pages

Tuesday, July 3, 2018

Rafizi Ramli : Saya banyak Kritik Najib, tapi layan dia dengan baik, jaga maruah sebagai mantan PM



Berita tersebar Dato' Seri Najib ditahan SPRM.

Seluruh kerjaya politik saya sejak 2010 berkisar mengenai pendedahan-pendedahan rasuah di bawah pentadbiran beliau. Saya antara orang yang paling banyak mengkritik beliau di dalam parlimen.

Namun, saya berdoa beliau dilayan dengan baik dan dijaga maruah sebagai seorang mantan Perdana Menteri. Biarlah beliau diadili sebaiknya oleh sistem kehakiman dan sistem keadilan yang betul-betul bebas dan adil, tanpa ada perasaan marah, benci, dendam dan lain-lain.

Saya telah lama memaafkan beliau (atau sesiapa dari BN yang berkuasa dahulu) atas segala kesukaran yang saya lalui sebagai ahli parlimen pembangkang yang berpunca dari mereka. Saya tidak mahu ada mana-mana ahli parlimen pembangkang melalui pengalaman sebegitu di bawah PH.

Saya berdoa semuanya berjalan baik dan semua dilayan seadilnya.

Itulah perjuangan #reformasi sejak 1998 lagi - kuasa itu hanya bermakna jika ia digunakan untuk menegakkan keadilan, hatta kepada orang yang paling kasar terhadap kita.

-Rafizi Ramli

8 comments:

  1. Apahal plk dgn Mamat nii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mendoakan yg baik untuk orng lain hatta musuh sendiri pun sikap terpuji peribadi..kalau yg bersalah hukumlah ikut undang2.jgnlah jaki dgn yg tak bersalah dgn doa kebaikanya.

      Delete
    2. Nak tunjuk baik lah tu......!!
      Si Pizi

      Delete
  2. Kenapa pulak nak samakan reformasi dgn kes kleptokrasi !!

    ReplyDelete
  3. Rafizi bertindak seperti ajaran Islam. Tegakkan keadilan tetapi tiada dendam peribadi. Syabas!!!

    ReplyDelete
  4. Harap tabung haji pun dpt maafkan sekor mamat tu yg buat fitnah kata tabung haji rugi.

    ReplyDelete
  5. Maksudnya... esok, sprm kena bawa najib dalam pakaian suit lengkap, tali leher dan sapu tangan sedondon dalam kocek jaket. Pegawai peribadi 2 - 3 orang yg siap dgn earphone tergantung dalam sebelah telinga. Kereta sprm yg bawa najib nanti mesti diiringi dengan motosikal polis pengiring siap pasang siren.

    Nak kena sedia karpet juga ke kat tangga mahkamah nanti?

    Yelah... nak jaga maruah dia sebagai mantan PM kan?

    Waah... teringat peristiwa Marcos & Imelda dihalau dari istana malacanang dulu. Juga peristiwa penggulingan PM Romania Nicolae Ceaușescu & isteri.

    Tapi kita takkan buat gitu kpd najib sbb dia banyak jasa kpd cucu cicit kita kan? Hutang ribuan juta... waah... Kita akan layan dia selayaknya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews