebangsaan dengan bahasa pengantar bahasa inggeris seperti di Singapura.

    Di Malaysia sahaja yang pelik, sekolah macam-macam aliran, di negara lain tak ada macam ni, sebab itu di sebalik kononnya di Malaysia keharmonian kaum, tetapi apa yang saya lihat adalah kosmetik yang dimekap untuk nampak cantik bagi menyembunyikan kehodohan hubungan kaum di negara ini.

    Sampai bila kita nak bersikap hipokrit dalam perkara ini? Hubungan kaum di negara ini semakin melebar di peringkat akar umbi, perkara ini adalah jelas depan mata kita semua, samlai bila kita nak berterusan bersikap hipokrit untuk menjaga kedudukan terutama di kalangan pimpinan politik?

    Apakah kepentingan diri untuk dapatkan sokongan dan kedudukan lebih utama dari keharmonian dan kepdntinan nasional Malaysia? Jika ini dalam kepala otak pimpinan politik di negara ini, sila nilai la maruah kamu semua, layakkah menjadi pemimpin yang sanggup ketepikan agenda nasional Malaysia negara ini hingga sanggup mempolitikkan isu kaum, agama, bahasa, dan budaya untuk mdndapat sokongan dan kedudukan untuk kepentingan diri?

    Pemimpin apakah jenis ini? Ini semua pemimpin haprak, mentaliti rendah yang gila jawatan, pangkat dan kuasa, sanggup bakar sentimen masyarakat dengan mrmpergunakan agama, kaum, budaya, dan bahasa untuk mendapat kedudukan, jawatan, pangkat untuk elaun, gaji, imbuhan itu dan ini.

    Kita patut malu jika menyokong pemimpin semacam itu, pimpinan yang pentingkan diri lebih dari kepentingan negara dan rakyat, bodohlah rakyat yang masih mdndewa-dewakan pimpinan seperti itu.

    Malaysia baharu yang perlu adalah Malaysia yang bebas dari sentimen keterlaluan agama, bangsa, bahasa, dan budaya, di mana kita semua patut terima kepelbagaian yang ada dan hormat menghormati dan sentiasa bersatu dan mencari titik persamaan untuk memajukan negara kita, sekolah kebangsaan dengan pengantar bahasa inggeris adalah salah satu contoh yang baik.

    Mengapa saya cadang guna bahasa Inggeris, sebabnya untuk elakkan rasa tak puas hati bangsa dan kaum di Malaysia pasal apa guna bahasa kaum tertentu, tetapi halang penghunaan kaum bahasa lain sebagai pengantar di sekolah, jadi bila guna bahasa Inggeris, tak timbul isu ini, lagi pun penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar akan dapat diperkasakan.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Menteri pendidikan yg baru ni kalau dia iktiraf UEC mesti dicatat sejarah Sbg pengkhianat bangsa.full stop!

    ReplyDelete
    Replies
    1. UEC tak perlu diiktiraf, malahan hapuskan semua sekolah pelbagai aliran di negara ini, wujudkan aliran kdbangsaan dengan pengantar Bahasa Inggeris di sekolah sahaja, boleh baca komen saya yang panjang lebar pada july 13, 5.51 pm.

      Delete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com