pages

Thursday, July 5, 2018

Rakyat Bagi Peringatan : Kesilapan 60 hari Kerajaan PH


KESILAPAN BESAR 60 HARI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Oleh: Abdul Muein Abadi

1. Harga minyak dijanji akan turun kepada golongan berpendapatan rendah, tapi sebaliknya harga RON95 kekal manakala RON97 diapung.  Inflasi dijanji akan dikurangkan, tetapi tarif elektrik dinaikkan hingga bakal bawa kesan berantai. Tol dijanji akan dihapuskan, namun hingga kini pelan pemansuhan beransur-ansur tidak kelihatan.

2. Sedang rakyat masih berkira-kira berapa banyak sebenarnya harga barang turun apabila GST dimansuhkan, cukai SST pula bakal dilaksanakan.

3. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini baru berusia hampir 60 hari.  Walau bagaimanapun, sebahagian ahli politik yang menerajui PH bukanlah individu yang tidak berpengalaman sama sekali dalam menjawat posisi pentadbiran utama negara sebelum ini. 

4. Namun demikian, terdapat terlalu banyak isu berbangkit yang seharusnya tidak diambil mudah dan perlu direnungkan secara mendalam oleh kesemua pihak tertinggi dalam pentadbiran negara ketika ini.

5. Terdapat sekurang-kurangnya tiga dimensi yang perlu diberi perhatian.  

Pertama ialah janji manifesto PH. 

Kedua ialah percakaran dalaman sesama pemimpin PH. 

Ketiga dan terakhir ialah pemeliharaan institusi Raja-raja Melayu, agama Islam, dan Bahasa Melayu.

6. Sukar untuk menafikan bahawa tempoh hampir 60 hari pertama pentadbiran kerajaan Pakatan ketika ini dibayangi persepsi kegagalan kerajaan menunaikan janji mereka dalam manifesto PRU-14 yang lalu.  



7. Paling kencang tentulah persepsi terhadap janji PH yang berkait dengan kos sara hidup seperti janji memansuhkan tol, janji subsidi petrol bersasar, janji penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN. 

8. Isunya di sini ialah kaedah pengurusan kerajaan Pakatan berkenaan janji yang masih belum mampu mereka penuhi.  

9. Perlu ditegaskan bahawa kerajaan PH perlu lebih serius dalam memerangi persepsi bahawa mereka sengaja untuk tidak menunaikan janji-janji mereka dalam PRU-14 yang lalu.  Tunjukkan dengan segala data dan fakta yang jelas dan terperinci akan situasi kewangan negara yang tidak mengizinkan segala janji berkenaan tidak dapat ditunaikan, tidak cukup sekadar membuat kenyataan media dan mengulang-ulang skrip menyalahkan kerajaan BN terdahulu.

10. Satu lagi kelemahan besar kerajaan Pakatan hari ini ialah percakaran secara terbuka sesama pemimpin parti dalam Pakatan.  

11. Antara deretan isu yang terkini ialah :

isu tekanan besar DAP Perak memaksa YB Ngeh Koo Ham dilantik menjadi Speaker DUN mengetepikan YB Siti Aisyah dari PKR,

 isu Ketua Pemuda DAP Perak Wong Kah Koh menghentam pemilihan anggota Kabinet oleh Tun Mahathir secara terbuka, 

isu kritikan Rafizi Ramli kepada kerajaan berhubung kenaikan tarif elektrik dan pelantikan ahli kabinet,

 isu kritikan Anwar Ibrahim ke atas pendekatan ala-detektif Lim Guan Eng, dan pelbagai percakaran lagi.

12. Tentu sekali kerajaan Pakatan hari ini berbeza dari segi komponennya berbanding kerajaan BN dahulu.  Kali ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir tidak menguasai jumlah kerusi yang besar seperti mana UMNO yang menerajui BN.  

13. Sebaliknya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memiliki senarai ahli parlimen Pakatan yang paling ramai dan diikuti DAP.  Maka pastilah terdapat sebegitu banyak tuntutan dan rundingan tawar-menawar yang berlaku pada fasa awal pembentukan kerajaan dan pembuatan dasar negara bagi mengimbangi kepentingan setiap parti.  

14. Namun eloklah kiranya sebarang ketidakpuasan hati tidak diluahkan secara negatif dan keras kerana imej perpecahan akan mengimpak keyakinan rakyat sekiranya diteruskan dalam jangka masa panjang. 

15. Masalah ketiga dan yang paling kontroversi tentulah berkenaan tentang

 pemeliharaan institusi Raja-raja Melayu, agama Islam, dan Bahasa Melayu

Pendedahan Abdul Kadir Jasin tentang jumlah perbelanjaan Yang Dipertuan Agong (YDPA),

 isu hangat pelantikan Peguam Negara Tommy Thomas,

 isu kenyataan rasmi Menteri Kewangan yang diterjemah ke Bahasa Mandarin, 

ura-ura hubungan tegang Istana dengan Putrajaya yang cuba dikendurkan Anwar Ibrahim, 

kesemua ini mengundang keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.  

16. Perlu diingat bahawa UMNO masih menguasai kerusi Melayu terbanyak di parlimen dengan sekitar 51 kerusi.  Sekiranya langkah drastik tidak diambil segera bagi menunjukkan kerajaan Pakatan hari ini mampu menjadi pelindung kesemua teras Melayu-Islam ini, tidak mustahil UMNO - bahkan PAS - bakal merampas sokongan di kerusi-kerusi Melayu yang kini dikuasai Pakatan.

17. Sedarlah bahawa rakyat amat mendambakan perubahan dan penambahbaikan yang sejati, bukannya 'blame game' yang tidak berkesudahan. 

18. Hentikanlah alasan seperti 'segalanya perlu ditangguh dan disemak akibat kerosakan kerajaan terdahulu' sedangkan dalam masa yang sama kelompok tertentu terus rakus mengaut untung. 

Kisah seperti monopoli tapak DBKL oleh Armada PPBM disokong DAP Bukit Bintang, 

kisah saham Vincent Tan dalam syarikat berkepentingan ECRL (telah dijual), 


kisah kekayaan Taib Mahmud yang belum (dan enggan?) disiasat, dan pelbagai kisah lagi yang berlaku secara diam-diam sebegini wajib dibanteras segera. 

19. Tunaikanlah segera janji untuk menurunkan beban hidup rakyat. Kurangkan berpolitik menyalahkan pihak lain. Cukuplah berpolitik demi kepentingan kelompok terpilih. Sayangilah rakyat. Kasihanilah rakyat.

#manifestoitujanji
#manifestowatch

Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

14 comments:

  1. Dendam kesumat kerana mengusik forex dan mengusik proksi2 lebih penting dr menjaga kepwntingan rakyat..
    Ingat kata komeng...ini atok akan bantu kita kali penghabisan sebelum pergi berjumpa kuan yew utk bermain mahjong..ki ki ki...

    ReplyDelete
  2. Kedudukan raja raja melayu tidak penting kerana semua raja raja atau sultan sultan telah ada kedudukan istimewa yg tiada pd orang biasa
    Yg penting dan menjadi isu ialah kedudukan org org Melayu yg serba serbi kekurangan
    Kalau dulu di tipu oleh org politik umno tapi sekarang nampak macam serupa malah yg lebih malang ada sumber sumber kelihatan bahawa hak hak org melayu mula di pertikaikan samaada secara diam atau senyap,
    Bro celahgelegar harap bro kurang kan penulisan politik kerana PRU sudah pun selesai
    Yg penting bro menjadilah check and balance tetang pentabiran sekarang

    Ingat Bro! Jika kita biar kan sehingga PRU akan datang kita kuatir melayu dalam bahaya,,nauzubillah
    Kita harap kan ada perubahan tampa menjadi kan hak melayu sebagai TARUHAN tapi malang nya lain yg berlaku
    Dalam 60hari yg berlalu kita hanya dapat lihat perubahan yg ketara ialah
    Bahasa melayu tidak di hormati
    Kedudukan MP di pertikai kan
    Pelajaran dari sekolah jenis kebangsaan dan sijil universiti dari taiwan telah di terima di Melaka
    Tanah list yg sepatut nya tamat tempuh dan dimserah kan semula kepada kerajaan dan di tukar kan syarat menjadi tanah hak milik Melayu(MCL) telah di benarkan di sambung tempuh pajakan kpd 99 kpd bukan bumiputra dgn mebayar sejumlah wang sumbangan(premium) kod pejabat tanah PTG
    99tahun bukan satu masa yg pendek pembiakan manusia akan merebak dan geoekonomi serta politik akan menyebelahi pd kaum yg terlibat,
    Mempunyai pemimpin yg tiada pengalaman yg mungkin hanya tahu menyamun atau membawa agenda kaum
    Contoh di melaka siapa agakanya di kalangan pemimpin yg layak menjadi pemimpin, sebahagia adalah dari bekas penyamun umno yg masuk PPBM/PKR ,Cina kiasu yg ingin merapas hak melayu DAP/MCA dan sisa PAS iaitu Amanah yg lansung tiada pengetahuan atau pengalaman,
    Siapa yg menjadi mangsa adalah org Melayu,,
    Org melayu boleh di ibarat kan lari dari mulut penyamun tapi masuk mulut perompak,,

    Tun Dr M running the country keseorgan
    Kesian TunM yg mempunyai niat yg baik tetapi akn gagal dn telah pun gagal di peringakat awal
    TunM kurang penyokong yg boleh membantu seperti beliau di dalam umno
    Tetapi TunM sekarang di kelilin oleh serigala serigala yg yg dah lama kelaparan wlpun tun M ada 2 3ekor harimau tua yg tiada gigi yg lebih banyak diam dari berckp

    Bro minta tolong ambil berat,, kita dalm bahaya,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah, bernas penulisan anda.

      Delete
    2. Betul! Saya setuju dengan pandangan saudara.

      Kita telah letakkan Umno sebagai pembangkang tetapi hingga sekarang mereka masih tidak dapat menerima hakikat, malah ada antara mereka yang masih mengeluarkan kenyataan seolah-olah mereka masih lagi pihak yg memerintah.

      Apabila KM Melaka (dari Amanah) mengiktiraf UEC dan tanpa segan silu mengalu-alukan pemegang sijil UEC utk berkhidmat dgn kerajaan Melaka, Umno sepatutnya bangkit bersuara dan menentang. Bukankah Umno pejuangkan kedudukan kedaulatan Melayu? Nak harapkan Rafizi dan Nik Nazmi utk bersuara, nampaknya mereka memilih utk bersetuju dgn Adly.

      Mat Sabu bagi saya juga kurang ketokohan sebagai pemimpin. Kenapa dia menghabiskan tempoh 100 hari ni dgn sibuk pergi melawat sana-sini? Kenapa dia membenarkan diri dia mengikut aje semua aturcara yg diatur oleh KSU kementerian? Kekadang saya rasa seolah2 dia dipermainkan oleh pihak tentera. Dalam program Bicara di RTM dgn Syed tu, jawapan Mat Sabu tiada substance. Mat Sabu perlu lantik seorang sahabat yg berilmu sebagai penasihat.

      Susah sangatkah nak bertegas bahawa dia Menteri? Dan setakat ni belum ada respons drp beliau ttg isu UEC di Melaka tu.

      Delete
    3. AKU SETUJU DENGAN HANG SAFFRON,KITA NI DAH IBARAT LEPAS MULUT HARIMAU, MASUK RAHANG BUAYA..

      Delete
  3. Satu kereta sebulan..buat la 50 hengget subsidi minyak..dr 2.20 ke 1.50..berapa jota kenderaan persendirian yg bergerak satu m"sia...tidak termasuk lori tangki..lori kontena..bas ekspress
    Darap je lew 7 jota × 50 hengget..subsidi sebulan dlm 350 jota ki ki ki..1 tahun berapa biliun..nk bayar..ki ki ki..psal tu la kna ikut harga pasaran..kna laksana kan gst 6%..yg berpendapatan rendah..di beri brim dgn duit gst..najib begitu bijak..yg atok plk..terbawa2 dgn peranglap rapizi..memang mengena..skrg pizzi melihat dari luar kerajaan..menunggu semua yg dia canang di lakukan dan di sekat oleh atok..rakyat akan memberontak..peluang datang..baru dia masuk jarum...
    Ki ki ki..perangkap anuar dan rapizxi mengena..atok tk tau..tk di beritahu..

    ReplyDelete
  4. Ki ki ki..bahaya yg di cari..akibat dendam kesumat..kenapa..tk berani bergabung dgn umno dan pas..lepas menang pru..untuk survival melayu...najib dh jatuh..biarkan lah..kenapa masih di perbesar kan lagi kesalahan najib yg tk pasti..sendiri cari penyakit..sendiri settle kn..jngan mati berdiri sudah..

    ReplyDelete
  5. On the Controling and Administration side for the past 60 years....yang ramai dan menjalankan adalah MELAYU-MUSLIM.....dimana silap nya jika,

    - yang memerintah melayu-muslim,
    - memegang KUASA melayu-muslim,
    - menyeliakan dan menjalankan ARAHAN melayu-muslim,
    - membuat keputusan dan persetujuan melayu-muslim,
    - dan lagi dan lagi...

    tetapi melayu-musli masih TERKEBELAKANG.....60 tahun wei bukan 60 hari melayu-muslim pegang.....

    ReplyDelete
  6. kah kah kah atok dah hilang dari radar dah sejak sebutan kes Najib... biasa la ulang tayang atok ada kes besar negara atok pun hilang.. bila wartawan tanya atok bantai jawab tatau.. tak ingat.. bukan saya arah itu ini.. polis yg ambil ti dakan sprm tentra bla bla bla.. lagi atok jawab...

    kah kah kah kalakalaka la atok wat lawak kali ini ... kah kah lawak atok sambil telo kena clamping oleh top dog kah kah kah...

    ReplyDelete
  7. Perbetulkan jika saya silap.
    Pembentukan kerajaan lengkap selepas majlis angkat sumpah kementerian 2 Julai.
    Janji manifesto diurus kementerian yang berkaitan.
    oleh itu saya fikir hari pertama 100 hari itu bermula pada 3 Julai...

    Tidak munasabah segala manifesto dibebankan kepada PH sebelum kementerian-kementerian ditubuhkan untuk berfungsi...

    ReplyDelete
  8. Baru 60 hari bro, PH ada 5 tahun lg.sabar lah. ko ingat mee segera ke 3 minit siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bknkah persedian kabinet bayangan untuk menang menjadi kerajaan baru telah dirancang awal,setiap kementerian dah ada menterinya,menteri tak studykah tentang kementerian masing2 jika ph menang,kalau tak boleh tunaikan walau alasan baru 60 hari,nak jadi menteri mesti ada akai bukan menteri segera,

      Delete
  9. aduhai,duit mesia dah kukuh ke yg idea bit kryto tu,hari ni menang esok barang turun,tol tak dak,minyak turun,gaji minimum kerja bnyak kosong,settlekan dulu hutang dgn rakyat bukan nk tambah idea yg makcik felda pun tak paham bit,kryto.ini baru bole kata idea mee segera 3 minit.

    ReplyDelete
  10. Bernadette atau beras

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com