pages

Tuesday, July 3, 2018

(((LIVE))) SPRM tahan Najib, dibawa ke Putrajaya



KENYATAAN MEDIA PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB:
NAJIB DITANGKAP UNTUK PENDAKWAAN

Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan telah membuat tangkapan terhadap Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri pada pukul 2.35 petang berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Tangkapan tersebut telah dibuat di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Mohd. Najib akan dituduh pada 4 Julai 2018 (esok) pada pukul 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.

PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB
1. TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
2. TAN SRI ABU KASSIM MOHAMED
3. DATO’ SRI MOHD SHUKRI ABDULL
4. DATO’ ABDUL HAMID BADOR

3 JULAI 2018
PUTRAJAYA



SPRM tahan Najib, dibawa ke Putrajaya

KUALA LUMPUR - 
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta, sebentar tadi.

Penangkapan itu dibuat ketika SPRM masih merekodkan keterangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi, serta anak tirinya, Riza Aziz berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beberapa sumber polis dan SPRM yang dihubungi Malaysiakini mendakwa Najib dibawa dari rumahnya petang tadi.

Bekas perdana menteri dan presiden Umno itu dilaporkan ditahan pada pukul 3 petang ini. 
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull ketika dihubungi Malaysiakini tidak mengesahkan perkara itu, namun berkata beliau sedang berjumpa dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Fuzi Harun.
"Saya sedang berjumpa dengan ketua polis negara sekarang. Saya akan keluarkan kenyataan media sekejap lagi," katanya.
Sumber bagaimanapun memberitahu bahawa Najib dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk soal siasat lanjut.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan spekulasi kemungkinan Najib ditangkap hari ini.

Sebelum ini, SPRM telah mengambil keterangan daripada Najib pada 22 dan 24 Mei lalu.

Beberapa media juga telah melaporkan sumber yang mengesahkan tangkapan itu.
Difahamkan, Najib dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan berkaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad dan SRC International.

Difahamkan, beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB berhubung tangkapan yang dibuat.

Sinar Harian pula menjangkakan kenyataan rasmi berhubung tangkapan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

AKAN MENYUSUL



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com