pages

Thursday, July 5, 2018

Sesi "jogging" Pertama KBS, Menteri PAKAI SELUAR PENDEK



Rasulullah SAW bersabda:

عنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

((لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ، وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلَا تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ)) [صحيح مسلم]


Maksudnya: “Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian.” [HR Muslim].

Aurat lelaki agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.

Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah atau bersukan. Namun, harus diingat, pegerakan kita (ketika duduk atau tunduk) akan mendedahkan aurat apabila seluar itu cukup-cukup di antara pusat dan lutut.

Bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.


Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.

Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?

Secara logiknya cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.

Semoga Menteri lebih peka dan menjadikan Islam sebagai panduan utama dalam memastikan sukan negara diredhai Allah dan menyelamatkan seluruh umat dari terjerumus kepada kebencian Yang Maha Berkuasa.

24 comments:

  1. klu jaga aurat pun tak boleh camner nak jaga islam.. ooopss ini kerajaan liberal pluralis lgbt

    ReplyDelete
  2. ini kerajaan liberal, plurisme dan lgbt
    penyokong Islam tertipu kahk kah kah

    ReplyDelete
  3. Belum matang lg,dah jadi menteri.
    Banyak lagi kena belajaq

    ReplyDelete
  4. Senaman kat rumah je la. Bnyk benda lg staf nk buat kerja.

    ReplyDelete
  5. Menteri ni tak tahu beza tugas seorang menteri dgn tugas seorang physical trainer.

    ReplyDelete
  6. Jambu PH ni silap ari bolan kena pangkah dng bang non nnti... kah kah kah kah..

    tunggu bang non jadi PM tau la nasib ko... onn ke tak onn...


    kah kah kah..

    ReplyDelete
  7. Minta ayahanda bekas MB hadiah track suite lah..... sian sadik.... biasalah...dalam rumah bujang seluar pendek jer.... tak begitu sadik..... hailah bekas mb.... rak rugi bermenantukan menteri muda ni.

    ReplyDelete
  8. budak mentah, mmg tak layak jd menteri, jd YB pon tak layak

    ReplyDelete
  9. HANYA PANDAI BERCAKAP DILANTIK JADI MENTERI, DUNIA OH DUNIA
    DUNIA SEKARANG ORANG SENYAP YG BIJAK TIDAK DIPANDANG, ORANG PANDAI BERCAKAP TAPI TIN KOSONG ITU YG DIPILIH, HANCUR LAH

    ReplyDelete
  10. salam semua,
    Pencacai UMNONGOK, wah sedap kau orang kutuk Syed Saddiq. Aku pun setuju dan akan nasihat beliau terus. Tapi nampak sangat, masa BN berkuasa dulu aku tengok ramai isteri Menteri Kabinet yang berpakaian tidak menutup aurat lebih lagi terlajak seksi, macam bini NA, kau orang diam aje. Memang HIPOKKARAT melampau kau orang ni. Poorah

    ReplyDelete
  11. KITAORG CITE SINI PASAL MENTERI LAH NGOK, dulu mana ada menteri BN pakai seluar pendek

    ReplyDelete
  12. Budak2 kena la nasihat elok2. aku yakin budak ni bole terima nasihat. Jgn sedap2 tuduh org lgbt la pluralisme, x matang mcm budak ni gak. Kahkahkah..abis tu yg main bersukan, main bola, main badminton, bina badan dan mcm2 lgi tu pluralisme, lgbt la jugak ke?. Mmg budak ni dah silap so tegur cara berhemah mcm kerajaan PAS terengganu buat kat pelancong asing kan. Ke sama gak PAS ni penyokong lgbt dan pluralisme?.kahkahkah...jadi belajar2 la tegur dgn cara berhemah. Berdakwah ada seninya. Korang yg claim pejuang islam dan penegak agama islam mestilah tunjukkan contoh yg baik baik dari segi ahklak, bicara dan tingkahlaku. Ni kang kopiah atas kepala tapi buang sampah merata-rata. Berserban tapi mulut mcm popcorn ngata org kafir, penyokong lgbt la apa la....apa jenis dakwah yg korang bwak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia g london ngan siapa.... bleh plak cerita pasal safe sex..... korang hagak?.... malas nak kata... tak nampak....

      Delete
  13. Hahaha...pelik aku tengok Mesia ni. Ini pun jadi hal. Kalau brader tu lari tk pakai seluar lain cerita lah. Don't be petty ok. Don't sweat the small stuff. Oops sorry tk boleh berbahasa Inggris..nanti ada plak yg teriak "Melayu melayu, melayu..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. DIA TU MENTERI, KALAU KO YG JUAL BUGER TEPI JALAN ADA AKU KESAH, BODOH

      Delete
    2. Siapa jual burger? bapak kau ke atok kau? Pegi jaga kain sarong kau lah baruah..jaga seluar pendek menteri pulak. Bingai

      Delete
    3. kenapa nak bergaduH, kita kena faham peranan seorang Menteri berbanding orang biasa seperti kita, seorang menteri berperanan sebagai public figure dan imej kepada kementerian.Jika memegang jawatan menteri, kita tidak boleh buat sesuka hati mengikut kehendak kita, dalam pertadbiran ada protokol yang asas.

      Delete
  14. Apabila ada kes melibatkan menteri PH, maka berduyun duyun komen macai harami upahan najib si pencuri beri komen.....

    ReplyDelete
  15. Kak hasmah tutup aurad ke macai..ki ki ki

    ReplyDelete
  16. Baik ko tegur cara berhemah pada atok..suruh bini dia tutup aurat..kalau tang kak mah..berduyun2 mai komen

    ReplyDelete
  17. Kalau zaman kegemilangan abang non..sadik ni dh kena usyer dah..tapi skrg abang non tk berapa nk sihat..selalu masuk wad pasal pinggang..kira selamat laa..

    ReplyDelete
  18. Aku pun agak yak lama dia kena pangkah dgn Abg non. La dia pi Indon, balik sat gi jaga hang.

    ReplyDelete
  19. Salam pencacai semua,

    Apa itu aurat??? Di antara pusat dan lutut. Sekarang ni, perbahasannya, lutut dan pusat tu adakah termasuk sekali di dalam aurat yang wajib ditutup???

    Kita umat mesti sentiasa merujuk kepada dalil iaitu Al-Quran dan Hadis.
    Ada beberapa hadis antaranya hadis Anas r.a. yang menceritakan;

    أن النبي صلى اللَّه عليه وسلم يوم خيبر حسر الإزار عن فخذه حتى إني لأنظر إلى بياض فخذه
    “Pada hari peperangan Khaibar, terselak kain dari paha Nabi s.a.w. hingga aku dapat melihat putihnya paha baginda” (HR Imam Ahmad dan Imam al-Bukhari).


    Jumhur ulamak (merangkumi Imam Malik, Syafi’ie dan Ahmad) berpandangan; pusat dan lutut tidaklah aurat.

    Dah tu yang kau sibuk benda yang tak salah nak buat apa??? Tambah pulak anon 9:18 fitnah pulak kerajaan liberal pluralis lgbt!!!! Kau sendiri yang bodoh tak tahu hukum agama kau pulak pergi fitnah orang dah kenapa???

    Kalau kau cerdik si Saddiq yang buat kerja haram tak menutup aurat ke kau sendiri yang buat kerja haram memfitnah???

    Kalau kau nak post pun cubalah post benda-benda yang cerdik. Kau nak tunjukkan apa, kau walaon-walaon atau pencacai-pencacai bodoh tak tahu hukum agama ke???

    Aku bukan marah kau nak post apa pun, tapi aku marah kalau orang memperbodohkan orang guna sentimen agama!!!!

    Aku harap post aku ni diterbitkan kerana aku berharap agar semua perbahasan dapat menggunakan fakta-fakta yang betul termasuk di dalam bidang agama.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews