pages

Tuesday, July 31, 2018

Trend GUGUR Kes pemimpin PH: Zunar, N Surendran, R Sivarasa dibebaskan dari tuduhan hasutan


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan kebimbangan berhubung trend penguguran kes-kes mahkamah melibatkan pemimpin PH sejak kebelakangan ini.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, apa yang lebih merisaukan adalah kes-kes tersebut melibatkan jenayah seperti hasutan dan pembocoran maklumat.

Menurutnya, perkara tersebut memerlukan penjelasan yang kukuh kerana dibimbangi akan memberi persepsi negatif terhadap amalan doktrin pengasingan kuasa di Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pembebasan kartunis, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang lebih dikenali sebagai Zunar dan beberapa individu lain dibebaskan daripada dakwaan hasutan mereka semalam.

Selain Zunar, bekas ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa turut dibebaskan dari tuduhan hasutan mereka.

Mengulas lanjut, Azalina menegaskan, badan kehakiman perlu kekal bebas daripada mana-mana campur tangan termasuk dari badan eksekutif mahupun legislatif.

“Kerajaan PH perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang diambil agar tidak mewujudkan persepsi yang salah terhadap badan kehakiman dan perundangan di negara ini.

“Maka semua pihak seharusnya berpegang dengan prinsip ‘rule of law’ supaya prestij badan kehakiman negara terus dihormati,” katanya.

Azalina juga mahu semua pihak menghormati kedudukan dan kuasa seseorang Peguam Negara untuk berperanan secara adil dan saksama seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Di bawah Perkara 145(3) turut menegaskan bahawa kuasa budi bicara Peguam Negara adalah mutlak dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Bagaimanapun, trend pengguguran kes-kes Mahkamah yang melibatkan pemimpin PH sejak kebelakangan ini cukup membimbangkan,” katanya.-SH

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews