pages

Thursday, July 5, 2018

Rafizi Ramli "BERTEKAK" dengan Penyokong PH


AKIBAT kritis terhadap kerajaan kebelakangan ini, akaun Twitter Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli ‘diserang’ penyokong parti itu.
Malah, ia mencetus ‘perang dingin’ bekas Pengarah Strategi PKR itu dengan penyokong terbabit di laman sosial itu apabila beliau membalas komen tertentu yang disifatkan keterlaluan dan beremosi.
“Banyak penyokong PH berketurunan Cina dan India memaki saya di media sosial kerana tidak suka dengan beberapa pandangan saya akhir-akhir ini.
“Banyak juga yang suruh saya masuk UMNO, seolah-olah PH itu milik mereka. Emosi begini sangat keterlaluan dan PH tidak perlukan sokongan beremosi begini,” katanya menerusi Twitter.


Memberikan beberapa contoh kenyataan berkaitan, beliau juga mendakwa penyokong terbabit hanya menghentam tanpa terlebih dulu meneliti konteks kenyataannya dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
“Ada dua ‘Tweet’ la. Satu bahasa Melayu satu bahasa Inggeris. Dia terasa, cepat-cepat nak hentam tapi tuduh saya edit ‘post’ dalam bahasa Melayu yang dia baca.
“Sekarang dia baca yang Inggeris, dia kata edit. Penyokong macam ni perlu disekolahkan,” katanya merujuk kepada komen @HerbWongMY bahawa beliau mengedit semula kenyataan awalnya.
Menjawab luahan Rafizi, seorang netizen, Rizal berkata, penyokong terbabit bimbang kenyataan bekas Ahli Parlimen Pandan itu akan menyebabkan Pakatan Harapan (PH) lemah dan berpecah.
“Kebanyakan mereka ini takut pandangan Rafizi akan menyebabkan PH lemah dan berpecah dan menjadi modal pembangkang serang PH. Semua sayangkan PH,” katanya.
Peter Ng Chin Poh pula berpandangan Rafizi tidak sepatutnya memilih untuk ahli politik sekiranya takut dimaki “Kalau rakyat tak beremosi, tiada kerajaan PHlah. Kan YB (Rafizi) dulu pun suruh rakyat beremosi lawan UMNO/BN,” katanya.

8 comments:

  1. kerajaan yg lahir dari sentimen persepsu fitnah tak kekal lama

    ReplyDelete
  2. kerajaan yg lahir dari sentimen persepsi fitnah tak kekal lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya persepsi fitnah apabila najib di tuduh mencuri,menipu dan menyeleweng, macai upahannya gagal menepis tuduhan tersebut, hasil kegagalan macai timbul kejayaan, Ya iaitu makan duit haram, mungkar dan munafik hasil rompakan terhadap rakyat....

      Errr, najib dah diseret ke mahkamah, fitnah ke?

      Delete
  3. Pandangan Rafizi ni sekarang dah tak boleh diambil kira...Rafizi ni sekarang dah jadi sewel.Kalau dulu semasa kempen PRN14.nama Rafizi ni ramai orang sanjung sebab selalu sepentas dengan Tun,tetapi sekarang ni semua orang dah benci kepada beliau sebab beliau terlalu kurang ajar dengan Tun.Sekarang ramai orang sudah sedar dan kenal siapa dia siRafizi ni yang sebenarnya!!...seorang yang perasan terlalu cerdek sehinggakan tergamak memperlekehkan Tun!!....manusia seperti ini tidak boleh dipercayai seumor hidup!!....oleh itu kepada semua penyokong2 PH berhati2lah dengan makhlok perosok ini.Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Rafizi bersuara mungkin atas ketidakadilan dalam PH. Pandangan pengkritik jangan dianggap musuh jika ingin bertahan lama.

    ReplyDelete
  5. Sampi bla lh rakyat nk membaca pasal politik..ph dh mnang pun msih nk berpolitik..msalah rakyat belum di atasi.

    ReplyDelete
  6. teruskan menyebarkan kebenaran... itulah yg amat dituntut.
    adakah PH kebal apabila melakukan kesilapan?
    jika kesilapan kerajaan terdahulu diulangi, tunggulah PRU15, bukannya lama, paksi masa sentiasa bergerak pantas dari biasa pada yg faham fenomena alam sekarang.

    ReplyDelete
  7. berhujahlah tentang tajuk cerita,bukanya dgn point lama yg diulang mkn duit haramlah,dendam peribadilah,rompak duit rakyatlah itu semua cerita sblum pru,takkan tak paham bahasa..hujahlah point yg ada bukan flashback.sebenarnya siapa yg macai,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Total Pageviews