pages

Sunday, July 1, 2018

Saya TPM, bukan Anwar - Wan Azizah


PUTRAJAYA: "Saya Timbalan Perdana Menteri, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim."  
Itu penegasan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang menyelar dakwaan kononnya Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri di sebalik tabir, manakala beliau hanyalah boneka suaminya. 

 Dr Wan Azizah berkata, beliau bukan boneka sesiapa dan tidak dikawal suaminya dalam menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

 Malah, beliau juga mahu dipandang serius sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama negara dan komited menjalankan tugasnya sejak mengangkat sumpah jawatan itu sehingga saat ini. 

"Saya yang datang kerja awal, saya yang balik lewat malam. Beliau (Anwar) pergi ke Turki dan London.

 "Berilah saya pujian dan penghargaan sebab saya buat kerja banyak. Saya Timbalan Perdana Menteri, bukan dia," katanya dalam temu bual eksklusif dengan NSTP di sini, kelmarin. 

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin kononnya Anwar adalah individu yang memberinya arahan sepanjang menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

 Sementara itu, Dr Wan Azizah mengakui tidak begitu tertekan walaupun melakar sejarah selaku Timbalan Perdana Menteri wanita pertama negara, khususnya kerana beliau juga adalah bekas Ketua Pembangkang wanita pertama di Malaysia.

Mengakui cabaran dihadapi ketika ini berbeza berbanding sebelum ini, Dr Wan Azizah berkata, beliau banyak belajar dan bertanya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam pelbagai perkara. 

 "Saya hubungi juga Tan Sri Muhyiddin Yassin dan teman lain dalam Jemaah Menteri untuk berbincang jika ingin buat keputusan," katanya.

2 comments:

  1. Please.... dia dah banyak... terlalu banyak bersabar dengan karenah suaminya selama berpuluh tahun.

    Dia membesarkan anak-anak di saat suaminya leka berpolitik dalam Abim dan Umno dulu. Kemudian menghadapi cercaan dan penghinaan akibat kelakuan suaminya. Bukan senang menjadi ibu tunggal.

    Kini, Allah menganugerahkan dia satu kedudukan yg tinggi dalam negara. Berilah dia kredit. Dr Wan Azizah bukan wanita bodoh. Hanya kerana dia memilih utk menjadi seorang isteri yang taat dan sabar bukan bermakna dia bodoh. Dia mengharapkan ganjaran besar di akhirat nanti.

    Ramai wanita dalam dunia ni yang menghadapi ujian hebat seperti Wan Azizah... tetapi tidak ramai yang berjaya melaluinya dengan tabah dan sabar.

    Dia simbol kekuatan bagi kami.

    ReplyDelete
  2. Dei macai PPPOOOOOOOOORRRRRAAAAHHHHHH

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com