pages

Tuesday, July 10, 2018

Syor peguam sistem beraja dimansuh: Anda jahil murakab, buta sejarah, kata Ridhuan Tee


26 Syawal 1439H, Selasa – “Anda Melayu yang buta dan jahil sejarah. Usah jadi Melayu.” Demikian kata, pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah ketika mengulas kenyataan aktivis BERSIH, Fadiah Nadwa Fikri yang mempertikaikan sistem monarki di negara ini.
Dalam konteks Malaysia, katanya, raja adalah simbol dan juga penjaga kepada agama Islam, orang Melayu serta hak keistimewaan kedua-duanya.
Jika tidak ada raja, maka semakin bermaharajalelalah golongan liberal ini. Saya tidak pelik, jika orang bukan Melayu yang tidak faham adat budaya Melayu yang mempertikaikannya, tidak mengapa juga. Tetapi jika orang Melayu sendiri yang melakukannya, nampak sangat mereka ini jahil murakab dan telah mati hati Melayunya
Golongan ini tidak layak menjadi bangsa Melayu, eloklah dipadamkan identiti bangsa. Jika dipadamkan identiti Melayu, mereka ini adalah golongan tidak ada bangsa dan tidak layak tinggal di bumi bertuah,” katanya sambil menegaskan bahawa keberadaan sistem beraja membolehkan negara terus bergerak maju.
Beliau berharap Fadiah yang juga seorang peguam supaya membaca sejarah kesultanan Melayu dan kenapa Malaysia mempunyai sembilan raja-raja Melayu dan seorang Yang di-Pertuan Agong.
Jika sarjana sejarah seperti Khoo Kay Kim boleh mengesyorkan kita membaca sejarah sebegini, kenapa orang Melayu begitu jahil mempertikaikan sistem beraja ini,” katanya mengulas kenyataan Fadiah yang berpendapat kewujudan sistem beraja di Malaysia sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh lagi diterima atau dipertahankan.
Mengulas lanjut kenyataan itu, beliau menegaskan, jika raja yang bersalah dan tidak berakhlak dengan baik dan mengikut cara Islam, ianya adalah kesalahan raja dan kerabat mereka, bukannya kesalahan sistem beraja.
Namun, Dr Ridhuan Tee tidak menafikan jika ada segelintir masyarakat yang sudah mula muak dengan perangai raja tertentu dan kerabat mereka yang berlagak ke sana sini tatkala rakyat berada dalam kesempitan dan kesusahan.
Ada yang menggunakan kemewahan yang diberikan sewenang-wenangnya dan menggunakan nama kerabat untuk mendapatkan habuan tertentu seolah-olah mereka kebal. Kepada raja dan kerabat, buatlah muhasabah, rakyat jelata sedang memerhatikan duli-duli Tuanku.
“Jangan sampai mereka menjadi bosan dengan tingkah laku raja tidak mencermin akhlak raja yang sebenarnya. Apa yang dibangkitkan mungkin sebahagian daripada rasa bosan dan amarah dengan melihat dan perangai serta tingkah laku duli-duli tuanku. Berubahlah, sebelum rakyat jelata menolak sistem beraja,” katanya. - ismaweb

17 comments:

  1. Inilah contoh generasi yg umno telah lahirkan. Bila pak sibuk main wayang anak tetap duk sebelah dan nampak segala kulit yg lalu depan mentol. Anak xkan dpt pengajaran dari cereta wayang tu. Tp anak akan cari jln utk hidupkan cerita depa pulak. Ini lah hasilnya 60 tahun umno. Ampa nak bising apa? La ni memang dah masuk generasi depa. Bukan masa depa nak pi jadi pejuang bangsa pejuang bahasa pejuang agama. La ni masa depa nak jadi org Malaysia. Pasai tu saja contoh yg depa nampak masa depa dibesarkan dlm umno. Depa nampak hanya slogan perjuangan. Tp dibalik tabir depa nampak hanya duit yg digunakan supaya org ramai bertepuk dgn persembahan wayang kulit depa.
    Didik lah depa guna pendekatan yg lebih mengikut aliran semasa. Pasai pa nak suruh depa baca semula sejarah 2 generasi yg lepas? Sedangkan generasi yg sebelum ni xpernah ambil iktibar langsung dari apa yg berlaku sebelum tu.
    Institusi raja memang harus diperthankan. Tapi bukan dgn cara suruh depa baca sejarah yg xdak memberi pengajaran apa2 kepada umno.
    Ajaq la depa supaya lebih berfikir luas. Jgn ajaq depa supaya takut utk berfikir dgn cara hentam x tentu pasai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa ko merepek ni sial, lain orang tu kata lain pulak ko merepek

      Delete
    2. Ko ada baca sejarah ke? Kalau ko bca Sejarah yg british penjajah tulis mng hancus la

      Delete

    3. Siapa yang paling lama menerajui UMNO adalah lah yang paling bertanggungjawab terhadap kejahilan-marakab bebudak ini.

      So jangan salah orang lain, salahkan Tokdet ko tu dulu.

      Delete
    4. Macai harami 4.01,4.28,6.58,

      Paling lama menerajui umno adalah Tun dr.M,

      Sepanjang Tun mentadbir sepanjang itulah pembangunan, pendidikan, kesihatan, islam pesat dibangunkan, malah negara dikenali seluruh dunia, maruah negara diangkat dan disanjung....malang sungguh apabila najib menjadi PM semuanya dibinasakan dihancur lebur dengan pelbagai maksiat di laknat Allah.

      Satu contoh amat ketara adalah di zaman Tun, pembangunan rumah untuk rakyat tumbuh melata umpama cendawan tumbuh segar dipagi hari....subur selepas hujan dari rahmat Allah.

      Jika zaman Tun, setiap rumah2 teres berderet dengan kereta 2-3 buah, motosikal 2-3 buah....

      Amat malang apabila Najib ambil alih pentadbiran, di setiap ceruk penjuru negara rakyat mengeluh, marah dengan penipuan penyelewengan dan samunan pukul rata najib terhadap rakyat.

      Pembinaan Rumah2 baru pula merosot bilangannya, harga binaan rumah mencanak naik menggila harganya, sehingga rakyat hanya mampu lihat sahaja.

      Jika zaman tun bilangan kenderaan 2-3 buah setiap rumah, amat mengejutkan apabila zaman najib bilangan kenderaan hanyalah sebuah disetiap rumah, itu pun belum ditolak jika datang penarik kereta menuntut kereta dek berhutang milik bank.

      Alhamdullilah Tun kembali menjadi PM dengan agenda memulihkan negara yg telah rosak dibinasakan, mengkayakan kroni2nya oleh najib, kepala bapak kepada penyamun2 semalaysia.

      Delete
    5. Kau ni bodoh ke apa,zaman tun mmg nmpak ada kemajuan seiring dgn kemajuan negara2 lain juga, zaman tun m bermula kemerosotan kpimpinan negara, umno yg dulu mlahirkan ramai melayu yg hebat tiada lg pd zaman tun, org muda yg cerdil pndai tdk lg ada tempt dlm umno, politik wang,cantas mencntas, mngampu berleluasa dizaman tun hingga umno telah rosak akar umbinya,

      Delete
  2. Kalau yg cakap tu bukan Melayu kita boleh faham ,Tapi bila yg bercakap tu pakai tudung memang harami .Satu prinsip rukunegara Sudah di cabul.Tapi di Malaysia ni semua boleh .yg tak reti cakap BM sepatah haram pun boleh dilantik jadi AG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak reti cakap BM masih ok lagi, tetapi mengundi menyokong dan bersubahat (seperti undi parti pas) si najib adalah dilaknat Allah.

      Delete
  3. Anom 2.19 pm tu bukan melayu.Kalau cina pun bukan macam Dr Ridhuan Tee atau Prof.Kho Kay Kim tapi species racist berlemak yang mencelah untuk menyala dan mengiakan kan pendapat jenis melayu yang sudah terasa terlajak pandai dan super.Dengan ego menjadi peguam kaki pun terasa tidak terpijak di bumi lagi....malang sungguh kau dilahirkan sebagai melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertaubatlah macai harami 5.38, permohonan maaf ko kepada kami tidak diterima, jadi elok ko pergi bermunajat, berzikir dan bertaubat ganti, ambil alih budak2 siam yg terperangkap dlm gua tue....

      Delete
  4. Rakyat nak dengar juga pendapat raja2 Melayu, kenalah juga ada ketegasan!!!!

    ReplyDelete
  5. Mcm2 terjadi di bawah Pakatan Haranap. Semuanya menuju kehancuran. Tahniah anak muda memilih. Ekeke

    ReplyDelete
  6. Kita nak jadi mcm arab tak ada raja maka tak terjaga lah agama islam..ke ke

    ReplyDelete
  7. Aku lbh suka jika malaysia diperintah ala2 khalifah. Hanya 1 je khalifah. Tak perlu yg lain. Khalifah ni dipilih kerana ilmunya / alimnya, bijak & waraknya.

    Jawatan khalifah pulak bukan jawatan warisan. Keistimewaan Islam & melayu tetap di bwh kuasa khalifah. Jawatan khalifah dipilih oleh majlis syurah & ulamak.

    ReplyDelete
  8. Aku lbh suka jika malaysia diperintah ala2 khalifah. Hanya 1 je khalifah. Tak perlu yg lain. Khalifah ni dipilih kerana ilmunya / alimnya, bijak & waraknya.

    Jawatan khalifah pulak bukan jawatan warisan. Keistimewaan Islam & melayu tetap di bwh kuasa khalifah. Jawatan khalifah dipilih oleh majlis syurah & ulamak.

    ReplyDelete
  9. Peringkat awal mudah saja..DYMM Sultan-sultan haramkan saja budak betina yang bercakap tu dari jejakkan kaki dibumi yang diperintah sultan. Biar dia naik kapal terbang saja..

    ReplyDelete
  10. 9.54, Bukan kah najib di pilih seperti ini? Apabila 1mdb memberi penerangan, ulama, majlis syura berkata mereka amat berpuas hati...

    Apakah kesan dan akibatnya jika tiada ketelusan dan intergriti?

    Negara berhutang lebih 1 trillion.

    Jika najib masih memerintah selepas PRU14, maka ulama dan majlis syurah akan dirujuk untuk berkata, mereka amat berpuas hati dengan hutang negara 1 trillion!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews