pages

Sunday, July 8, 2018

Tun M Mahu Malaysia Baru lebih Baik, kita harap bukan lebih LGBT, Lebih Syiah, Lebih Sesat, Lebih Belakangkan Melayu, Islam


Malaysia Baru, label yang kini popular digunakan untuk menggambarkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) selepas PRU ke-14, sepatutnya “pastinya lebih baik” daripada pentadbiran sebelum ini yang memerintah negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Malah, Malaysia Baru adalah penambahbaikan terhadap tempoh sepanjang saya menjadi perdana menteri selama 22 tahun," katanya dalam temu bual dengan Investvine, portal berita perniagaan berpangkalan di Hong Kong yang membuat liputan secara lebih khusus di Asia Tenggara, merujuk kepada tempoh pertama kali beliau menjadi perdana menteri sehingga November 2003.
Dr Mahathir berkata Malaysia Baru bermaksud kerajaan akan kembali kepada demokrasi dan kedaulatan undang-undang dan menghormati kehendak rakyat.
"Mereka telah menunjukkan bahawa mereka tidak suka kerajaan sebelum ini, dan sudah tentu kami perlu mengambil tindakan pembetulan untuk membawa negara kembali kepada organisasi terdahulu. Di masa lalu, kakitangan awam, misalnya, tidak terbabit dalam politik, tetapi kehadiran mereka ialah untuk melaksanakan dasar-dasar dan peraturan-peraturan kerajaan dan tidak sebagai anggota politik.
"Tetapi adalah agak ketara bahawa dalam tempoh 10 tahun lepas atau sekitarnya, kakitangan awam sudah banyak berubah dengan mereka dilihat secara terbuka berkempen bagi pihak kerajaan dan itu adalah salah. Ia menjadikan mereka berat sebelah dan membuatkan mereka berusaha memastikan kerajaan sebelum ini menang (pilihan raya), ada kalanya dengan melakukan perkara yang salah," katanya.
Dalam temu bual oleh Pengarah Investvine Imran Saddique dan korespondennya Firoz Abdul Hamid, perdana menteri turut menyentuh tentang rasuah dalam perkhidmatan awam.
"Mereka melihat peluang-peluang untuk membuat wang untuk diri mereka sendiri dan tidak teragak-agak untuk tunduk kepada godaan itu. Menyaksikan pemimpin kerajaan sendiri dituduh rasuah, kami mendapati banyak daripada mereka terlibat kegiatan rasuah dan sudah tentu kami tidak boleh benarkan orang-orang ini meneruskan itu kerana mengikut persepsi, etika mereka terhadap perkara-perkara itu bukan apa yang diharapkan daripada penjawat awam,” katanya.
Ambil masa ubah budaya
Dr Mahathir menegaskan bahawa kerajaan baru tidak membalas dendam dengan menyingkirkan mereka kerana apabila individu atau pegawai seumpama itu terlibat dalam salah laku, adalah salah untuk kerajaan terus mengekalkan mereka.
"Mereka yang bersih, mereka dikekalkan. Ada kalanya amat sukar untuk menggantikan pegawai sedia ada kerana di bawah mereka juga terdapat pegawai rasuah. Ada masanya kami perlu turun tiga atau empat langkah ke bawah sebelum kami dapat jumpa pegawai yang tidak terlibat.
"Jadi prosesnya akan memgambil masa kerana tanpa pemimpin atau ketua kerajaan yang bersih, kami tidak akan dapat melakukan pembaharuan dan menegakkan kedaulatan undang-undang,” kata Dr Mahathir.
Beliau turut mendedahkan bahawa kerajaan sedang menyingkirkan " agak banyak orang" hanya kerana mereka terlibat dan bukan disebabkan penglibatan mereka sebagai anggota parti tetapi bagi kes-kes yang mereka secara terbuka berkempen untuk parti pemerintah sebelum ini.
"Kami tidak boleh jangkakan mereka menjalankan tugas mereka tanpa terjejas oleh kesetiaan mereka. Jadi itulah masalah utamanya dan oleh itu pertama sekali kami perlu mendukung kedaulatan undang-undang dan sekali lagi menerima pakai sistem tadbir urus demokratik,” katanya.
Ditanya bagaimana beliau merancang untuk mengubah budaya itu dalam perkhidmatan awam, perdana menteri berkata ini akan mengambil masa kerana seluruh sistem nilai rakyat telah diremehkan khususnya di bawah kerajaan sebelum ini.
Perdana menteri turut memperkatakan tentang kerajaan sebelum ini yang suka memberi wang kepada rakyat yang jelas kerana kemiskinan tetapi malah mereka yang tidak miskin turut menjadi penerimanya.
“Malah setiap orang diberi wang percuma oleh kerajaan. Ini menjadikan rakyat bergantung kepada kerajaan dan mereka tidak lagi bekerja untuk menjana pendapatan. Mereka menjangkakan pendapatan mereka datang daripada kerajaan yang telah merosakkan etika kerja mereka sehingga ke tahap mereka tidak lagi bekerja bagi menjana pendapatan untuk hidup.
“Mereka berpendapat bahawa walaupun mereka tidak bekerja, kerajaan bertanggungjawab untuk menanggung mereka, dan ini sudah tentu amat tidak baik kerana ini bermakna mereka tidak produktif," katanya.

1 comment:

  1. Tun M, menjadikan negara ini lebih baik bukan setakat hal rasuah dan seleweng duit negara sahaja. Caca merba dalam idealogi pentadbiran negara ni juga dah ke arah SHIT itu adakah Malaysia baru? Bahasa Malaysia nak dianaktirikan adakah itu Malaysia Baru? Macamna dengan usaha DAP nak iktiraf UEC? Macamana Syiah, Ahmadiah dan LGBT nak bebas kesongsangan amalan mereka di dalam masyarakat?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com