pages

Monday, July 2, 2018

RAFIZI akhirnya hentam PH:Kaji semula kenaikan tarif elektrik


KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengkaji semula keputusan menaikkan tarif elektrik ekoran pelarasan Kos Pelepasan Tidak Seimbang (ICPT) bagi mengelak peniaga menjadikan alasan itu untuk tidak menurunkan harga barangan selepas pelaksanaan kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata pelarasan tarif elektrik yang berkuatkuasa semalam memberi kesan secara langsung kepada pengguna domestik dan bukan domestik.
Katanya, pengguna bukan domestik tidak lagi mendapat rebat 1.52 sen setiap kilowatt-sejam (kWj), sekali gus menyebabkan harga elektrik meningkat1.52sen setiap kWj.

"Pengguna bukan domestik juga akan membayar surcaj ICPT sebanyak 1.35 sen setiap kWj, menjadikan jumlah kenaikan tarif bersih untuk pengguna bukan domestik adalah sebanyak 2.87sen setiap kWj.
"Pengguna domestik melebihi 300 kWj tidak lagi menerima rebat 1.52sen setiap kWj dan akan membayar tarif bersih yang lebih tinggi.
"Bagi pengguna bukan domestik, kenaikan tarif bersih sebanyak 2.87sen setiap kWj itu adalah bersamaan dengan peningkatan 6.6 peratus tarif asas B (perdagangan bervoltan rendah) yang diguna pakai kebanyakan kedai dan peniaga.
"Saya bimbang kenaikan tarif bersih yang diumumkan ini akan menyebabkan peniaga menggunakan alasan ini untuk tidak menurunkan harga barang walaupun Pakatan Harapan sudah menunaikan janji untuk menghapuskan GST," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menangguhkan dahulu pelarasan itu sehingga 2019 bagi mendapatkan maklum balas peniaga dan industri berhubung langkah menurunkan harga barangan.
Beliau berkata, tempoh antara bulan ini hingga akhir Disember tahun ini adalah cukup penting untuk mengelakkan sebarang kenaikan tarif baru yang ditetapkan oleh kerajaan bagi meneliti reaksi peniaga dan industri kepada langkah menstabilkan harga barang yang sudah dan akan dilaksanakan kerajaan.
"Sekiranya GST dihapuskan dan kenaikan harga minyak mingguan dihapuskan tetapi pada masa sama tarif bersih elektrik naik, peniaga dan industri akan menggunakan alasan ini serta pengenalan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula September ini untuk tidak menurunkan harga barang kerana mengambil sikap tunggu dan lihat.
"Ia juga akan melunturkan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan PH untuk mencari jalan terbaik membantu rakyat terbanyak yang menukar kerajaan Persekutuan dengan harapan ia akan mengelakkan kenaikan harga barang yang tidak wajar," katanya.
Justeru, beliau akan membawa cadangan menangguhkan kenaikan tarif elektrik ke mesyuarat Biro Politik PKR malam ini supaya perkara itu disuarakan wakil PKR dalam jemaah menteri.
Suruhanjaya Tenaga dalam kenyataan sebelum ini berkata, kerajaan memutuskan supaya peningkatan kos sebanyak 1.35 sen setiap kWj dilepaskan dalam bentuk surcaj ICPT kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2018.
Kerajaan turut menetapkan surcaj ICPT itu dikecualikan kepada semua pengguna domestik sepanjang tempoh sama. - BH Online

5 comments:

  1. "....beliau akan membawa cadangan menangguhkan kenaikan tarif elektrik ke mesyuarat Biro Politik PKR malam ini supaya perkara itu disuarakan wakil PKR dalam jemaah menteri...."

    Dalam zaman IT ni, masih perlu ke ikut saluran formal utk isu-isu yg penting utk kebajikan rakyat? Birokrasi gini perlu ke?

    Susah ke nak hantar SMS kpd DSAI, tya ttg perkara ni direct?
    Sebelum kluarkan kenyataan, dah tya ke kenapa TNB buat keputusan begitu?

    DSAI duduk serumah dgn TPM, mudah sangat DSAI nak tya ttg isu ni kpd TPM. Klau TPM tak tahu, dia boleh aje mintak pegawai2 dia dapatkan maklumat tu.

    Atau.... Rafizi nak pastikan orang ramai tahu yg dia buat kerja. Klau buat cara cepat dan tanpa melalui birokrasi, penyokong dia akan fikir dia tak buat kerja pulak, gitu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kena mengena anwar dalam isu ini.. Pelik ko ni

      Delete
  2. jaki betul anda dgn rafizi,dia ckp yg betul bukan mencarut,bukan kilang2 pakai arang batu untuk janakuasa mesin atau lampu,kalau dia tak bagitau..mati2 saya ingat semua rakyat termasuk anda setuju bill letrik naik.nasib baiklah ada rafizi barulah saya tahu dlm kerajaan ph ada check and balance,tak gitu?

    ReplyDelete
  3. dulu dia yg kepoh fitnah skg hadap la.. jom makan pop kon sambil tengok wayanggg...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tengok wayang pun pakai letrik tau bukan arang batu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com