pages

Tuesday, July 10, 2018

Rais kata ada "kuda hitam" mahu jadi Speaker Dewan Rakyat, Patut lain macam komen puak PKR


NILAI: Bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, menyerahkan kepada kerajaan berhubung pemilihan calon Speaker Dewan Rakyat.
"Saya tidak dapat jawab mengenai isu calon kerana semuanya terserah kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Namun mungkin di sebalik beberapa pandangan yang wujud sehari dua ini, ada pula 'kuda hitam' yang lain kita pun tidak tahu," katanya selepas Syarahan Pembudayaan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Dr Rais berkata jika ditakdirkan menjadi Speaker Dewan Rakyat yang baharu, beliau terima arahan itu dengan hati terbuka.
"Saya menurut perintah saja jika kerajaan minta saya berkhidmat di situ tetapi jika 'kuda hitam' lain yang menang saya tidak akan berkecil hati dan beri laluan kepada individu terbabit," katanya.

Bekas menteri yang juga wakil daripada Parti Pribumi Malaysia Bersatu (PPBM) itu, menjadi antara calon yang disebut sebagai Speaker Dewan Rakyat baharu.
Sementara itu apabila diminta mengulas mengenai pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Dr Rais berkata, perkara itu memerlukan penelitian yang lebih mendalam terlebih dulu.
Katanya, selain perlu diputuskan oleh kabinet, perkara itu juga perlu mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk warga pendidik serta masyarakat.
"Kita perlu mengambil kira pandangan mengenai perkara ini daripada pelbagai sudut seperti matlamat pengiktirafan atau bagaimana kedudukan Bahasa Melayu serta sistem pendidikan negara pada masa akan datang.
"Sebab itu perkara ini perlu diperhalusi kesannya kerana ini adalah Malaysia dan bukan Taiwan," katanya.

5 comments:

  1. Puak pkr dap ni mcm ko plak jadi PM, biadap namanya mendahului PM

    ReplyDelete

  2. Apa pun orang2 Melayu dari segenap lapisan misti mengakui bahawa orang Melayu bukan lagi menjadi kata pemutus, atau Vito, dalam apa juga keputusan2 kerajaan....

    Sebab2.... Fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  3. Terima lah..... nak sangat kannnn

    ReplyDelete
  4. Speaker Parlimen ialah MP drp PKR, Johari Abd Ghani. Mungkin sebagai hadiah kerana berkorban apabila tidak dilantik jadi MB Kedah.

    Soalnya... mampukah beliau bersikap profesional dan tidak menyebelahi MP-Mp drp PKR ketika perbahasan nanti? Sepertimana sikap Pandikar Amin yang ketara memihak UBN?

    ReplyDelete
  5. Masa BN dulu, melayu bukan jadi kuasa mutlak bila nak putuskan sesuatu sehingga RUU perkasakan syariah pun tak jadi sbb MP kafir tak sokong. Kini kerajaan Tomato dgn kuasa Mp DAP dominan, lg la hancus. TunM pun takda harapan dah nak bela melayu.
    Kena cari formula parti lain utk ganti PH.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com