SILA KLIK

pages

Sunday, July 29, 2018

Silibus, kurikulum UEC kata umat Islam SOLAT 6 KALI SEHARI, Mujahid ok kot?



BANGI, 16 Zulkaedah 1439H, Ahad– Asas kepada sijil peperiksaan bersepadu (UEC) sekolah persendirian Cina adalah sikap tidak puas hati terhadap sistem pendidikan kebangsaan, kata Ketua Eksekutif Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), Mohd Zai Mustafa.
Beliau berkata, kontrak sosial dipersetujui pada 1955 dan pada 1957 dikeluarkan Penyata Razak iaitu satu garis panduan kepada dasar pendidikan kebangsaan yang pertama.
Menerusi Penyata Razak itu, katanya, semua pihak bersetuju bahawa pendidikan adalah satu langkah ke arah penyatuan kaum dengan mengiktiraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan menjadi pengantar utama dalam sistem pendidikan Malaysia.
Kita semua bersetuju pada waktu itu… tetapi ada satu kelompok tertentu termasuk Dong Zong dan mereka tak bersetuju dan hendak duduk di luar daripada sistem yang telah dipersetujui…
“Ada ekstremis yang tidak mahu duduk dalam sistem yang dipersetujui dan mereka bersedia duduk di luar. Jadi asas kepada UEC ini adalah tidak puas hati dan tidak mahu duduk dalam sistem pendidikan negara,” katanya pada Wacana Anak Bangsa – UEC (1975-2018) Pejuang atau Petualang Siri 2 anjuran Persatuan belia Islam Malaysia (Pembina) di sini.
Mohd Zai berkata, adalah pelik apabila kumpulan minoriti meminta majoriti mengiktiraf mereka sedangkan pada awalnya mereka sendiri yang tidak puas hati dan mahu berada di luar kerangka pendidikan negara.
Menuntut pengiktirafan terhadap UEC, katanya, adalah berlawanan dengan apa yang dilakukannya iaitu keluar daripada sistem pendidikan kebangsaan.



Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam Wacana Anak Bangsa – UEC (1975-2018) Pejuang atau Petualang Siri 2 anjuran Persatuan belia Islam Malaysia (Pembina) di Bangi, semalam.

Dia tidak puas hati… dan dia ambil sikap keluar daripada sistem… kami akan buat pendidikan sendiri, kurikulum sendiri, peperiksaan sendiri dan kami akan hantar anak kami ke mana yang kami suka, kami tidak mahu duduk dalam sistem yang ada sekarang ini.
“Setelah beberapa tahun daripada 1975 hingga 2018, mereka menuntut supaya sistem mereka, kurikulum mereka, UEC mesti diterima.. ini dah macam lawan tauke… ini keadaan yang terbalik,” katanya.
Malah, beliau berkata, pihak yang menuntut supaya UEC diiktiraf mengaku kesilapan mereka berada di landasan berbeza daripada negara, menyebabkan sistem mereka mempunyai kecacatan sendiri apabila tidak dpaat memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan menjawat jawatan dalam kerajaan.
Itu risiko yang mereka ambil.., sepatutnya mereka berani membawa sistem mereka dan bertanggungjawab dengan kesan akhirnya yang dia akan terima. Kenapa sekarang kena iktiraf… awak pergilah dengan sistem awak dan kami dengan sistem kami.
“Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, SRJKC boleh ikut sistem pendidikan negara, tetapi kenapa 60 sekolah persendirian Cina itu mengambil sikap keluar daripada sistem dan 40 tahun kemudian menuntut semua orang kena iktiraf UEC,” katanya.
Mohd Zai turut berpendapat bahawa UEC akan membawa satu kesan kepada negara iaitu sistem pendidikan menjadi huru-hara.
Beliau berkata, Pertubuhan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia melakukan semakan ke atas sistem, kurikulum dan silibus pelajaran di sekolah persendirian Cina dan mendapati ada gambaran yang tidak betul mengenai Malaysia, rakyat dan sosiobudaya.
Contohnya, gambaran yang diberikan kepada orang Cina mengenai solat. Dia kata orang Islam solat enam kali sehari… kita semak dari mana datangnya enam kali. Rupa-rupanya dia tulis kata solat Jumaat juga dilakukan setiap hari sedangkan solat itu dilakukan hari Jumaat sahaja,” katanya. - ismaweb

8 comments:

  1. Otang Islam dlm PH bukan manusia tapi SYAITAN BISU, melihat kemungkaran depan mata tapi buat2 tak nampak sebab takut kat DAP, celakalah org munafik sekalian, jawab lah depan Allah, ko ingat boleh lepas dgn bertaubat, ini kesalahan dgn rakyat, minta maaf dgn rakyat

    ReplyDelete
  2. "Silibus, kurikulum UEC kata umat Islam SOLAT 6 KALI SEHARI, Mujahid ok kot?"

    CG, betul ke? apakata bermesyuarah bincang dengan mujahid untuk mendapatkan penjelasan?

    Untuk makluman dan Nota tambahan; tidak sokong UEC sebaliknya menyokong penuh sekolah wawasan.

    Tidak sesekali mahu bersubahat bersekutu dengan puak2 yg membuat pelbagai jenis tuduhan2 terhadap kaum lesbian, gay, bisexual, transgender sehingga terbukti disahkan aksi melakukan perbuatan dilarang ditegah dilaknat Allah.

    Korang jawab la buruk sangka tohmahan korang di mahkamah akhirat.

    ReplyDelete
  3. Sial..tk habis2 buat fitna..bn tumbang baru nk ckp soal bangsa agama..melayu patut malu dh berpuluh tahun perintah masih gagal bela nasib bangsa..melayu hanya tahu rasuah projek dgn betina..bila xde kuasa baru ckp soal agama..kahkahhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk renungan..jadi pembangkang ada hikmahnya untuk bangkit kerana penjilat2 tak da isu untuk pembangkang..apa yg cg postkan adalah fakta apa yg berlaku pd kerajaan skrng,sbb tu setiap posting cg tentang isu kerajaan,penjilat hanya mampu komen tentang sejarah sbelum pru 14.kita bersih dari kesilapan kerajaan sekarang..jd usah pedulikan komen penjilat..kerana kita berada di pihak yg benar dan penjilat hanya mampu ungkit cerita lama..

      Delete
  4. mujahit tak boleh harap.. ini kerajaan yg diasaskan sentimen fitnah semata mata..

    kemunculan Bani mim yg sebenar dari timur membawa panji panji hitam suda muncul melawan kerajaan Fitnah Dajjal.

    ReplyDelete
  5. Menteri agama sama taraf..mampos mcm ni ..jawab lah tangan2 yg undi puak ni

    ReplyDelete
  6. Islam lemah bukan kerana kuatnya orang kafir. Tapi kerana ramainya munafik dlm islam

    ReplyDelete
  7. Sama saja melayu dlm ph & bn bila jadi kerajaan.hak org melayu & islam dipandang remeh demi mendapat sokongan.harus diingat dap mendapat sokongan hampir kesuluruhan kaum cina kerana memperjuagkan bangsa mereka.

    ReplyDelete

Sila Klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com